Lelaki Maut DIGILIS. Pekerja Stesen Minyak Akhirnya Buka Mulut Bagitau CERITA Waktu Kejadian..

Sharing is caring!

Image result for Lelaki Maut DIGILIS. Pekerja Stesen Minyak Akhirnya Buka Mulut Bagitau CERITA Waktu Kejadian..

Hari ni negara digemparkan dengan kes seorang lelaki maut dipukul dan digilis dengan kereta di Johor Bahru. Lepas lama berdiam diri, akhirnya pekerja stesen minyak cerita detik cemas ketika kejadian. Ada video. Allahu. Kongsikan.
INGATKAN HANYA BERGADUH BIASA
Saksi kejadian seorang lelaki maut diserang sebelum digilis kereta di stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini malam tadi, tidak menyangka suspek tergamak bertindak demikian.

Loading...

Pekerja stesen minyak yang mahu dikenali sebagai Ismail, 53, menyedari pergaduhan berlaku selepas terdengar suara wanita menjerit dalam bahasa Mandarin.
TERDENGAR BUNYI LETUPAN
“Saya ingatkan ia pergaduhan biasa sebelum mendengar bunyi letupan. Saya terus berlari ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku.

“Tak lama selepas itu saya nampak sebuah kereta BMW melanggar mangsa dan pemandunya mengundurkan kenderaan lalu menggilis mangsa,” katanya ketika ditemui BH di lokasi kejadian, hari ini.

Tinjauan BH mendapati pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan di kawasan kejadian.

Ismail kemudian melihat kereta BMW itu memecut ke arah Jalan Serampang di sini, manakala mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
SUSPEK MASIH BELUM DITANGKAP
Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, ketika dihubungi berkata, polis belum menahan suspek.

“(Suspek) belum ditangkap,” katanya ringkas ketika dihubungi BH, di sini hari ini.

Loading...

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Azman Ayob, mengingatkan orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat palsu dan tidak sahih berhubung kejadian.

“Maklumat kononnya sudah ada tangkapan tidak tepat dan hentikan menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
VIDEO KEJADIAN

Dalam kejadian jam 7.30 malam tadi, mangsa seorang lelaki berusia lingkungan 30-an maut selepas disyaki ditikam ketika mengisi angin tayar dalam pergaduhan di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian dada.

Sebelum kejadian, mangsa bersama isterinya seorang warga asing berusia 20-an menaiki kereta jenis Volkswagen Polo berhenti di stesen minyak terbabit untuk mengisi angin tayar kereta.

Sumber : Berita Harian

Baca selanjutnya………….
KEJAM. Wanita DIBUNUH Tanpa Pakaian Di Klang. Allahu.
Penduduk Klang gempar apabila mayat seorang wanita tanpa pakaian dijumpai di bawah jejantas. Ikuti berita selanjutnya. Baca dan kongsikan.
MAYAT DIJUMPAI DI BAWAH JEJANTAS
Mayat seorang wanita tanpa pakaian ditemui di bawah jejantas di Jalan Raja Nong, berhadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata mayat berkenaan ditemui seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi.

Katanya, polis yang ke lokasi kejadian menemui mayat wanita berusia 37 tahun, dengan kesan lebam di mata kanan dan benjolan di dahi.

“Mangsa tidak berbaju dan seluar pendek serta seluar dalam yang dipakai mangsa dilondehkan sehingga buku lali kiri,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Shamsul Amar berkata, pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada mangsa dirog#ol sebelum dibunuh.
DIBUNUH DI KAWASAN LAIN
Beliau berkata, pihaknya percaya wanita itu dibunuh di kawasan lain sebelum mayatnya dicampak di bawah jejantas itu, berdasarkan kepada tiada bukti lain ditemui di situ.

Katanya, siasatan awal berdasarkan kepada cap jari mendapati, mangsa adalah warga tempatan yang beralamat di Pandamaran.

Selain itu, beliau berkata, mangsa pernah ditahan bersabit kes dadah mengikut Seksyen 9 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, mangsa sudah bercerai dan mempunyai dua anak perempuan yang dijaga oleh adik kandungnya di Shah Alam.

“Adik kandung mangsa ada membuat laporan polis pada 10 Mac lalu untuk memelihara anak mangsa ekoran wanita itu sudah hilang sejak 2015,” katanya sambil menambah mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.
POLIS TANGKAP SUSPEK
Beliau juga mengesahkan pihaknya sudah melakukan tangkapan, membabitkan seorang lelaki berusia 54 tahun, yang juga rakan serumah mangsa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : Berita Harian

Loading...