“Sebab Percaya Alasan Bodoh Masih Sayangkan Papa, Mama Hilang Anak-Anak Mama”

Sharing is caring!

Kata pepatah hati wanita ini walaupun sekeras-keras kerak nasi bila kena air akhirnya lembut juga. Wanita memang berhati lembut dan mudah memaafkan terutamanya kepada insan yang disayangi walaupun kesalahan tersebut tersangatlah besar.

Namun, tidak semua wanita mampu memaafkan keterlanjuran seorang suami yang sudah berzina bersama wanita lain. Malah jarang yang mampu menjadi sekuat wanita ini yang berkongsi kisahnya di laman Kisah Rumah Tangga yang menyentuh hati ramai netizen.

Loading...

“Nama saya Aina. Saya mempunyai dua orang anak. Kakak berumur 6 tahun dan arwah anak lelaki berumur 11 bulan. Saya bercerai dengan suami selepas anak lelaki saya meninggal kerana penyakit bekas suami saya kongsikan kepada kami.”

Menurut kisah Aina, bekas suaminya itu pernah terkantoi berzina dengan wanita lain ketika anak lelakinya baru berusia empat bulan. Namun, Aina memaafkan kesalahan suaminya itu memandangkan rasa sayang dan kasihan dengan keadaan anak yang masih kecil.

“Saya maafkan perbuatan suami saya dengan alasan paling bodoh seperti wanita di luar sana iaitu alasan anak masih kecil dan masih sayangkan suami. Suami saya berjanji takkan mengulanginya lagi dan saya percaya dengan janji BODOHNYA”

Selepas itu pasangan suami isteri itu kembali berbaik semula dan kehidupan mereka kembali seperti biasa. Namun, malangnya itu semua tidak kekal apabila anak lelaki mereka mula diserang kudis pada badan.

Doktor kemudian mengesahkan anak mereka mengalami ruam dan kudis disebabkan kerap menggaru. Namun, lama kelamaan kudis tersebut bertukar menjadi nanah dan berbau sehingga anaknya demam panas dan cirit birit yang teruk sehingga perlu dibawa ke hospital.

Loading...

Setelah pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan bahawa anaknya itu dijangkiti HIV. Malah lebih mengejutkan, Aina turut mendapat penyakit yang sama.

“YES! SAYA PUN DAPAT!! Doktor memberitahu anak saya mendapat penyakit HIV dari susu badan yang saya beri. Bekas suami saya pula menuduh saya curang sehingga penyakit tersebut berpunca dari hasil kecurangan saya” tambah Aina lagi.

“Dia pun amat marah kerana dia pun menghidap penyakit yang sama tetapi Alhamdulillah anak perempuan saya tidak ada penyakit tersebut”

Akhirnya, anak lelaki Aina meninggal dunia ketika berusia lapan bulan selepas bertarung dengan penyakit HIV. Selesai sahaja upacara pengebumian, bekas suami Aina terus menangis sehingga melutut dan merayu memohon ampun kepada anak lelaki mereka atas kesalahan yang telah dilakukan.

“Maafkan papa, semua salah papa. Kalau papa tak berzina anak papa mesti hidup lama”. Bekas suaminya telah mengaku setelah ditanya sama ada masih berzina dengan kekasihnya itu.

Pengakuan bekas suaminya itu amat mengejutkannya dan penyakit HIV yang menjangkiti mereka adalah kerana wanita tersebut!

“Saya ke mahkamah untuk menuntut cerai dan kami berpisah. Kini, masuk 3 bulan arwah anak lelaki saya meninggal dunia. Bekas suami pula tak habis-habis ajak berbaik dan ingin merujuk kembali sehingga dia pergi selamanya.”

“Saya tak mungkin akan kembali kepadanya. Dia penyebab kematian anak saya. Saya terpaksa serahkan anak perempuan saya kepada kakak saya kerana takut dia juga akan dijangkiti virus HIV dari saya nanti”

Tambah Aina lagi, jika dia mampu untuk putarkan masa, dia tidak akan memaafkan bekas suaminya itu. Aina turut menasihati golongan isteri supaya fikir masak-masak sebelum memaafkan lelaki yang telah curang ataupun berzina kerana bimbang dijangkiti virus HIV.

“Disebabkan alasah bodoh yang mama masih sayangkan papa dan anak masih kecil, mama hilang anak-anak mama.” – www.kakishare.tv

+++++++++++++++++++++++++++

Ini Penjelasan Mas Idayu Kenapa Kritik Baby Shima Sehingga Dihentam Teruk Netizen

Gara-gara video tular Baby Shima ‘dihentam’ Mas Idayu di D’Academy Asia 3 sehingga menangis baru-baru ini, banyak pihak mengecamnya. Tak terkecuali, ada yang mendakwa tindakannya memalukan negara sendiri.

Bagaimanapun, Mas Idayu tampil memberi penjelasan atas tindakan ‘melampau’nya itu. Katanya kepada BH Online, dia tidak berniat memalukan Shima di hadapan khalayak ramai.

“Saya marah kerana sayangkan dia. Saya tahu potensi dirinya dan sudah beri segala-galanya sebelum persembahan.

“Siapa yang kenal saya tahu sikap tegas saya dalam mendidik. Ini kerana bagi saya, dia (Shima) seperti anak saya sendiri. Pasti saya berharap dia memberikan yang terbaik.

“Peminat tidak tahu, saya bersama Shima bersengkang mata sehingga jam 3 pagi sebelum konsert diadakan pada sebelah malam. Kami sama-sama berlatih untuk memberi persembahan terbaik sebagai wakil Malaysia.

“Saya sedih kerana Shima seolah-olah tidak beroleh ilmu yang saya ajar. Kalau saya sanggup bersengkang mata, dia juga perlu sama-sama menghargainya dan mampu memberi persembahan terbaik,” jelasnya.

Tambahnya, dia malu dan kecewa dengan persembahan Shima ketika itu terutama apabila Mas Idayu duduk sebaris dengan hakim serta juri dari negara lain.

“Kita kena sedar peserta dari negara lain memberi persembahan yang sangat bagus dan ada kualiti tersendiri.

“Saya mahu Malaysia mampu memberi saingan dan tidak lemah,” tegasnya.

Dalam masa sama, Mas Idayu enggan ambil peduli akan kritikan netizen terhadapnya.

“Tidak mengapalah. Mereka tak tahu apa yang berlaku dan ini membantu Shima popular. Pada masa sama, ia juga memperkuatkan karektor saya sebagai juri.

“Kritikan dan hentaman mereka menguatkan lagi saya sebagai juri dan misi membawa nama negara,” katanya.

Betul juga kata Mas Idayu tu. Secara tak langsung, video itu membuat Shima jadi terkenal satu Malaysia. -www.kakishare.tv

Loading...