“Tak Payahlah GST, Kos Sara Hidup Dah Tinggi Sangat Ni Datuk Seri.” Luahan Berani Pak Nil Pada PM..

Sharing is caring!

Pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi bertanyakan soalan berkenaan kos sara hidup kepada Perdana Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah pertemuan empat mata.

Menurut laporan portal Malaysiakini, Aznil Nawawi memuat naik gambar beliau bertemu perdana menteri di Dewan Tunku Ismail di PWTC, Kuala Lumpur dalam sebuah posting di Instagram miliknya.

Loading...

Aznil berkongsi soalan beliau kepada perdana menteri di Instagram.

“Kenapa harga minyak banyak naik dari turun?” Tanya Aznil yang juga mesra digelar Pak Nil itu.

“Tak payahlah ada GST ni,” tulis beliau.

“Tukaran mata wang ni buat kami lagi sukar Datuk Seri. Macam mana ni?” soal Aznil lagi.

Aznil juga bertanya soalan berkenaan Rumah Mampu Milik.

Loading...

“Kos sara hidup makin tinggi ni Datuk Seri.

“Kerajaan buka mata dan telinga tak pada resah kami?” soalnya lagi.

Bagi mengetahui jawapan itu, Aznil berkata mereka yang berminat perlu menonton program baru bual bicaranya.

“Banyak lagi #paknil timbulkan bila berdepan 4 mata dengan PM.

“Korang kena tonton program #Bicara4Mata akan datang,” tulis Aznil.

Terima kasih, kata Dr M

Sementara itu, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis di Twitter mengulas soalan Aznil dan pertemuan dengan perdana menteri itu.

“Terima kasih Aznil. Setiap hari saya terima rungutan yang sama dari rakyat Malaysia, dulu tidak pernah seteruk ini.

“Rakyat Malaysia dahagakan kebenaran. Saya nantikan jawapan dari @NajibRazak,” tulis Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dato Seri @najib_razak saya nak tanya ni: “Kenapa harga minyak banyak naik dari turun” “Tak payahlah ada GST ni DS” “Tukaran mata wang ni buat kami lagi sukar DS. Macam mana ni?” “Apa DS boleh tolong kami agar betul2 mampu milik Rumah Mampu Milik?” “Kos sara hidup makin tinggi ni DS. Kerajaan buka mata dan telinga tak pada resah kami?” . Banyak lagi #paknil timbulkan bila berdepan 4 mata dengan PM. Korang kena tonton program #Bicara4Mata akan datang.
A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on Dec 3, 2017 at 7:18pm PST

Sumber: Malaysiakini, IG Pak Nil
______________________________________
 
[VIDEO]“Kita Bertongkat Mata Pandu Bas Nak Sampai Terengganu Dengan Selamat.Dia Buat ‘Projek’ Kat Belakang” – Luah Driver Bas – GERIK, PERAK

penumpang. Dia pula mengambil peluang buat kerja dalam bas sampai tertinggal hartanya dalam bas (diletak di celah dinding kerusi),” kata pemandu bas yang tidak didedahkan namanya itu.

Menurut pemandu bas berkenaan, dia bukan mahu mengaibkan penumpangnya tetapi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa dalam perjalanan, pemandu bas juga yang akan dipersalahkan.

“Kena dakwa memandu lajulah, apalah. Patutlah ketika pandu bas lalu Gerik semalam, rasa tak sedap hati saja. Rupa-rupanya inilah jawapannya.

“Tunggu saja hari pembalasannya jika tak bertaubat. Nauuzubillah,” katanya.

Sementara itu, Agensi Pelancongan D dan Adik Beradik Sdn Bhd juga meluahkan rasa kesal mereka dengan tindakan penumpang yang melakukan maksiat di dalam bas.


GAMBAR HIASAN
“Allahuakbar. Kes ini bukan dari bas kami tetapi dari bas lain. Cuma mampu kata, “murahnya harga atau nilai seorang wanita”. Di mana terletaknya maruah seorang wanita jika ia terjadi seperti ini?

Loading…
“Bukan nak mengaibkan sesiapa, cuma nak beri nasihat kepada semua wanita sama ada beragama Islam atau bukan Islam. Tolong hargai maruah anda, tolong jaga maruah anda yang bernama wanita.

“Sedih tengok benda ini. Dalam keadaan pemandu dan penumpang bas yang tidak bersalah, tetapi kerana kerakusan nafsu seseorang, mereka semua yang terkena tempias.

“Kita berjalan jauh, bukannya dekat. Kita bimbang benda yang tidak diingini berlaku. Memang maut dan ajal semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Tetapi kita perlu menghindari benda-benda haram ini supaya perjalanan kita selamat.

“Tolonglah jangan buat kerja terkutuk ini dalam bas. Pemandu bas bawa ramai penumpang dan kita mahu perjalanan kita semua selamat. Tolong faham.

“Salam takziah kepada pemilik seluar dalam ini. Semoga bertaubat dan semoga Allah SWT mengampuni dosa kamu,” katanya.

Sumber: The Reporter

Loading...