“Dalam Video Kosong Tak Ada Orang, Tapi Dalam Gambar Ada ‘Extra’ Pula..” Wanita Kongsi Kejadian Pelik Yang Berlaku di Funfair PD

Sharing is caring!

Satu kejadian ‘mistik’ yang dikatakan berlaku di satu funfair di Port Dickson ternyata membuat netizen bingung dengan kelibat seorang kanak-kanak perempuan berambut panjang yang dikatakan tiba-tiba wujud di dalam permainan keretapi di funfair terbabit.

Pemuat naik video @iqinnordin, menulis di Twitter:

Loading...

“Kejadian ni jadi dekat funfair Port Dickson. Tengok betul-betul dlm video ni depan budak perempuan baju pink yang melambai tu kosong kan? Dia sorang je dalam (gerabak) train tu”.

Sekiranya anda perasan, ada kelihatan seorang kanak-kanak berbaju pink memulas stering di dalam video terbabit. Fokus kepada kerusi dihadapannya (video terpaksa di-blur bagi menghormati privasi kanak-kanak)

Ya, tiada apa yang pelik dengan video terbabit. Tapi lihat pula gambar yang diambil selepas itu.

Menjawab soalan-soalan mereka yang musykil dengan kejadian Iqin menulis: “Bagi yg tertanya dalam video dia tengah main steering. Gambar tu diambil selepas keretapi tu pusing balik. Pusingan bila tengah jalan diorang takkan berhentikan selagi tak habis pusing. Berapa kali pusing tu tak pasti. Untuk kepastian, tengok budak belakang baju merah tu budak yang sama. Harap maklum.”

Loading...

Sudah tentu ada yang percaya, dan tidak kurang juga yang tidak percaya.

Tweet terbabit mendapat 7 ribu retweet dalam masa 12 jam ia dimuat naik.

Sumber: Siakapkeli

Baca selanjutnya……

Aku Tidak Percaya! Biar Apa Pun Kata Mereka – Erma Fatima Pertahankan Iqram Dinzly..

Hampir seluruh rakyat Malaysia mempercayai pelakon Iqram Dinzly sudah tidak waras dan mengalami kemurungan yang teruk sehingga membuatkan perwatakan beliau berubah seratus peratus.

Namun, buat pengarah Erma Fatima, beliau yakin Iqram tidak sakit dan mempercayai apa yang aktor itu lakukan cuma “persembahan” untuk menguji tanggapan masyarakat terhadap dirinya . Iqram masih lagi orang yang sama seperti mana yang Erma kenali dulu.

Terdahulu, Iqram mengakui apa yang beliau lakukan cuma gimik awal untuk mempromosikan perniagaan baru beliau. Walaubagaimanapun, rata-rata peminat masih bersimpati dengan Iqram dan berharap beliau mendapatkan rawatan pakar agar berada dalam keadaan lebih baik.

Sumber: https://beautifulnara.com

Loading...