Mas Idayu Nangis ‘Dibelasah’ Juri Di Pentas DAA3?

Sharing is caring!

PENYANYI dangdut, Mas Idayu menjadi bualan hangat dalam netizen selepas tularnya rakaman memarahi seorang peserta bernama Baby Shima di pentas D’Academy Asia 3 (DAA3) baru-baru ini.

Namun kali ini, tular pula sebuah sedutan rakaman video di laman Facebook memaparkan penyanyi lagu Cintaku 100% itu pula ditegur sehingga menangis di pentas berkenaan.

Menerusi video berkenaan, Mas Idayu dilihat teruk ‘dibelasah’ seorang juri yang dilihat tidak berpuas hati dengan kualiti persembahannya menerusi lagu bertajuk Sambalado.

Loading...

“Mas Idayu! Maju! Dua langkah. Tadi belajar apa?! Tak disiplin ya!” tegur juri berkenaan dengan nada yang tinggi.

Mas Idayu yang mengenakan busana sarat jemeki berwarna hijau pudina itu dilihat hanya berdiri dan menangis di pentas tersebut sambil diiringi oleh gelak ketawa orang ramai.

Video yang dimuat naik kira-kira dua jam lepas itu secara tidak langsung menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Bagaimanapun, rakaman yang telah menerima lebih daripada 800 tontonan itu sebenarnya hanyalah gimik semata-mata bertujuan untuk memeriahkan lagi program realiti berkenaan. Cis, tipah tertipu!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Loading...

 

Sumber : MYNEWSHUB  via: Soya Lemon

 

Baca selanjutnya…………….
(Video) 7 Skandal & Kontroversi Artis Paling Hangat 2017!

Menjelang tahun baru 2018, banyak kenangan manis dan pahit dalam dunia hiburan. Warna-warni hidup sebagai anak seni bukanlah indah-indah sahaja, namun ada juga peristiwa hitam yang terpaksa ditempuhi oleh mereka.

Sepanjang tahun 2017, kami sebagai sebuah portal hiburan tidak pernah ketinggalan  untuk memaparkan kontroversi artis tempatan. Berikut kami rangkumkan 7 kontroversi yang paling hangat juga telah mencuri perhatian orang ramai dan media.
1. Sorok Kahwin Fattzura
Segala spekulasi percintaan Fattah Amin dan Fazura akhirnya tamat apabila mereka berdua sudah sah bergelar suami isteri semalam. Meskipun ramai yang kecewa kerana mereka tidak berterus-terang tentang tarikh majlis pernikahan yang berlangsung, peminat tetap juga mengucapkan tahniah kepada Fattah dan Faz serta mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Apa kata kita “recap” kembali saat perkenalan Fattah dan Fazura dan kronologi percintaan mereka.

Fattah dan Fazura mula rapat ketika bergandingan bersama dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella sekitar bulan Mei lalu. Lakonan mereka berdua yang penuh dengan “chemistry” berjaya memikat hati penonton sehingga wujudnya hashtag #FattZura.

Hubungan mereka tidak terhenti selepas tamat penggambaran drama HSC dan mereka kerap keluar bersama. Dari situ, bermula lah spekulasi mengatakan mereka sedang bercinta dalam diam. Walaubagaimanapun, Fattah ketika itu menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Tidak lama selepas itu, Fattah dan Fazura sekali lagi digandingkan bersama dalam drama Wanita Terindah. Pada masa yang sama, gosip mengenai percintaan mereka berdua terus hangat diperkatakan kerana kemesraan antara mereka berdua semakin jelas kelihatan. Mereka saling berbalas komen di Instagram dan menghadiri acara hiburan bersama.

Fazura turut meraikan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke 27 pada 14 September lalu dan paling mendapat perhatian ramai ialah ketika Fattah mengirim 500 kuntum bunga mawar sempena ulang tahun kelahiran Fazura yang 34.

Selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai berita pertunangan mereka, akhirnya Fattah menerusi satu sidang media khas  selepas mereka pulang dari Mekah mengakui beliau sudah bertunang dengan Fazura pada 13 November lalu dalam sebuah majlis tertutup atas permintaan keluarga mereka dan tidak mahu menghebahkan perkara tersebut kerana mahu fokus menunaikan ibadah umrah.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Fattah dan Fazura, siapa sangka perkenalan yang agak singkat menimbulkan bibit percintaan antara mereka berdua dan akhirnya membuat keputusan untuk segera bernikah.
2. Gadis Cium Wak Doyok

Siapa tidak kenal Wak Doyok, salah seorang fesyen ikon Malaysia yang diminati ramai. Mempunyai 1.7juta pengikut di instagram Wak Doyok terbukti bukan sahaja mencipta nama dalam bidang fesyen malah seorang usahawan yang berjaya.

Semalam, Wak Doyok telah memuatnaik beberapa keping gambar dan video sedang menyambut hari lahir bersama seorang wanita jelita. Memang cun habis. Siap cium pipi lagi. Walaubagaimanapun ramai yang mengecam tindakan ‘keterlaluan’ Wak itu.
Sambut Hari Jadi Dengan Kekasih?

Di Instagram Wak Doyok telah memuatnaik beberapa keping foto kemeriahan menyambut hari jadi bersama seorang wanita cantik. Gadis yang bernama Malika Askarova ini merupakan seorang model terkenal. Wah kalau betul ini kekasih Wak, memang bukan calang-calang orang kan?
Siap Kiss Pipi
Walau bagaimanapun aksi cium pipi Wak Doyok telah mendapat kecaman daripada netizen. Ramai yang sedikit terkejut dan menasihati Wak bahawa perbuatan tersebut tidak manis, lebih-lebih pula Wak seorang selebriti yang mempunyai ramai pengikut.
3. Fathia Latif Menari Berkemban
Video :

Pelakon, Nur Fathia Abdul Latiff atau lebih dikenali dengan nama Fathia Latiff hari ini mengaku bahawa dia adalah wanita yang berada dalam video Bigo Live yang dirakam oleh telefon bimbit pelakon baharu, Natasha Elyzza, yang viral di media sosial baru-baru ini.

“Itu adalah saya,” kata Fathia, memetik laporan dari New Straits Times hari ini.

Tetapi, artis berusia 30 tahun itu menjelaskan bahawa, video yang menampakkan aurat dirinya itu bukan dirakam untuk dipertontonkan kepada umum.

“Saya dan beberapa rakan berada di villa yang disewa. Sesi menari itu hanya di antara saya dan rakan-rakan perempuan dan kami menari di dalam bilik mandi,” jelasnya yang masih lagi terkejut bila mendapati video tersebut viral di media sosial.

“Sudah tentu saya berasa malu dengan apa yang telah berlaku. Siapa yang mindanya masih waras mahu menunjukkan sebahagian tubuh badannya kepada seluruh dunia?” katanya dengan gementar dan menahan emosi.

Jelas Fathia, ketika dia dan rakan-rakannya sedang ‘berseronok’, dia tidak menyedari video mereka dirakam menerusi aplikasi Bigo Live, yang juga boleh diakses oleh orang ramai, kerana dia menyangka video itu hanya boleh ditonton oleh rakan-rakan terdekat sahaja.

“Saya tidak pernah mendengar aplikasi itu sebelum ini,” katanya.

Namun dua jam yang lalu, Fathia memuat naik kenyataan memohon maaf kerana menunjukkan contoh yang tidak baik kepada umum.
4. Adegan Cium Janna Nick, Fattah Amin
Satu babak panas yang mencetuskan kontroversi dalam dunia hiburan di mana Janna Nick dan Fattah Amin terlihat melakukan aksi ciuman untuk drama Coffee Prince. Isu ini sehingga kini masih menjadi pertikaian netizen. Kontroversi tercetus gara-gara gambar yang dikongsikan oleh Fara Mendoza menerusi Instastory miliknya dari lokasi penggambaran drama adaptasi dari Korea tersebut.

Video :

Susulan dari isu ini, seorang jurukamera telah tampil buat penjelasan. Juo Azri menerusi Instagramnya pada Sabtu mendedahkan foto dan jarak sebenar kedudukan antara Janna dan Fattah ketika penggambaran berlangsung.


5. Aliff Aziz & Afifah Nasir

JULAI lalu dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita mengenai penyanyi Aliff Aziz ditahan oleh polis selepas mencederakan isterinya, Bella Astillah yang ketika itu masih dalam tempoh berpantang selepas 20 hari melahirkan bayi sulung.

Insiden itu berlaku gara-gara pelakon baharu, Afifah Nasir dikatakan mengganggu rumah tangga mereka dan dilihat berdua-duaan di sebuah pusat karaoke Taman Shamelin, Cheras, Kuala Lumpur.

Empat bulan berlalu, nampaknya cinta antara Aliff dan Bella terus mekar mewangi malah yang berlaku sebelum ini dijadikan pengalaman dan ujian berumah tangga.

Bertemu empat mata dengan Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah terlihat wajah kebahagiaan yang sedang dilalui dengan cinta hatinya itu. Enggan lagi terluka untuk kali kedua, wanita berusia 23 tahun itu mahu melupakan kejadian hitam itu dan tidak mahu lagi membangkitkan kembali hal tersebut.

“Saya sudah tidak mahu panjangkan lagi isu tersebut. Yang sudah lepas, biarlah berlalu pergi. Saya nak teruskan hidup dengan keluarga tanpa dihimpit dengan kisah yang kurang enak.

“Kalau boleh semua kisah di sebelah pihak sana, saya tak mahu ambil tahu lagi. Fokus saya ketika ini terarah kepada keluarga dan tak naklah ada aura negatif dalam hidup kami lagi,” pintanya.

Sementara itu, Bella turut mengulas mengenai tindakan Aliff yang memuat naik sebuah entri berserta paparan skrin di laman sosial Instagram miliknya pada awal bulan lalu yang meminta agar Afifah tidak mengeluarkan lagi sebarang kenyataan yang tidak benar kepada pihak media.

Mengakui terkejut dengan tindakan suaminya itu kata Bella:

“Saya tunjuk kenyataan pihak sana (Afifah) kepada Aliff. Saya akui dia agak marah apabila semua yang dikatakan itu adalah tidak benar. Tetapi tak sangkalah pula dia memuat naik status panjang lebar di Instagram.

“Saya yakin Aliff pada ketika itu sedang menahan marah sambil menaip status. Mungkin ada orang yang kaitkan kononnya saya yang suruh Aliff berbuat demikian tapi saya sendiri tak nak masuk campur. Biarlah orang nak kata apa pun.”

Cepat lupa selepas bersalin

BERGELAR ibu pada usia muda sesungguhnya banyak menyedarkan Bella tentang pengorbanan orang tua yang membesarkannya selama ini. Malah ibu kepada bayi comel berusia empat bulan, Mohamad Ayden Adrean sehingga hari ini masih tidak dapat melupakan momen melahirkan anaknya.

“Bila masuk dalam wad bersalin, saya teruskan teringatkan ibu. Masa itu membayangkan pengorbanan seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan saya. Yang ibu lalui satu masa lalu itu turut saya rasai. Memang satu pengalaman yang indah,” kongsinya.

Lucunya, Bella sempat berseloroh memberitahu yang dia kini semakin cepat lupa selepas melahirkan anak pertama.

“Ya, perubahan paling besar sekali ialah saya mudah lupa. Mungkin ini kesan daripada bersalin rasanya. Nasib baik saya tak lupa Aliff! Tapi tak adalah serius dan boleh memudaratkan kesihatan,” ujarnya sambil ketawa.

Mendirikan rumah tangga pada usia muda juga tidak memberikan sebarang kesulitan buatnya. Bergelar isteri, ibu dan pengurus kepada suaminya kadangkala membuatkan jadualnya sibuk namun dia tetap mengutamakan keluarga terutama bayi sulungnya yang memerlukan perhatian dan kasih sayang.

“Saya memang sukakan kanak-kanak. Bila Ayden lahir kalau boleh memang tak nak tinggalkan dia di rumah.

“Lebih-lebih lagi dia pula merupakan cucu pertama bagi kedua-dua keluarga kami. Sudah tentulah ramai yang sayang, kan!

“Boleh dikatakan hari-hari saya dan Aliff akan buat panggilan video dengan keluarga di Singapura sebab mereka rindukan Ayden,” tuturnya sambil memberitahu sedang dalam perancangan untuk membuka sebuah perniagaan.

6. Izreen Bermadu Dalam Diam
Pelakon Izreen Azminda mengakui tidak pernah berhasrat untuk merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama, sebaliknya hanya menumpang kasih.

Katanya lagi, dia juga tidak kejam untuk berbuat demikian dan tidak akan membenarkan suami meninggalkan isteri pertama semata-mata untuk bersamanya.

Bagaimanapun katanya, dia kecewa dengan cemuhan dilemparkan netizen yang menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar.

Tambah Izreen lagi, berat baginya berdepan cemuhan masyarakat yang melabelnya sebagai perampas kebahagiaan insan lain, namun akur kenyataan itu terpaksa dihadapi apabila memilih hidup bermadu.

“Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri,” katanya.

Sebagai wanita yang pernah melalui kekecewaan dalam kehidupan berumah tangga, Izreen juga tidak rela menghancurkan hati wanita lain namun takdir sudah tertulis apabila terpaksa berkongsi kasih seorang suami.

Spekulasi mengenai status perkahwinan anak kelahiran Kangar, Perlis itu yang bertebaran sejak minggu lalu, tamat petang kelmarin apabila Intan Liana Saleh, 32, yang juga isteri pertama suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, membuat pengakuan rela hidup bermadu dengan pelakon itu.

Izreen dan Ude yang juga pemuzik bebas, melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

Dengan sekali lafaz, bakat yang diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu sah menjadi isteri pada jam 10 pagi.

Di bawah merupakan foto ketika majlis pernikahannya berlangsung:


7. Hafiz Hamidun & Joy Revfa

SELEPAS dilanda pelbagai kontroversi rumah tangga, penyanyi Hafiz Hamidun, 33, dan usahawan kosmetik Siti Arifah Mohd Amin, 30,atau Joy Revfa akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Lafaz cerai itu diucapkan Hafiz terhadap Joy di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof.

Hafiz selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Shukran berkata berlaku perceraian dengan talak satu Bain Sughra dan memerintahkan Joy tidak perlu menjalani tempoh edah kerana pasangan terbabit tidak pernah mengadakan hubungan kelamin.

“Mahkamah juga memerintahkan tiada tuntutan daripada kedua-dua pihak selepas mereka bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perkahwinan,” katanya ketika prosiding dijalankan.

Pada Ogos lalu, perkahwinan kedua-dua mereka menjadi konflik apabila mereka tidak tinggal sebumbung selain berbalas komen di laman Instagram masing-masing.

Pasangan yang bernikah pada 1 Mei lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam itu turut didakwa tidak pernah dilihat bersama dalam sebarang majlis membabitkan mereka.

Pada 12 Oktober lalu, Hafiz yang diwakili peguam syarie Azmi Mohd Rais memfailkan permohonan cerai di mahkamah ini.

Tidak wujud persefahaman antara mereka antara alasan diberikan Hafiz selain mendakwa Joy Revfa sering mengaibkannya di media sosial serta mendakwa wanita itu melawan dan mengingkari segala suruhannya sebagai suami termasuk menjatuhkan imej juga reputasinya.

 

Sumber; Soyalemon

Loading...