SENARAI 5 REKA BENTUK KERETA PALING KELAKAR DALAM SEJARAH AUTOMOBIL

Sharing is caring!

Related image

Terdapat rekaan kereta yang buruk dan layak menerima jelingan tajam.

Loading...

Kami ingin berkongsi 5 model kereta yang paling buruk di mata kami. Ingat, nilai estetika menjadi ukuran. Oleh itu, meskipun sesetengah model di bawah bagus dari segi prestasi atau pun laris dijual, ia masih tersenarai.
1. Proton Juara
proton juara

Tahun keluaran: 2001–2003
Kami mulakan dengan model keluaran tempatan, Proton Juara yang tak ubah seperti sebuah ‘kotak bergerak’. Kami pasti ramai yang bersetuju. Model ini ialah kereta pertama Proton yang mempunyai stereng kuasa elektrik. Di Jepun, apa yang dipanggil sebagai versi Mitsubishi model ini digunakan untuk kerja-kerja pembersihan awam.

Tidak sepadan dengan nama yang diberi, Proton Juara merupakan model Proton yang mencatat jualan paling rendah setakat ini. Sepanjang 3 tahun tempoh pengeluaran, hanya beberapa ribu unit sahaja yang berjaya dijual. Kualitinya juga dikatakan tidak memuaskan dan gagal meraih perhatian pembeli sejak dilancarkan.
2. Fiat Multipla
fiat multipla

Tahun keluaran: 1998–2010
Pengeluar kereta Itali, Fiat dikenali dengan rekaan kereta yang cukup bergaya dan bercitarasa tinggi. Namun, Fiat Multipla yang dihasilkan pada era Berlusconi membuatkan peminat jenama terkemuka itu menjadi bingung. Reka bentuk model ini terlalu besar, manakala ruang butnya pula terlalu sempit. Ia kelihatan seperti dibuat dari plastik lembut dan dipam dengan udara.

Fiat Multipla tidak ubah bagaikan sebuah ‘raksasa pelik yang mempunyai dagu berlapis’. Tidak cukup dengan itu, mentol lampu bersepadu yang direka menambahkan lagi kejelikan kenderaan ini. Menerusi rancangan Top Gear, selebriti Simon Cowell berkata ianya nampak seolah-olah ‘berpenyakit’.

Bahkan, Fiat Multipla tidak mempunyai sebarang klasifikasi, hanya selalu dirujuk sebagai kereta 6 tempat duduk atau MPV. Semasa majlis pelancaran model ini, seseorang telah bertanya sesuatu kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fiat ketika itu. Soalan tersebut berbunyi seperti “Adakah pereka bentuk model ini merupakan seorang yang buta?”. Sejak itu, si penyoal tidak lagi dijemput untuk sebarang acara anjuran Fiat.
3. Nissan Cube
nissan cube

Loading...

Tahun keluaran: 2009–2014
Di Jepun, kereta ganjil berbentuk kiub ini diterima baik. Di Amerika Syarikat, Nissan Cube memecah tradisi sebagai perintis reka bentuk yang satu seumpamanya. Malangnya, ia hanya mampu bertahan selama 6 tahun. Ini berikutan hasil jualan yang tidak sampai 1,000 unit dari tahun 2011 hingga 2014.

Model ini merupakan percubaan ketiga, dengan percubaan pertama dan kedua hanya dijual di pasaran Jepun sahaja. Meskipun seperti kotak, perekanya cuba untuk menyuntik elemen gaya yang tersendiri. Tingkap belakangnya asimetrik pada sebelah kiri. Usaha itu patut dipuji. Namun, ia masih tidak cukup untuk menghilangkan bentuknya yang seperti Lego.

Malah, bahagian belakangnya yang tidak simetri juga nampak cukup menjengkelkan. Pendek kata, Nissan Cube boleh dikatakan diakui oleh seluruh dunia sebagai antara kereta terburuk yang pernah dihasilkan.
4. Tata Magic Iris
tata magic iris

Tahun keluaran: 2010-kini
Namanya sudah sedap didengar. Apabila melihat reka bentuknya, anda pasti berpaling tadah. Model dari India ini menggantikan Tata Nano. Tata Magic Iris memasuki pasaran sebagai sebuah mikrovan yang mempunyai 3 pintu dan 4 hingga 5 tempat duduk. Ia kelihatan tak ubah seperti barang mainan.

Bandar India sememangnya terkenal dengan jalan-jalan yang sempit. Oleh itu, model bersaiz kecil ini merupakan suatu rekaan tepat seperti beca auto yang sedia ada. Pasaran khusus Tata Magic Iris juga menggalakkan penggunaan kereta di kalangan penduduk India, yang rata-ratanya gemar menunggang motorsikal.

Dari segi rupa bentuk, Tata Magic Iris dilihat tidak seimbang. Tanpa simetri yang sempurna, ia nampak pelik dan serba tak kena. Minivan paling murah di dunia ini dikilangkan berdasarkan asas yang sama dengan subkompak Tata Nano. Malah, kebanyakan badan model ini terpaksa dipasang pada sebuah platform kecil.
5. Nissan S-Cargo
nissan s cargo

Tahun keluaran: 1989-1991
Terakhir dalam senarai kami ialah Nissan S Cargo yang tak ubah macam sebuah kereta kartun. Van retro yang kecil dan eksklusif dari Jepun ini telah bertahan sebagai sebuah van komersial, dari tahun 1989 hingga 1992. Reka bentuknya yang unik diinspirasikan dari van penghantaran Citroën 2CV Fourgonnette, yang digelar ‘siput’.

Dengan jumlah kira-kira 8000 buah unit, Nissan S-Cargo agak jarang ditemui di jalan raya. Ia mempunyai dua pilihan tambahan, iaitu dua tingkap berbentuk bulat pada setiap panel sampingan dan bumbung matahari kanvas elektrik. Ia juga merupakan satu-satunya kenderaan di muka bumi yang ‘bongkok’ ke hadapan. Bingkai pintu dan bahagian belakangnya juga sedikit condong.

Motif sebenar Nissan mencipta kereta serba aneh ini masih tidak diketahui. Mungkin pasukan reka bentuk model ini merupakan peminat fanatik kereta di Toon Town menerusi filem “Who Framed Roger Rabbit” (1988). Tidak cukup kelakar? Nama S-Cargo bermaksud ‘kargo kecil’. Sebutannya berbunyi seperti “escargot”, iaitu siput dalam bahasa Perancis. Secara dasarnya, Nissan memang berniat untuk mencipta sebuah ‘kereta siput’.
Tambahan: Limosin Proton yang dianggap seperti kereta harian
Limosin Proton Waja
limosin proton waja

Limosin Proton Saga
limosin proton saga

Limosin Proton Wira
Sakit mata melihat foto-foto di atas? Yang dibawah ini mungkin boleh dijadikan terapi.
Kombinasi Proton Perdana dan Honda Accord
limosin proton perdana honda accord
Satria Gemilang: Kombinasi Proton Satria Neo dan Waja
limosin proton satria neo waja

Rujukan:
1.    Easyliving.my
2.    Gearheads
3.    The Globe And Mail
4.    WatchMojo
5.    Carscoops

tags : kereta paling buruk di dunia fiat multipla nissan cube tata magic irisinformasi nissan s cargo proton juaraautomotif

Loading...