Remaja 13 tahun ini berjaya menemui khazanah hebat yang berusia hampir 6,000 tahun! Luar biasa! Anda pasti terkejut bila tahu apakah sebenarnya ini!!!

Sharing is caring!

Remaja 13 tahun ini berjaya menemui khazanah hebat yang berusia hampir 6,000 tahun! Luar biasa!

Seorang remaja lelaki terpegun setelah menemui satu khazanah bersejarah semasa sedang berkeliaran di sebuah pantai dengan alat pengesan logam.

Archie Wood, 13 tahun telah menemui tanduk bison (kerbau liar di Amerika) yang dianggarkan berusia 6,000 tahun ketika sedang menjejaki bahan logam di Pantai Bexhill dekat bahagian Timur Sussex.

Loading...

Pada awalnya, Archie sangka tanduk tersebut adalah gading mammoth berdasarkan kepada saiz nya yang sangat besar. Keluarga nya kemudian memutuskan untuk meminta bantuan daripada pakar berkenaan penemuan menakjubkan itu.

Setelah dikaji, ia sebenar nya adalah tanduk haiwan purba Bos Bison yang lebih di kenali sebagai kerbau Amerika.

Datuk kepada Archie iaitu Neil Wood berkata, “Dia sangat teruja dan tidak mempercayai apa yang telah digali nya”.

“Dia melihat tanduk itu terkeluar daripada pasir. Apabila dia mengeluarkan nya, rupanya ia adalah gading gergasi”.

Archie dan Neil telah mengambil gambar fosil tersebut dan menunjukkannya kepada seorang pakar yang digelar sebagai ‘Jurassic Jim’. Beliau kemudian mengesah kan bahawa ia adalah tanduk Bos Bison.

Loading...

Tambah Neil lagi, “Jim beritahu nilai tanduk tersebut adalah sekitar RM655 hingga RM765, namun selepas membuat pertimbangan, Archie memutuskan untuk mendermakan wang hasil penemuan tersebut”.

“Kami menghubungi Muzium Bexhill dan sekarang, tanduk itu di pamerkan dengan nama nya di leta kkan ber sebelahan”.

Pakar muzium percaya penemuan ini berkait rapat dengan ekosistem hutan prasejarah yang pernah wujud satu masa dahulu di barat daya Britain.

Julian Porter, seorang kakitangan di Muzium Bexhill berkata, “Memandang kan saiz tanduk ini begitu besar, saya menjangka kan ia adalah milik bison jantan, tetapi saya mungkin silap”.

Sumber: The Sun

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

sumber era baru

Loading...