Rakam Je? Tak Buat Apa-apa? Chef Wan pula Selar Bangsa Johor Penakut, Tak Tolong Mangsa

Sharing is caring!

CHEF selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan melahirkan rasa amarah berkaitan dengan insiden seorang lelaki ditikam dan digilis di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, Johor Bahru semalam. Menerusi laman Instagramnya, Chef Wan berkata, kejadian tersebut sepatutnya dibantu bukannya ambil gambar tanpa melakukan sesuatu.

“Sakit hati tengok video yang diviral pagi ini a man murdered cold blooded! “What is far more sad and pathetic no one came to rescue this man as they all at the scene could have safe his life!,” tulisnya.

Loading...

Chef Wan berkata, ada rakyat Malaysia yang sanggup mengambil gambar daripada memberikan pertolongan terhadap perkara buli dan kejam seperti itu.

“What is he is our own family members atau kita yang mati katak aja (sahaja) macam tu ke?

“Apa yang terjadi sangat menyedihkan as no one came to assist this poor man,” katanya.

Loading...