[VIRAL] AKHIRNYA ALLAH BAYAR CASH DEKAT ALIFF SYUKRI!DIHARAP DATO SEKELUARGA TABAH

Sharing is caring!

KERETA Rolls Royce dipercayai milik Pengarah Urusan D’herbs Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri, antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, malam tadi.

Dalam operasi bermula 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan yang disewa warganegara Australia itu disita kira-kira 11 malam, kerana kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Loading...

Pemeriksaan JPJ melalui sistem jabatan itu mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama Datuk Aliff Syukri.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, selain kesalahan berkenaan kenderaan berkenaan turut disaman kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan.

“Siasatan mendapati harga sebenar LKM yang perlu dibayar kira-kira RM20,000.

“LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung,” katanya pada sidang media Op Patuh di Jalan Bangsar, malam tadi.

——————–

Loading...

DUIT banyak tapi masih merungut? Haihhh… Orang yang tak berkemampuan pun masih mampu bersyukur, tapi dah banyak duit pun masih mahu merungut lagi.

Baru-baru ini, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Alif Syukri ada memuat naik satu gambarnya bersama kereta mewah jenis Rolls Royce Dawn menerusi laman Instagram miliknya.

Yang tak bestnya apabila kapsyen Aliff tu macam merungut dia dikenakan bayaran sebanyak RM60 ribu untuk roadtax kereta mewah yang hampir setahun tidak pernah digunakannya itu.

“Kesian kereta ni dah setahun tak bawa sebab minyak mahal lepas tu pening.. Bayar road tax RM60k rugi jee jadi saya nak sewakan lah utk korang,” tulisnya di ruangan kapsyen tersebut.

Amboi datuk seri… Kereta harga RM4 juta, roadtax RM60 ribu takkan susah nak bayar pula?

Ada sumber yang mengatakan starting price kereta Rolls Royce Dawn jika di Malaysia ialah RM4 juta! Roadtax sahaja dah RM60 ribu, boleh keluar Proton Saga cash sebiji!

Betul ke Datuk kena bayar RM60,000 ? Siasatan hanya kata RM20,000 je untuk LKM kereta tu.

 
LAMBAIAN K-POP MEMBAWA DERITA!..

PETALING JAYA: Hanya kerana mengejar gaji lumayan dan tergoda dengan janji manis pihak tertentu, ada dalam kalangan rakyat malaysia cacat atau cedera akibat bekerja di Korea Selatan.Memang kasihan, tetapi itulah realiti realiti kehidupan di sana sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Segala-galanya kerana tarikan won Korea!

Pendedahan insiden menyedihkan itu dibongkar dengan pendedahan beberapa mangsa dan sumber yang rapat dengan mereka kepada mstar online.

Kumpulan ini, jika sekali pun ‘terlepas’ risiko ditipu ejen yang menguruskan kemasukan mereka, ia sama sekali tidak menjanjikan kesenangan hidup atau gaji tinggi seperti yang diimpikan sebelum terbang ke negara K-Pop itu.

Hakikat ini diakui beberapa rakyat Malaysia yang mendakwa menjadi mangsa, hanya kerana keterujaan untuk mendapat tawaran gaji tinggi antara RM6,000 hingga RM12,000 sebulan, sambil kononnya mahu mahu menimba pengalaman bekerja di luar negara.

Selain ditipu dan tidak dibayar gaji yang dianggap kes biasa,  ada yang mendakwa dipukul dan didera, dimanipulasi, serta diabaikan aspek kebajikan dan keselamatan sebagai pekerja oleh pihak majikan.

Paling mengejutkan apabila ada antara mereka yang sebelum ini sempurna, terpaksa pulang ke tanah air dalam keadaan cacat dan cedera disebabkan kemalangan di tempat kerja, dan lebih menyedihkan apabila majikan hanya lepas tangan.

Semua ini kerana mereka masuk menggunakan visa pelancong dan status mereka di sana sebagai buruh haram!

 

Antara posting tawaran kerja di Korea Selatan yang banyak ditawarkan di Facebook.

Antara yang menjadi mangsa adalah seorang bekas pramugari di syarikat penerbangan Malaysia yang putus empat jari tangan ketika bekerja di sebuah kilang besi, April lalu.

“Saya hanya fikir tentang duit apabila memilih bekerja di Korea sehingga melupakan aspek keselamatan diri,” katanya yang berusia 26 tahun, tetapi enggan mendedahkan identitinya.

 

 

Afiq (bukan nama sebenar), 22, yang mempunyai diploma dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Kuala Lumpur pula cedera pada lutut apabila terlibat dalam kemalangan di kilang konkrit tempat dia bekerja kira-kira enam bulan lalu.

Malang nasibnya apabila majikan bukan saja berlengah-lengah untuk menghantarnya ke hospital dengan memberi 1001 alasan, tetapi juga enggan menjelaskan bil rawatan sebanyak RM33,737 seperti yang dijanjikan.

“Sebaliknya mereka menyuruh saya balik ke Malaysia untuk pembedahan dan datang bekerja semula apabila  sembuh,” katanya.

Bagaimanapun Afiq tidak menganggap dirinya ditipu ejen, tetapi lebih kepada menjadi mangsa majikan di Korea Selatan yang tidak mementingkan keselamatan dan kebajikan pekerja.

 

 

Sumber mStar Online yang menetap di Korea Selatan mengakui realiti kejadian ini dengan mendedahkan seramai kira-kira 300 rakyat Malaysia telah menjadi mangsa melibatkan 87 kes dalam tempoh dua tahun.

Jelasnya, hampir semua yang bekerja di sana memperjudikan nasib masing-masing selepas diminta membayar antara RM4,000 hingga RM5,000 kepada ejen tanpa mengetahui tugas atau bidang kerja yang ditawarkan kepada mereka.

“Sebanyak 90 peratus yang datang bekerja di sini adalah lelaki dan mereka dikehendaki melakukan kerja dalam pelbagai bidang seperti pekilangan, pembinaan dan perladangan di beberapa lokasi seluruh Korea Selatan.

“Kebanyakan mereka berusia 20 hingga 30 tahun ini ditawarkan kerja-kerja berat, termasuklah wanita,” dakwanya sambil menambah ada juga pekerja yang berusia lebih 40 dan 50 tahun.

Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini belum ada laporan mangsa wanita yang ditawarkan kerja sebagai pelacur.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui bahawa tidak semua rakyat Malaysia yang datang bekerja di Korea Selatan bernasib tidak baik.

“Ada yang bekerja dengan selamat dan mendapat gaji lumayan seperti yang dijanjikan.

“Jika mereka bernasib baik, mereka akan dapat pekerjaan yang sesuai dengan diri dan kemampuan mereka, tapi kebanyakannya diberikan tugas berat,” katanya sambil menambah nisbahnya adalah 2:10.

 

 

Apa yang pasti, sama ada mereka ini pulang semula ke Malaysia dengan membawa habuan lumayan atau terpaksa kembali dalam keadaan cacat, mereka tetap tidak dapat lari daripada gelaran ‘buruh haram’.

Persoalannya, adakah wajar mereka ini mendapat pembelaan dan adakah ejen yang tanpa rasa takut menawarkan peluang kerja ini secara terbuka patut dibiarkan terlepas begitu sahaja?.

Setakat ini, kami masih menunggu maklum balas pihak bertanggungjawab di negara ini dan juga Korea Selatan berhubung perkara ini.

Loading...