Saksi SPRM mengaku beri wang tunai jutaan ringgit kepada MB Johor

Sharing is caring!

 

KENYATAAN Amir Shariffuddin Bin Abd Raub yang ditangkap dan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah melibatkan Exco negeri Johor tersebar di internet.

Loading...

 

Apa yang menarik perhatian dalam muka surat 53 hingga 54 kertas siasatan setebal hampir 150 muka surat itu, Amir mengaku banyak kali menyerahkan beg-beg berisi wang tunai berjumlah RM1 juta dan RM700,000 kepada Menteri Besar Johor.

Dalam kertas itu, Amir mendakwa, dia sendiri telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM1 juta dan RM700,000 kepada MB Johor yang diisi dalam sebuah begpack di Pejabat Perhubungan Umno Negeri Johor pada tarikh-tarikh berikut:

16 April 2014 — RM1 juta

1 Oktober 2014 — RM1 juta

20 Oktober 2014 — RM1 juta

Loading...

2 Disember 2014 — RM1 juta

17 Jun 2015 — RM700,000

Amir turut mengakui ada menyerahkan wang dalam bentuk cek kepada Menteri Besar Johor dan mengesahkan bawa segala sumbangan yang diberikan itu adalah kerana Datuk MB telah membantu dalam memudahkan kelulusan permohonan penukaran status bumi kepada non-bumi dan pengurangan caj penalti 7.5 peratus bagi projek-projek dipohon oleh Scientex Sdn Bhd.

Aku jumpa kertas siasatan ni selepas terbaca laporan berita ADUN Senai kena halau keluar dewan kerana mempersoalkan penglibatan MB Johor dengan kes rasuah exco kanannya — Malaysiakini

Banyak lagi maklumat rasuah secara terperinci dalam kertas siasatan itu, tapi oleh kerana aku nampak ada tulis “rahsia” jadi aku tak jadi nak dedahkan kepada umum sebab kurang arif tentang isu perundangan berkenaan kertas tersebut.

sumber : milosuam

____________________________________
 

SPRM sahkan kenyataan saksi skandal tanah dibocorkan..

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor telah mengesahkan bahawa kenyataan saksi yang disoal siasat berhubung skandal tanah melibatkan Exco Johor telah dibocorkan ke internet.

Datuk Seri Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, dilapor memandang serius pembocoran dokumen itu dan akan membuat laporan polis, supaya mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

Jadi dalam erti kata lain, dokumen yang disebarkan ke internet itu adalah dokumen tulen, bukan dokumen yang diada-adakan atau palsu.

Maka kenyataan saksi yang mengaku memberi wang tunai jutaan ringgit kepada Menteri Besar Johor juga adalah kenyataan berdasarkan keterangan saksi dalam dokumen itu.

Sila rujuk link berikut jika anda belum membaca artikel sebelum ini.

LINK — Saksi SPRM mengaku serah jutaan ringgit wang tunai kepada MB Johor

Kata SPRM lagi:

“Dokumen kenyataan rakaman percakapan salah seorang tertuduh telah diberikan kepada peguam bela atas permintaan mengikut undang-undang sedia ada untuk tujuan pembelaan selepas suspek dituduh,”

Maknanya ada dua pihak yang mempunyai akses terhadap dokumen tersebut, dan dua pihak ini sahaja yang boleh sebarkan dikumen itu, pihak itu adalah:

1. SPRM
2. Peguam dan tertuduh kes rasuah itu sendiri.

Dari segi logik, agak mustahil pihak SPRM sendiri nak bocorkan rakaman percakapan suspek kes rasuah yang mereka siasat.

Jadi adakah tertuduh sendiri yang dedahkan dokumen itu kerana mahu masuk penjara bersama Menteri Besar Johor?

Sama-sama kita nantikan pendedahan seterusnya.

*** Makan pop corn ***
 sumber : milosuam

Loading...