Hubungan Intim Kian Terasa Dingin, Ini 7 Tip Bangkit Ghairah ‘Pengantin Lama’

Sharing is caring!

Bila sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga ramai pasangan yang tidak lagi berusaha untuk menghangatkan kembali ranjang.Malah ramai juga suami isteri yang mengambil mudah perihal hubungan intim ini. Kalau ada, adalah, kalau takde tak mengapa.Jangan terus begini, sama ada sedar atau tidak inilah perkara yang sebenarnya mengeratkan hubungan dan menambah kemanisan suami isteri.

Usah jadikan usia sebagai penghalang. Teruskan hangat ranjang dengan cara berikut.
1. Sihat dan Segar
Pastikan anda berkeupayaan untuk melakukan hubungan seksual secara sihat tanpa sebarang halangan. Segarkan diri dengan mandian dan haruman yang menyegarkan serta membangkitkan ghairah suami. Pilih pakaian sesuai dan selesa untuk bersama.Jika kurang sihat, sebaiknya beritahulah pada suami bahawa anda tidak mampu untuk bersamanya pada malam itu.
2. Kukuhkan Rohani
Aspek kerohanian usah diabaikan ketika mempersiapkan diri untuk bersama suami. Pasti kan anda berwuduk terlebih dahulu dan meminta suami menghadap kiblat sambil meniup ubun-ubun isteri.Lengkapkan dengan doa sebelum bersama dan berzikir kepada Allah semoga dipermudahkan dan dikurniakan anak yang baik.
3. Persiapkan Mental
Mental anda harus lebih bersedia. Jangan biarkan tekanan kerja membatasi waktu untuk melakukan hubungan seksual bersama suami. Lupakan sejenak perihal duniawi dan bersedia sebaiknya untuk malam istimewa ini.Jadikan ia seperti malam pertama anda bersama. Tentu indah bukan? Biarkan diri dalam keadaan tenang, bersedia dan tiada tekanan. Kemudian anda berlayarlah sebaiknya dengan suami tercinta.
4. Hiasi Bilik Tidur
Jangan jadikan alasan tidak selesa seperti kelengkapan katil dan tilam yang tidak sempurna untuk anda menolak ajakan suami. Sebaiknya anda sendirilah yang seharusnya mempersiapkan persekitaran yang indah dan harum.

Loading...

Tukar cadar dan sarung bantal bersih serta kemaskan keseluruhan katil. Hiasi setiap inci kawasan bilik anda untuk membangkitkan aura romantik. Meletakkan sedikit haruman aromaterapi antara yang disarankan. Susunan lilin wangi serta taburan kelopak bunga pasti buat hati gelojak untuk bersama suami.

 
5. Masa Sesuai
Masa yang bersesuaian juga perlu diambil kira ketika hendak bersama. Hubungan intim memerlukan penghayatan yang bukan sedikit tanpa sebarang gangguan.

Suasana yang tenang lagi hening mampu memberikan sesuatu untuk anda. Pasti kan waktu rehat yang mencukupi sebelum dan selepas mengadakan hubungan kelamin. Jangan pula terlalu lapar atau juga terlalu kenyang. Pastikan juga emosi anda stabil ketika bersama.
6. Wujudkan Kemesraan
Tidak hanya suami, isteri juga harus turut sama berperanan ketika di ranjang. Membelai pasangan dan mewujudkan rangsangan perlu untuk sama-sama meraih nikmat berpanjangan. Jangan malu untuk memulakan langkah sebaliknya turut serta dalam aktiviti indah ini supaya suami lebih memahami anda. Aksi nakal misalnya mungkin membantu anda merasa lebih remaja dan muda sentiasa.
7. Berterima kasih
Ketika bersama jangan pula terlalu memaksa si suami. Berikannya ketenangan dan sokongan padu untuk sama-sama merasai nikmatnya. Berterima kasihlah pada suami tanda anda juga menghargainya. Berikan sedikit penghargaan dengan ucapan yang menyenangkan suami dan peluklah dia. Pasti hati lebih terasa puas, lega dan bahagia sekali menerima detik nikmat ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Loading...

Sumber: Mingguan Wanita

Loading...