Mengejutkan! Solat Jemaah Dengan BF Guna Whatsapp, Ini Lagi Sesat Dari Ayah Pin!

Sharing is caring!

Baru-baru ini negara ini digemparkan dengan berita apabila ajaran sesat ‘Mother of God’ berleluasa di universiti tempatan tersebar di media sosial.

Terdapat segelintir penuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyuruh para pengikut ajaran sesat itu supaya memakan daging dan meminum darah untuk menjamin masuk ‘syurga’.

Loading...

Dan terbaru, seorang pengguna Twitter Ameera Yasmine telah memuat naik satu status mengenai tindakan adiknya sendiri kononnya bersolat jemaah dengan teman lelakinya menerusi video call menggunakan Whatsapp.

Tindakan adiknya itu terbongkar apabila dimaklumkan oleh pembantu rumahnya. Ameera kemudian meluahkan perkara tersebut di laman Twitternya.

“Ada ke patut bibik beritahu aku yang adik aku solat berjemaah dengan teman lelakinya menerusi video call aplikasi WhatsApp.

“Ini lebih sesat dari ajaran Ayah Pin!”

Gadis itu turut sempat menasihati orang ramai untuk mengawasi aktiviti ahli keluarga terutama adik-adik perempuan untuk mengelak mereka terjebak dari ajaran sesat secara tidak sengaja.

Loading...

Rata-rata netizen yang membaca mengenai kisah yang dikongsi oleh Ameera juga terkejut dengan perangai budak-budak zaman sekarang.

Macam-macamlah budak zaman sekarang ni. Entah dari mana belajar boleh solat berjemaah menerusi video call. Bahaya betul! Jangan sampai benda ni jadi ikutan sudahlah.

Sumber: www.kakishare.tv

Loading...