‘Ambil Gambar’ Sekerapnya Jadi Motivasi Konsisten Turun Berat Dari 103KG Ke 44KG

Sharing is caring!

Pelikkan? Macam mana ambil gambar sekerapnya boleh jadi motivasi konsisten turunkan berat badan. Haa.. jangan terus kecam. Baca apa yang si manis, Zulaikha Fallen ini kongsikan.

Aku gemuk, malas la bergambar” Dalam proses penurunan, wanita ini sarankan agar ambil gambar sebanyak mungkin.

Loading...

Untuk apa? Tujuannya untuk anda tengok kemajuan diri. “Selain dari tengok penurunan mesin penimbang / ukur lilit badan, lebih jelas lagi kalai kita tengok perbandingan gambar.”

Silap saya dulu, saya jarang ambil gambar atau bergambar. Semua itu atas sebab low esteem. Jadi rasa rugi pula saya tak banyak gambar progress dari satu tahap ke satu tahap.”

Akuinya, ketika dirinya rasa nak give up, dia akan tenung semula gambar-gambar yang ada. Motivasi mula disuntik “Dah usaha, takkan nak separuh jalan.”

Satu lagi, gambar itulah motivasi untuk diri.

Takkan lah aku nak biar diri tak terurus gini selamanya.”
Takkan ini je aku boleh capai
Orang lain boleh, takkan aku tak boleh?”
Mungkin aku yang banyak beralasan?”

Zulaikha juga tak menjadikan pujian untuk membuatkan dirinya lupa diri. “Jangan sampai kita kembali ke comfort zone atau zon selesa.”

Loading...


Cabar Diri, Buka Potensi Diri
Cekal betul Zulaikha. Bukan mudah untuk mendapat berat badan seperti sekarang ini. Tapi dia selalu ingatkan diri.

Ingat, diri sendiri yang limitkan potensi tu. Jangan senang-senang nak tuding jari ke orang lain.”

Awak, cukup-cukup beralasan. Cukup-cukup mengeluh acah menyedap diri.”

'Ambil Gambar' Sekerapnya Pun Boleh Jadi Motivasi Konsisten Turun Berat, Wanita Ini Buktikan Dari 103KG Ke 44KG
Alasan-alasan Yang Biasa Kita Guna
– Mak masak sedap
– Busy study / kerja
– Biase la dah beranak ramai ni
– Suka makan
– Kenduri banyak
– Saya masak so saya makan

Banyak lagi alasan-alasan menyalahkan individu lain. Padahal dengan apa situasi sekali pun, cara pemilihan pemakanan, kuantiti pemakanan kita tetap boleh kawal.

Still, kita masih nak salahkan situasi luar dan orang lain.

'Ambil Gambar' Sekerapnya Pun Boleh Jadi Motivasi Konsisten Turun Berat, Wanita Ini Buktikan Dari 103KG Ke 44KG
Sebab Itulah
Belajar untuk sabar, urus diri, tenang dan fikir balik tindakan kita. Hal ni slow-slow kita develop dalam diri.

Macam post saya yang lain, sifat-sifat ini kita develop dalam proses penurunan berat badan kita, automatik kita apply dalam semua aspek hidup kita.

Secara istiqomah, InsyaAllah hidup kita lebih positif dan terurus.

Sebab itu penurunan berat badan ini satu perjalanan kita berlawan dengan diri. Bukannya perlumbaan.

Perjalanan yang mengubah diri sendiri kepada lebih positif.
Ramai Yang Cakap
Kurus tapi berlagak! Kerek!”

Awak.. itu sikap.

Bukan sejenis formula yang (kurus = berlagak), (gemuk = friendly).

Sudah la awak. Sudah-sudah mencari alasan menyedap diri untuk terus merosakkan diri dan kesihatan.

My dear, it takes time. Believe in yourself. Love yourself. You are worth it

'Ambil Gambar' Sekerapnya Pun Boleh Jadi Motivasi Konsisten Turun Berat, Wanita Ini Buktikan Dari 103KG Ke 44KG
Sejarah Berat Zulaikha
Starting weight : 103kg
Current weight: 44-46kg (maintain)
Aim muscle weight: 48-50kg
Height : 152cm
Duration : 1 year, 2 months


Tip Lain Yang Zulaikha Kongsikan, Klik Link
Semua ni topik-topik yang agak ramai tanya in case nak refer. Boleh scroll fb saya untuk perkongsian lain.

Permulaan exercise, saya ulas sini

Permulaan diet, saya ulas sini

Penjelasan kenapa time moks kulit kusam, kenapa turun badan kulit jadi elok 

Kempiskan perut, terangkan sini

Elak / kurangkan stress masa berdiet

Kecilkan peha lengan dan part tertentu, saya ulas sini

Tips maintain n istiqomah berdiet, saya ulas sini 

Permasalahan zuriat, kegemukan, saya ulas sini

Salah ke gemuk? ye salah. Saya ada ulas sini kenapa salah

Kempiskan perut buncit, saya ada sembang-sembang sini

Laki suka perempuan kurus je (and vice verse)?

Mitos berpeluh maksud bakar lemak, saya ulas sini

Lepas kahwin badan naik dan pasangan tegur, saya ada ulas sini 

“Takde siapa akan kisah pasal kau kecuali kau tu lawa, kaya or dah mati”, saya ulas sini

Hal gula dan cara stop craving gula, saya ulas sini

Perihal gula

Stop craving gula

Sumber/Foto : Facebook Zulaikha Falleh

Loading...