Nahas 3 Beradik. Ini Tindakan Ibu Bapa Mangsa Di Mekah Sejurus Terima Berita. Allahu.

Sharing is caring!

Semalam kita terima berita sedih 3 beradik maut selepas hantar ibu bapa mereka buat umrah. Selepas dapat berita tersebut, ini tindakan ibu bapa mangsa di Mekah. Allahu. Semoga dipermudahkan urusan segalanya. Al Fatihah.

TERUS BALIK KE MALAYSIA
Ibu bapa kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Batu Putih di sini hari ini, akan kembali ke tanah air esok untuk urusan pengebumian insan tersayang mereka.

Loading...

Seorang daripada saudara mangsa kemalangan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Basir berkata, berita pemergian tiga beradik itu disampaikan oleh ejen pengurusan umrah yang disertai anggota keluarga mangsa.

“Saya difahamkan berita sedih itu diterima ibu dan bapa mangsa semasa mereka sedang melakukan tawaf umrah. Mereka reda dengan pemergian tiga beradik itu.

“Mereka juga membuat keputusan pulang ke Malaysia untuk melihat anak mereka buat kali terakhir. Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11 pagi esok dan terus bertolak ke Kemaman,” katanya.

Basir berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.
KEMALANGAN TRAGIK
Pada awal pagi tadi, tiga beradik, Wan Nur Athirah Wan Kamaruzzaman, 27, Wan Nur Afifah, 25, dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi, 14, terkorban selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Cherry Easter dinaiki mereka terbabas sebelum terhumban ke dalam parit.

Kemalangan pada jam 5 pagi itu juga menyebabkan ibu saudara mereka Salmah Ibrahim, 58, dan anaknya Nurul Aliani Zawawi, 25, cedera di muka dan sedang dirawat di HTAA.

Kejadian berlaku semasa mereka dalam perjalanan pulang ke Kemaman, Terengganu selepas menghantar ibu bapa mereka, Wan Kamaruzzaman Wan Mohamad dan Rosnani Ibrahim serta adik mereka Wan Nur Aqilah ke KLIA untuk mengerjakan umrah pada Khamis lalu.

Loading...

Basir juga memaklumkan bahawa jenazah tiga beradik itu dibawa ke Hospital Kemaman pada malam ini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kapur, Binjai pada esok, selepas ketibaan anggota keluarga mangsa.
KERETA HILANG KAWALAN
Tiga adik beradik maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terjunam ke dalam parit di Jalan Kuantan-Pekan di Kampung Batu Putih, Kuantan, pada jam 5.45 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Mangsa, Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman, 28, Wan Nor Athirah, 27, dan Wan Mohd Mahathir, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian.
CUBA ELAK KERETA LAIN
Kemalangan itu berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan lain di depan kenderaan mereka sebelum terbabas dan terjunam ke dalam parit.

Ibu saudara dan sepupu mangsa yang berada dalam kereta itu juga turut cedera dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, tiga beradik berkenaan dalam perjalanan pulang ke Kemamam selepas menghantar ibu bapa dan adik perempuan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin untuk menunaikan umrah.

Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
MANGSA SELAMAT MINTA TOLONG
Sementara itu, ibu saudara yang hanya dikenali sebagai Mama, 49, terus bergegas ke lokasi kejadian sebaik saja dimaklumkan oleh anak saudara mereka yang terselamat dalam kemalangan itu.

“Seperti hendak gugur jantung saya apabila mendapat panggilan telefon daripada anak saudara yang mengatakan mereka terbabit dalam kemalangan dan kenderaan mereka terjunam ke dalam parit.

“Mereka meminta saya bergegas ke lokasi kerana sudah beberapa jam terperangkap dalam kawasan parit itu.

“Ketika dalam perjalanan ke lokasi, kami mendapat panggilan telefon dari anak saudara, Nurul Aliyani Zawawi, yang mengatakan mereka sudah berada di HTAA. Jadi saya terus ke sana,” katanya.

Difahamkan, Aliyani dan ibunya, Salma Ibrahim kini dirawat di unit kecemasan HTAA sementara tiga beradik yang maut dalam kemalangan itu sedang dibedah siasat.

“Saya tidak tahu bagaimana nak memaklumkan kepada keluarga mereka yang sedang mengerjakan umrah. Mereka macam anak saya juga kerana kami tinggal di kampung berdekatan di Binjai, Kemaman.
LAGI GAMBAR KEMALANGAN




Sumber : Sinar Harian

Loading...