10 KARTUN YANG DIHASILKAN DAN MENDAPAT INSPIRASI DARIPADA MANUSIA SEBENAR!

Sharing is caring!

Majoriti daripada kita semua gemar menonton rancangan kartun di televisyen. Tidak kira lapisan umur sama ada tua mahupun muda, setiap individu pasti mempunyai rancangan kartun kegemaran masing-masing.

Namun pernahkah anda terfikir bagaimana kartunis menghasilkan karakter kartun tersebut? Dari mana sumber inspirasi mereka?

Loading...

Jawapannya adalah, kebanyakan kartunis akan menghasilkan karakter kartun berdasarkan kepada watak manusia sebenar!

Dengan tambahan kreativiti dan imaginasi, kartunis akan mendapat inspirasi dan menggunakan personaliti serta ciri-ciri signifikan pada individu berkenaan untuk menghidupkan karakter kartun yang dicipta.

Lihat 10 kartun yang dilukis berdasarkan watak manusia sebenar!

#1 W.C. Fields (Mr. Magoo)

Walaupun pelukis kartun ini iaitu Millard Kaufman menegaskan bahawa karakter kartunnya tidak didasari oleh W.C. Fields, beberapa lama selepas penghasilan filem pendeknya, pengarah kreatif bagi kartun Mr. Magoo akhirnya memutuskan untuk mengambil arahan daripada pelawak lama itu.

Loading...

#2 Frank ‘Rocky’ Fiegel (Popeye the Sailor Man)

E.C. Segar iaitu pencipta karakter Popeye telah membesar di Chester, Illinois di mana Frank ‘Rocky’ Fiegel dianggap sebagai legenda oleh penduduk setempat. Rocky telah meraih populariti setelah memenangi beberapa perlawanan menentang ramai individu.

Paling penting adalah, Rocky memang suka menghisap rokok paip sama seperti Popeye.

#3 Dennis Llyod Ketcham (Dennis ‘The Menace’ Mitchell)

Artis komik, Hank Ketcham menghasilkan watak Dennis ‘The Menace’ sempena nama anak lelakinya, Dennis.

Semuanya berlaku apabila Dennis membuat sepah dan isteri Hank menjerit sambil berkata ‘Your son is a menace’ yang membawa maksud ‘Anak awak adalah satu ancaman’.

Perkara itu memberi inspirasi kepada Hank untuk menghasilkan lakaran Dennis.

#4 Veronica Lake, Lauren Bacall dan Rita Hayworth (Jessica Rabbit)

Karakter yang seksi dari ‘Who Framed Roger Rabbit?’ bernama Jessica Rabbit ini diinspirasikan daripada tiga orang wanita cantik. Rita Hayworth adalah isteri kepada pengarah animasi, Richard William dan dijadikan sebagai inspirasi utama untuk menghasilkan karakter tersebut.

Sementara itu, Veronica Lake dan Lauren Bacall turut mempunyai pengaruh tertentu dalam watak ini.

#5 Margaret Kerry (Tinker Bell)

Ada khabar angin yang mendakwa karakter Tinker Bell dihasilkan berdasarkan kepada pelakon Marilyn Monroe tetapi ianya tidak benar sama sekali.

Realitinya, karakter pari-pari Disney ini adalah berinspirasikan daripada seorang lagi pelakon yang bernama Margaret Kerry.

#6 Deadeye/Red Skelton (Yosemite Sam)

Red Skelton mula meraih populariti setelah menggambarkan banyak watak bertemakan koboi dan salah satunya adalah Deadeye. Pada mulanya, karakter Yosemite Sam dari Looney Tunes ini dihasilkan daripada watak Fritz Freleng namun Deadeye menjadi inspirasi utama selepas itu.

#7 Percy Crosby (Skippy)

Percy Crosby menghasilkan watak Skippy berdasarkan kepada dirinya sendiri semasa kecil. Karakter ini dikenali sebagai kanak-kanak yang gemar membuat masalah.

#8 Marjorie Henderson Buell (Little Lulu)

Kisah Litte Lulu boleh dikatakan sama seperti kisah penciptanya sendiri iaitu Marjorie.

#9 Henry

Secara teknikalnya, watak kartun yang dihasilkan oleh Carl Anderson iaitu Henry bukanlah berdasarkan kepada individu sebenar. Sebaliknya, sejarah mendakwa pelukis telah menghasilkan satu lakaran ringkas kepada para pelajarnya dan hasil lakaran tersebut menjadi inspirasi untuk karakter berkenaan.

#10 Mickey Rooney (Archie Andrews)

Anda pernah membawa komik Archie? Karakter ikonik ini mendapat inspirasi daripada Mickey Rooney, seorang remaja berambut merah yang pernah menjadi pelawak terkenal pada satu masa dahulu.

Sumber: Elite Readers via Erabaru

Loading...