Baju Putih Atau Baju Sekolah Anak Kekuningan ? Ini Cara Putihkan Tanpa Guna Peluntur..

Sharing is caring!

Baju warna putih memang sukar nak dijaga rapi. Jika sering dipakai sudah tentu warnanya akan lebam yang mungkin disebabkan kekotoran harian yang menghinggap namun jika disimpan terlalu lama pula, rona putihnya bisa sahaja bertukar kepada kuning kecoklatan. Hmm… macam mana ni?

Untuk leraikan kekusutan anda, terutama para ibu yang runsing jika anak mereka balik sekolah dengan baju sekolah yang sudah tidak sempurna dek lebam dan comot, jom Wanista ajarkan cara bagaimana mahu putihkan baju putih, tanpa menggunakan sebarang peluntur seperti Clorox dan sebagainya.

Loading...

#CARA 1: Air  + Serbuk Penaik

Sumber: Henrietta/A Hen’s Nest

Campurkan 4 literair bersama 1 cawan serbuk penaik (baking soda). Kemudian masukan campuran berkenaan di dalam mesin basuh bersama baju yang ingin diputihkan. Biarkan ia rendam semalaman sebelum mencucinya dengan sabun dan pelembut fabrik (softner) seperti biasa.

#CARA 2: Sabun Pencuci Pinggan 

Menurut petua orang barat, sabun basuh pinggan yang lembut mampu menghilangkan kotoran degil pada baju putih… mungkin anda boleh guna cara ni!

Sumber: One Good Thing by Jillee

Loading...

Secara mudah, gunakan sabun pencuci pinggan sebagai pengganti sabun pencuci baju untuk mencuci pakaian basuh seperti biasa.

#CARA 3: Pil Aspirin

Aspirin atau tablet ubat tahan sakit yang sering kita makan untuuk mengubat sakit kepala itu juga boleh memutihkan baju tau?!

Sumber: Living Wellness Now

Larutkan 5 biji pil aspirin di dalam segelas air kemudian tuang air tersebut pada baju putih yang ingin dibersihkan. Biarkan ia rendam beberapa ketika sebelum basuhnya seperti biasa di dalam mesin bersama sabun dan pelembut pakaian.

Sila gunakan pil aspirin yang berwarna putih sahaja kerana dikhuatiri pil yang berwarna dapat merosakkan rona putih pakaian.

#CARA 4: Hydrogen Peroxide

Sumber; Lacy/Grit

Hydrogen Peroxide dapat memutihkan pakaian putih yang sudah lebam dan kekunigan. Menurut portal gaya hidup PopSugar, ia mampu bertindak sebgaai penghapus kekotoran secara sempurna sepertimana peluntur biasa yang dibeli di kedai-kedai. Campurkan separuh cawan Hydrogen Peroxide yang boleh dibeli di mana-mana farmasi bersama baju putih sebelum mencucinya dalam mesin.

#CARA 5: Cuka Putih

Semasa basuhan pakaian putih sedang berputar di dalam mesin, campurkan setengah cawan cuka putih ke dalamnya. Selain memutihkan pakaian ia juga mampu membuatkan fabrik pakaian tersebut jadi lembut agar mudah digosok kemudian.

#CARA 6: Rendaman Buah Sitrus

Sumber: Emily/Holistic Squid

Martha Stewart mencadangkan supaya anda merebus pakaian dalam air yang sudah dicampur dengan perahan jus lemon. Biar pakaian putih anda direbus buat beberapa ketika sehingga menggelegak sebelum menutup api.

Selepas api ditutup, biar baju tersebut terus direndam dalam air rebusan sehingga satu jam.

# CARA 7: Cahaya Matahari

Bukankah setiap hari kita menjemur pakaian di bawah cahaya matahari? Ya, memang benar tapi jika anda mahukan baju putih menjadi lebih putih, jangan biarkan baju diperah kering menggunakan mesin basuh.

Basuh baju putih menggunakan tangan lalu tanpa memerahnya, terus sidai di bawah sinaran matahari. Biar baju tersebut mengering secara semulajadi dengan cahaya matahari.

Sumber: Shutterstock

Dengan cara ini, keadaan kualiti baju juga terjaga kerana tidak terdedah kepada racun bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan peluntur dan sabun pencuci pakaian yang kasar.

Bonus!

Manfaatkan nila untuk pakaian putih yang sudah kekuningan. Caraya, rendam pakaian dalam sebaldi air sebelum titiskan beberapa titis nila ke dalam air rendaman berkenaan. Kacau air untuk mengelak warna baju putih bercapuk kemudian biar ia rendam selama 15 – 30 minit sebelum mencuci di dalam mesin seperti biasa.

Selamat mencuba!

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Wanista

Loading...