Jijik Aku Nak Bagi Anak Aku Kawan Dengan Budak Tu.. “Kau Anak Luar Nikah. Kau Anak Haram!!”

Sharing is caring!

INSPIRASI

“Kau anak luar nikah. Kau anak haram” ejek kanak-kanak kepada seorang rakan.

Loading...

“Bapak kau Abdullah, mesti mak kau lahirkan kau takde laki kan” ejek lagi rakan yang lain.

“Jijik aku nak bagi anak aku kawan dengan budak tu. Nak jadikan menantu lagilah tidak. Nanti 7 keturunan rosak” cemuh surirumahtangga yang duduk mengumpat di beranda rumah.

Sentimen masyarakat mengagungkan anak yang lahir dari ikatan yang sah amat berbeza dengan anak yang lahir dari hubungan yang terlarang.

Mereka bimbang jika ‘perangai’ atau ‘baka’ dari ibu bapa yang terkutuk itu terjangkit kepada si anak walau telah cukup didikan diberi.

Tetapi masyarakat sering lupa, yang digelar anak haram ini lahirnya mereka adalah dari ibu bapa yang asalnya dari perhubungan yang halal (ibu bapa kepada pasangan).

Anak-anak itu, ibarat kain putih. Jika betul cara didikan, jika dari awal sudah diberi ingat mana halal dan haram serta mana dosa dan pahala maka berlapang dada lah.

Loading...
Image result for kau anak luar nikahGambar Hiasan

Jika dari awal sudah diungkit keturunannya, alasan supaya si anak sedar diri maka jangan salahkan mereka jika mereka mula membuat perangai. Silap sendiri kerana salah mendidik, mengundang pula rasa malu yang telah menjatuhkan maruahnya. Ini bukan salah keturunan/baka si anak.

Lihat juga kepada masalah sosial dikalangan remaja, bukankah mereka juga lahir dari perhubungan halal si ibu dan ayah. Tetapi perangai nauzubillah!.

Saya ada sahaja jumpa remaja yang tidak tahu asal keturunan. Entah dimana ibu, entah bapa yang mana satu. Dijaga pula oleh keluarga angkat yang sangat elok budi bahasa. Remaja itu, lahir sungguh baik budi pekerti. Malahan menjaga ibu angkatnya di wad tanpa langsung dengar keluhan penat. Kata si remaja;

“Kalau tidak kerana mama dan papa, entah dimana saya membesar. Entah macam mana masa depan saya. Saya tidak mahu salasilah keluarga digali-gali. Saya juga tidak mahu menconteng arang kemuka mereka yang tidak pernah memilih kasih dalam membesarkan anak haram seperti saya”

Kalian sewenang-wenang menjatuh hukum kepada anak-anak yang tidak berdosa seperti itu. Yang tidak langsung minta dilahirkan hasil dari hubungan terlarang ibu bapa kandung. Kamu kacau emosi mereka yang sepatutnya layak diberikan peluang untuk turut mengecap bahagia.

Bila mereka mula rosak emosi dan jiwa. Sebenarnya ia berpunca dari siapa? Anda!

Notakaki;
Jangan rasa diri itu sempurna sehingga lupa yang kamu cakap mungkin akan berbalik kepada kamu semula.

Sumber : Oh My Media

selanjutnya…………..

Sungguh Kejam, Bayi 11 Bulan Diculik & Dirogol Selama 2 Jam


Gambar hiasan

Jenayah kes rogol semakin meningkat dan setiap hari pasti akan ada berita melibatkan jenayah tersebut di dada akhbar.

Terbaru, seorang bayi berusia 11 bulan telah diculik dan dirogol selama 2 jam oleh “jiran” di Delhi, India.

Kes tersebut berlaku di sebuah tempat perlindungan sementara di kompleks perumahan polis semasa bayi tersebut sedang tidur bersama ibunya. “Jiran” didakwa telah menculik bayi tersebut dan membawanya ke sebuah hutan berdekatan dan dirogol pada pukul 10 malam.

Ibu bayi hanya menyedari kehilangan anaknya itu sekitar pukul 11.00 malam dan melapor kepada polis. Tidak lama kemudian, polis telah menjumpai bayi tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bayi perempuan tersebut mengalami pendarahan teruk dan kesan kuku di merata tubuhnya ,” kata seorang pengawai kanan polis.

Polis berjaya mengesan suspek di sebuah kem pekerja di mana suspek tinggal bersama pekerja lain dengan menjejak pemilik telefon bimbit yang ditinggalkan berdekatan bayi tersebut.

Menurut polis, lelaki itu telah mengaku bahawa dia telah menculik dan merogol bayi tersebut selama hampir 2 jam.

Lelaki itu kini dituduh merogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan India dan Seksyen 6 Akta POSCO dan ditahan di penjara Tihar.

Sumber: Hanasuva

Loading...