SELEPAS LAMA BERKAHWIN, SUATU HARI LELAKI INI TERJUMPA SEKEPING GAMBAR LAMA MILIK KELUARGA ISTERI. DIA TERTAWA DAN TERKEJUT SELEPAS MELIHAT DAN MENGENAL SIAPA SEBENARNYA YANG DUDUK DI TEPI ISTERINYA ITU…

Sharing is caring!

Kehidupan kita seringkali dihidangkan dengan pelbagai kejutan dan kebetulan yang tidak disangka-sangka. Seperti pasangan pengantin baru ini, Evan Ayers dan Brytin Waterlyn, baru-baru ini menemui sesuatu mengenai hubungan mereka, sebuah kebetulan yang sangat indah!

Mereka yang telah berkahwin selama lapan bulan telah menemukan sesuatu yang mengejutkan semasa mereka sedang mencari periuk nasi di rumah mereka.

Loading...

Entah bagaimana mereka terjumpa sebuah foto lama semasa sibuk mencari periuk nasi itu. Evan yang melihat gambar itu mula merasakan seperti ada sesuatu pada foto itu. Dia menatap lama gambar tersebut, gambar pra sekolah sebelum dia berlari menuju ke arah isterinya sambil ketawa.

Gambar lama Brytin semasa di pra sekolah jelas menunjukkan dia tersenyum manis, sangat comel!

Tidak lama kemudian Evan perasan akan seseorang dikenalinya yang duduk bersebelahan dengan Brytin. Dia seolah-olah tidak percaya bahawa itu adalah dia. Ya, dialah kanak-kanak yang duduk di sebelah Brytin di dalam foto pra sekolah itu! Gambar tersebut telah diambil semasa mereka kira-kira berusia tiga tahun!

Loading...

Walaupun masing-masing membesar di bandar yang berlainan tetapi siapa sangka mereka dipertemukan semula selepas 16 tahun! Mereka juga tidak menyangka bahawa mereka adalah kawan semasa di pra sekolah. Benar-benar sebuah takdir yang sangat indah!

Benarlah kata orang jika sudah jodoh tidak akan ke mana. Sejauh mana pun terpisah, selama mana pun tidak bertemu tetapi jika benar sudah ditakdirkan bersama, tiada apa yang boleh menghalangnya!

NewEra Via MediaHijrah

 
_________________________________

TREND BUDAK-BUDAK SPM SAMBUT TAMAT ZAMAN PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA

Setelah 10 tahun bergelar seorang pelajar, pastinya ramai yang rasa teruja setelah mereka berjaya menamatkan zaman persekolahan mereka.

Dalam tempoh satu dekad itu, pelbagai kenangan pahit dan manis telah ditempuhi bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya yang bakal menjadi sebuah memori indah yang tidak mungkin akan berulang lagi.

Seperti di negara jiran, Indonesia, para pelajar sekolah di Malaysia juga cara yang tersendiri untuk meraikan hari-hari terakhir mereka bergelar pelajar sekolah setelah berakhirnya kertas peperiksaan SPM terakhir mereka.

Melihat ada kalanya cara sambutan sesetengah pelajar yang sedikit terlampau, seorang pengguna Facebook, Mai Izyani telah terpanggil untuk memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar ini supaya tidak hanyut dengan kegembiraan sementara mereka itu.

Bukan masa awak ja akak nampak semua ni. Masa zaman akak sendiri, dah nampak depan mata. Pengetua siap berdiri di balkoni sekolah, tenung sahaja dari jauh perangai pelajar habis sekolah (SPM). Conteng baju sekolah, spray-spray warna sampailah ke dinding sekolah. Habis rosak. Lepastu teriak-teriak “MERDEKA!!!”. Kalah kera di hutan. 

Kamu semua yakin sangat dah meredeka kenapa? Apakah ilmu dan sistem belajar di sekolah tu diertikan sebagai sebuah kepayahan hidup yang menyakitkan? Yang takda manfaat? Yang sia-sia? Yang menutup lubang-lubang keseronokan usia remaja? Dan peperiksaan itu pula apakah satu kezaliman pada akal fikiran? 


Kalau kamu punyai jawapan yang menunjukkan kehidupan lebih baik tanpa sekolah atau di mana-mana tempat belajar sebagai ladang menuai ilmu, tunjukkan. Tunjukkan ilmu tu tak penting dan kamu ada sistem kehidupan yang lebih baik tanpa ilmu dari orang lama (berilmu sebelum kamu). Buktikan ada bukit dan gunung yang boleh didaki sehingga bila di puncak kamu melihat orang lain di bawah terlalu kecil, dan orang di bawah melihat kamu terlalu besar dan gah! Di manakah? Tunjuk.


Sudah-sudahlah menikmati budaya habis sekolah cara bodoh itu. Yang buat tu pula dah la antara segelintir pelajar-pelajar yang nyata malas dan tak pandai pun. Tapi teriak “MERDEKA” mereka seolah orang yang penat lelah berjuang dengan cara terbaik. Kalau yang pandai juga terlibat, tanda ilmunya tak disebatikan dengan akhlak.

Benarkah merdeka?

Hakikatnya kehidupan ini ujian yang tiada kesudahan sehingga akhir usia. Dan raih ilmu itu kewajipan sehingga ke liang lahad.

Sumber : Mai Izyani

Loading...