PELAJAR MENGAMUK SELEPAS KANTOI KHALWAT DALAM KERETA DI PARKING KOLEJ…..

Sharing is caring!

Baru-baru ini tular satu rakaman video di media sosial menunjukkan reaksi seorang mahasiswi yang ditangkap khalwat bersama teman lelakinya di dalam sebuah kereta.

Loading...

Menurut Malaysian Digest, kejadian jenayah syariah itu dilaporkan berlaku di Palembang, Indonesia. Pelajar berkenaan merupakan seorang mahasiswi di sebuah kolej terkemuka di situ dan kejadian terkutuk tersebut dilaporkan berlaku di tempat letak kereta kolej berkenaan.

Menerusi video berdurasi 29 saat itu, wanita berkenaan yang hanya sempat menyarungkan coli boleh dilihat menjerit-jerit dan memberontak apabila orang ramai menyuruhnya keluar dari kenderaan itu.

 

Seorang lelaki boleh didengari menengkingnya dengan berkata,

“Nggak ada duit ke hotel kah?”

Sambil menutup mukanya dengan baju, wanita itu terus menerus menjerit,

Loading...

“Sana! Sana! Sana!”

Salah seorang individu yang berada di situ malah membuka pintu tempat duduk belakang dan cuba menyelak baju yang menutupi muka wanita berkenaan.

 

Bagaimanapun, teman lelakinya tidak kelihatan di dalam video berkenaan, mungkin kerana sudah ditangkap dari awal. Menurut saksi, perbuatan mereka dapat dihidu apabila orang ramai yang berada di kolej merasakan sesuatu yang tidak kena kerana kereta tersebut bergoyang-goyang.

Difahamkan, kedua-dua mereka sudah ditahan pihak polis dengan bantuan orang ramai dan laporan polis sudah pun dibuat.

Bila nak buat tak fikir pun, dah kantoi tahu pula malu kan! Memalukan nama ibu bapa dan kolej je

 

___________________________________________________________________________________________________________

[ Artikel KECOHSANGAT Lagi Bibawah ] 

5 ARTIS MALAYSIA INI ‘KANTOI’ TAYANG BUAH DADA. APA REAKSI MEREKA?

Kredit Foto: Suria.my

Fesyen selebriti kadang-kadang memang unik, mencengangkan, dan buat orang keliru. Ada yang sudah bertudung namun masih kelihatan seksi. Memang ada sahaja cara artis-artis itu untuk menarik perhatian, salah satunya dengan kontroversi pakaian hingga menampakkan sebahagian buah dada.
Apakah hak kita untuk menilai mereka?
Kadang-kadang, mereka memang benar-benar tampil seksi dengan pakaian terbuka, namun kadang-kadang gaya hot mereka hanya ilusi. Selain Fathia Latif yang tengah panas dengan isu dia memperlihatkan sebahagian buah dadanya dalam video, ada ramai lagi artis tempatan terpalit dengan kontroversi yang sama.

Isu sebegini sudah menjadi perkara biasa, jadi tidak perlu netizen membesarkan hal ini sehinggakan reputasi artis tersebut terjejas kerana dikecam teruk. Berikut 5 selebriti yang disenaraikan oleh Hangat.com.
Fathia Latiff

Kecoh mengenai kontroversi video Bigo tersebar yang mengaitkan pelakon dengan imej bertudung ini. Pada awalnya Fathia Latiff menafikan namun kini dia telah tampil mengaku bahawa gadis di dalam video baru-baru ini adalah dirinya. Dalam kenyataannya;

Itu adalah saya. Saya dan kawan-kawan sedang “hanging out” di sebuah villa yang disewa. Sesi menari itu hanya di kalangan kawan perempuan dan kami menari di bilik air villa tersebut. Sudah tentu saya malu dengan apa yang terjadi.

 

Tak ada sesiapa yang masih waras akan menunjukkan bahagian badannya kepada seluruh dunia. Saya tak pernah dengar pun tentang applikasi itu sebelum ini. Sekarang saya dah tahu dan saya tahu dengan cara yang amat perit.

Izara Aishah

 

Sebuah rakaman video berdurasi 3 saat yang memaparkan pelakon jelita Izara Aishah berpakaian begitu menjolok mata, sehingga menampakkan separuh payudaranya tersebar. Difahamkan, video tersebar itu sebenarnya adalah video lama di mana Izara muncul berpakaian tidak sopan dalam sebuah majlis. Dalam kenyataan Izara, dia memohon maaf di atas kesilapannya.

“Walaupun Izara teramat sedih dan malu dengan kelakuan seseorang membuka aib Izara sebegitu, Izara terima tunggungjawab sepenuhnya dan memohon maaf kepada semua,” katanya lagi dalam kenyataan tersebut.

“Izara juga anggap ini sebagai suatu dugaan Allah, dan peringatan bagi Izara.

Tasha Shila

Gambar Tasha Shilla tayang separuh buah dada tersebar. Gambar seksi Tasha mulai menjadi kontroversi sekali lagi selepas gambar-gambar tasha yang menjolok mata menghadiri sebuah perasmian majalah fesyen dari Perancis beberapa hari lepas.

 

Sebelum ini Tasha pernah ditanya mengenai isu pakaian menjolok mata. Ini reaksinya;

“kalau tak boleh berfikiran positive, tak perlu kata apa-apa. I’m Being Myself”

Miera Liyana

Miera Liyana sebelum ni pernah mencetuskan kontroversi sejak gambar seksinya tersebar secara meluas di internet. Miera yang berlakon dalam drama Kamelia Katrina telah tampil dengan berpakaian menjolok mata serta menampakkan celah payudaranya.Bila ditanya, Miera menjawab bahawa dia memilih pakaian sedemikian untuk menunjukkan kelainan pada malam majlis tersebut.

Mengulas mengenai isu pakaian ini, Miera memberi alasan;

 

“Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan “

Alicia Amin

Pelakon baru dan model antarabangsa hangat diperkatakan apabila gambar–gambar seksi beliau ketika menjayakan beberapa penggambaran iklan dan produk tersebar. Alicia juga kini bergelar pelakon apabila drama lakonan pertama nya, ” Meh Sandar Lagi” yang disiarkan di slot Akasia TV3.

Tidak terkesan dengan isu ini, Alicia menjawab kontorversi ini dengan penih yakin:

“Saya berharap netizen  mencari ciri-ciri baik dalam seseorang dan bukannya mencari kesilapan. Mencari kesilapan orang lain tidak akan menjadikan mereka lebih bahagia. Saya tahu pandangan saya mungkin tidak sama dengan orang lain. 

 

 

“Tetapi saya percaya kita hidup di negara yang mempertahankan hak kita untuk menerima semua budaya, bangsa, agama dan hidup bahagia antara satu sama lain,” ujarnya. 

Apa sahaja jawapan dan reaksi, mereka mempunyai hak untuk memperbetulkan kesilapan dan terus memperbaiki diri untuk masa akan datang. Jadi, siapalah kita untuk menghukum mereka sedangkan diri sendiri belum cukup sempurna.

Sumber:hangat.com

 

___________________________________________________________________________________________________________

[ Artikel KECOHSANGAT Lagi Bibawah ] 

‘TERGAMAK DIA DERA BAYI SAYA BEGINI’ – PENGASUH CAMPAK DAN TARIK KAKI ANAK MAJIKAN DIRAKAM CCTV..

AFRIKA SELATAN – Seorang ibu yang menonton rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan bayi perempuannya didera oleh pengasuh, terasa dikhianati dan kesal kerana mempercayai wanita itu, lapor Daily Mail.

Annemarie Theron, 31, berkata, dia menangis apabila melihat bayinya yang berusia 9 bulan itu didera dalam video rakaman CCTV yang baru saja dipasangnya sejam sebelum kejadian itu berlaku.

Theron dan suaminya, Johan, sebelum itu berasa curiga dengan pengasuh anak mereka, Nicolin Hoeses, berikutan terdapat kesan kecederaan yang misteri dialami oleh bayi mereka. Malah, mangsa juga dilihat berada dalam keadaan ketakutan bila dijaga oleh pengasuh terbabit.

Theron dan keluarganya yang tinggal di Namibia berkata, “Saya menonton rakaman video CCTV itu bersama ibu mertua, yang baru saja dipasang awal pagi sebelum kejadian itu berlaku.

“Apabila saya melihat apa yang pengasuh itu telah lakukan pada Laila, saya menangis dan menangis. Saya peluk anak saya dan berulang kali meminta maaf kepadanya.

“Bermacam-macam perasaan yang melanda diri ini pada ketika itu. Saya rasa dikhianati dan gagal melaksanakan tugas sebagai seorang ibu. Itu adalah satu perasaan yang paling teruk yang pernah saya rasakan dan saya tidak mahu ibu-ibu yang lain melaluinya.”

Hoeses yang mempunyai empat orang anak, ditahan berikutan kes dera itu dan kini ditahan reman dan bakal didakwa cubaan membunuh mangsa.

Hoeses yang hadir ke mahkamah pada Isnin lalu tidak dibenarkan diikat jamin dan ditahan reman sehingga Oktober.

Difahamkan, Theron dan Johan mengambil Hoeses bekerja sebagai pengasuh anak mereka selepas disyorkan oleh rakan yang pernah menggunakan khidmat Hoeses untuk menjaga dua orang anaknya, dua tahun yang lalu.

“Mereka sekarang rasa sangat bersalah,” kata Theron.

“Mereka selama ini tidak pernah mencurigai wanita itu selama ini, tetapi mereka kini sedang bertanya pada dua anak mereka masing-masing-masing dengan bantuan pakar terapi,” katanya.

Theron juga berkata, semenjak mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu, dia sukar untuk makan dan tidur. Theron yang bekerja sebagai pengurus jualan dan tempahan di sebuah hotel di bandar Outjo, masih ingat kali pertama dia menemui kesan lebam di bawah kaki anaknya pada Julai, selain menemui kesan lebam di leher dan bahu anaknya pada bulan lalu.

“Pada awalnya saya tidak mahu menyangka yang bukan-bukan, dan saya tidak mahu menyoal pengasuh itu kerana saya tidak mempunyai bukti. Saya tidak mahu membuatkan dia marah terhadap saya dan menyebabkan anak saya menjadi mangsa kemarahannya di kemudian hari. Sukar untuk saya tinggalkan anak di bawah jagaannya setiap pagi.

“Suami saya berada di rumah selama beberapa hari pada awal bulan ini dan memaklumkan Laila kelihatan ketakutan apabila dijaga pengasuh itu.

“Satu hari, Laila terjatuh dan pengasuh memaklumkan kejadian itu kepada kami. Ada kesan lebam dan bengkak di bawah mata menyebabkan Laila menangis dan keadaannya kelihatan amat teruk pada masa itu,” katanya.

Berikutan itu, pasangan berkenaan kemudian mengambil keputusan untuk memasang kamera CCTV di bilik tidur mereka, di mana tempat tidur Laila diletakkan, tanpa pengetahuan pengasuh berkenaan, pada Rabu lalu.

Dalam video rakaman CCTV, kelihatan Hoeses masuk ke bilik tidur dengan mengangkat Laila di leher dan bahu. Hoeses kemudian mengemaskan katil Laila dan tanpa diduga dia terus mencampak Laila ke dalam tempat tidurnya seperti patung. Tidak beberapa lama kemudian, Hoeses kembali lagi dan mengangkat kaki mangsa keluar dari bilik tersebut.

Video itu juga merakam suara Laila menangis kesakitan/ketakutan sebaik saja pengasuh terbabit meninggalkannya seorang diri di dalam bilik.

Theron berkata, walaupun dia sudah mempunyai bukti video rakaman CCTV itu, dia tidak dapat berhadapan dengan pengasuh terbabit sehingga dia melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa dan terpaksa berlagak seperti biasa sehari selepas anaknya didera, ketika pengasuh itu datang bekerja pada keesokan harinya.

“Saya laporkan kepada pihak berkuasa agar dia dapat dikenakan tindakan. Saya tidak mahu dia dibebaskan dan kemudian menjadikan anak-anak orang lain sebagai mangsa,” katanya.

Selepas laporan polis dan aduan kepada jabatan kebajikan dibuat, pengasuh itu kemudian ditahan.

“Saya rasa sungguh marah dan dikhianati. Saya tak dapat bayangkan apa yang dia sudah lakukan pada anak saya selama ini.

“Saya sendiri tidak menjangka apa yang saya telah lihat dan hancur rasa hati melihat anak saya diperlakukan seperti itu,” tambahnya.

Kini, Laila dihantar ke pusat jagaan pada waktu pagi dan disebelah petang dibawa oleh ibunya ke tempat kerja.

Jelas Theron, buat masa ini dia masih mempertimbangkan untuk mencari pengasuh yang lain, yang boleh dipercayai. Menurutnya, bukan semua pengasuh yang berkelakuan teruk seperti itu.

Sumber: The reporter

Loading...