Resipi ‘Mini Peach Cheese Cake’ Special, Bahagian ‘Base’ Guna Biskut Tiger Jer..

Sharing is caring!

Nak buat Kek keju atau Cheese Cake memang ada macam-macam cara .Perkongsian resipi Mini Peach Cheese Cake daripada Amanda Rania Zafreen ini memang istimewa sebab bahagian ‘base’ hanya guna Biskut Tiger je. Cukup mudah dan senang nak buat serta yang pastinya sangat sedap! Bagi penggemar cheese mahupun cheese cake WAJIB cuba resipi ini.

Mini cheesecake untuk anak-anak.Base akak guna biskut tiger. Mudah dan ringkas untuk anak-anak. Asas cheesecake akak tambah dengan sedikit hirisan buah peach.Yang nak cuba boleh je guna resipi dibawah :

Mini Peach Cheesecake:
Bahan-Bahan:
500gm cream cheese ( saya guna tatura)
2biji telor ( gred A)
1/2 cawan gula aising
1/2 cawan whipping cream
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh sunquick ( oren mandarin)
Sedikit hirisan buah peach. ( optional)
Kepingan biskut tiger utk asas/dasarnya.
Cara Membuat :
1.Semua bahan dipukul sekali kecuali buah peach dan kepingan biskut. Pukul hingga sebati.

2.Susun biskut dalam papercup dan gunakan acuan muffin ( seperti dalam gambar).

Loading...

 

3.Letakkan sedikit hirisan buah peach sebelum dituangkan adunan cheese tadi.

resipi

4.Bakar dengan kaedah doubleboiled dengan suhu 150° selama 20-25minit.

resipi

Apabila masak, sejukkan & hidang. Mudah kan…. Happy baking…

Loading...

resipi

Sumber: Amanda Rania Zafreen

Loading...