Setiap Minggu Keluar Dengan BF Sehingga Hamil, Bapa Menangis Berminggu Apabila Dapat Tahu

Sharing is caring!

Walaupun dididik dengan penuh tertib dan disiplin semenjak dari kecil, itu tidak menjamin seorang anak terhindar daripada perbuatan keji seperti zina. Apabila sudah menjejak kaki ke alam universiti, anak-anak terdedah kepada pelbagai budaya baru yang sebelum ini tidak pernah mereka kenal. Orang kata ‘culture shock’.

Pengusaha Baitus Solehah kongsi cerita salah seorang pelatih terlanjur sehingga mengandungkan anak teman lelaki. Si lelaki tidak mahu bertanggungjawab, tidak mengaku anak itu dari benihnya. Si bapa pula menangis berminggu mengenangkan kesilapan diri. Sebak.

Loading...

‘Betul ke tu anak saya?’

(Sekadar gambar hiasan)

Kisah Benar : Penyesalan Tak Sudah

Saya terjebak dengan zina sewaktu berada di IPT. Setiap minggu saya keluar bersama teman lelaki. Kehidupan di bandar membuat saya bebas. Kejutan budaya membuatkan saya lupa mengerjakan solat. Saya lupa segala pesanan emak ayah. Saya seronok hidup bebas tanpa siapa yang ambik peduli apa yang saya buat.

Hubungan yang intim telah menjebak saya melanggar larangan Allah. Saya rasa bahagia. Rupanya bahagia palsu. Saya tertipu. Apabila saya disahkan mengandung, saya bagitahu teman lelaki. Apa dia cakap?

Loading...

” betul ke itu anak saya?”

Betapa hancurnya hati apabila teman lelaki meragui kesetiaan saya. Seseolah dia mahu menyatakan bukan dia seorang yang meniduri saya. Seseolah saya bertukar pasangan. Seseolah saya berzina dengan ramai orang. Sangat kecewa. Dan saya membuat keputusan, walaupun dirayu suatu hari nanti, dia tak layak menjadi suami. Saya tidak sudi lagi bernikah dengan orang yang telah meragui kesetiaan saya.

Ayah menangis berminggu-minggu

(Sekadar gambar hiasan)

Menyesal tidak kesudahan membuat emak dan ayah kecewa. Terlukanya hati mereka atas perbuatan saya. Ayah menangis berminggu minggu apabila membaca surat yang saya tinggalkan selepas keluar dari rumah tempohari. Saya datang sendiri ke Baitus Solehah. Naik bas, turun bas membawa sedikit pakaian. Alhamdulillah, masih ada tempat yang sudi menerima saya untuk berlindung. Niat saya satu saja datang ke Baitus Solehah, untuk dibimbing bertaubat. Saya mahu berubah. Saya anak sulung dari 3 adik beradik. Saya anak yang cerdik sehingga dapat menjejak kaki ke universiti. Saya berjaya menamatkan penggajian sarjana muda.

Emak dan ayah menaruh harapan saya menjadi contoh kepada adik adik. Diharap dapat membantu keluarga. Kami bukan keluarga berada. Bapa cuma bekerja kilang dan memiliki sebuah motorsikal digunakan untuk berulang rumah ke tempat kerja. Emak cuma bekerja sebagai pembantu dapur di kantin sekolah. Saya telah memusnahkan kepercayaan emak ayah.

Saya telah selamat melahirkan anak secara pembedahan . Anak saya perempuan. Sejak mengandung hingga anak saya berumur 2 tahun, saya tidak diizinkan pulang ke rumah. Jika mahu pulang, tak boleh bawa anak.

Habis tu kemana saya nak letak anak saya. Anak yang lahir dari rahim saya. Saya lahirkan dia kedunia dengan status anak tak sah taraf, kemudian mudah saya lemparkan status untuk ditanggung oleh anak sendirian bersama keluarga angkat.

Begitu mudahkah saya melepaskan beban atas kesilapan saya?

Suatu hari nanti, anak saya akan tanya, siapakah bapanya? Apa saya nak jawap? Suatu hari nanti anak saya akan bersekolah. Mesti kawan kawan akan tanya, mana bapanya? Kenapa tak pernah nampak bapa jemput pulang dari sekolah. Suatu hari nanti anak saya akan bernikah, Menggunakan wali hakim. Mesti anak akan tanya kenapa wali hakim? Oh…kasihan anak saya, dia yang terpaksa menaggung segala beban emosi ini.

Pengakuan kisah benar seorang pelatih Baitus Solehah. Semoga menjadi teladan kepada semua untuk dijadikan iktibar.

Yang mencatat kisah benar,

Mak Liza

#BaitusSolehah

#KisahBenarPelatihBaitusSolehah

sumber : Baitus Solehah
Baca selanjutnya………………………..

Ustaz Tangkap Hantu Raya, ‘Perempuan’ & Satu Tidak Diberitahu – Kisah Rumah Sewa Misteri Di Sri Iskandar

Sebelum ini pernah juga terdengar rumah tidak elok ditinggalkan kosong terlalu lama kerana bimbang ada ‘sesuatu’ yang menumpang tinggal di rumah tersebut. Alam ghaib ini tidak boleh dilihat oleh mata kasar namun boleh dirasai oleh sesetengah orang yang dibuka hijabnya.

Seperti yang dialami gadis ini, dia sering mendengar ada sesuatu buka pintu rumah kemudian mandi. Pernah juga dia dengar ada ‘orang’ bersembang di sebuah bilik kosong dalam rumah tersebut sedangkan dia hanya tinggal berdua. Seram!

Rumah nampak elok tapi macam-macam masalah

Dengar suara orang masuk rumah dan mandi

Cuba ketuk pintu bilik kosong, sekali ‘ada’ yang ketuk balik

‘Ann pasang surah la semalam’

Ustaz tangkap hantu raya, perempuan

sumber : izztyshfw

Loading...