Rembat barang dan perabot rumah sewa bernilai RM30K, penyewa dipenjara 10 bulan

Sharing is caring!

Padah melakukan onar terhadap pemilik rumah sewa, seorang ibu tunggal anak satu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dan denda RM5,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini, lapor Harian Metro.

Tertuduh, Aizam Abd Aziz, 44, yang mencuri barangan dan perabot rumah sewa pada September lalu juga turut berdepan dengan hukuman penjara tambahan lima bulan jika gagal menjelaskan denda RM5,000.

Loading...

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan harta dengan curang.

Aizam didakwa dengan curang menggunakan lima unit penyaman udara, dua katil dan tilam, seunit mesin basuh, seunit peti sejuk, satu set meja makan, satu unit kabinet televisyen, sebuah televisyen 29 inci, sebuah sofa L-Shape, dua set meja tepi, satu set seterika dan papan penggosak, seunit tong gas, 13 unit bantal dan pelbagai jenis peralatan dapur milik Sharifah Salwa Syed Shafie, 43.

Aizam didakwa melakukan perbuatan itu di rumah sewa milik Sharifah Salwa di Taman Semarak Bukit Tunggal, Kuala Nerus pada jam 11 pagi 30 September lalu.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

___________________________________
 
‘Kau tahu dia suami orang, kenapa masih nak menggatal?!’

Loading...

Hancur luluh hati isteri apabila mengetahui suaminya yang telah diberi peluang kedua, sekali lagi curang dengan wanita yang sama. Malah sebelum ini wanita terbabit juga meminta maaf, rupa-rupanya masih menyemai cinta dengan suaminya di belakang tanpa pengetahuan si isteri.

Sepatutnya wanita memahami perasaan sesama wanita. Ibarat cubit paha kiri, terasa di paha kanan. Malangnya janda anak enam ini sanggup mengkhianati kaumnya sendiri. Bertaubatlah sebelum terlambat.

SEMALAM ada kawan mengadu yang suami dia masih berhubung dengan seorang janda anak enam. Sebelum ini sudah pernah terkantoi, rupa-rupanya sekarang mereka masih berhubung siap ber-‘B’ dan ‘Sayang’ bagai. Mana maruah awak sebagai perempuan? Sudah tahu lelaki itu suami orang, kenapa nak menggatal lagi?

Lokasi kejadian di Johor dan difahamkan si suami telah melarikan diri. Kasihan si isteri, siang malam bekerja mencari duit untuk menyara hidup sebab gaji suami tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga. Tetapi ini pula balasan yang diterima?

Kes pertama dulu sudah diberi peluang namun si suami mengulangi lagi perbuatannya. Screenshot perbualan mereka sebelum kantoi dulu lebih teruk, daring dan sampai nak berkahwin. Padahal mereka berdua baru saja kenal sebulan. Mak mertua dia tahu apa yang anak dia lakukan. Masa kes pertama dulu, mak mertua dia sendiri terkejut yang anak dia buat hal.

Masa kantoi dulu, siap bersumpah-sumpah insaf tak nak buat lagi. Sekarang dia mengulangi lagi perbuatannya dengan perempuan yang sama. Kalau si isteri lari dari rumah dengan anak-anak, nanti dikata derhaka pula.

Kalau perkara seperti ini berlaku pada saya, dah lama saya kemas barang dan balik ke rumah ibu bapa dan viralkan kedua-duanya biar jadi pengajaran yang tak dapat dilupakan.

Saya malas nak kaburkan nombor telefon janda anak enam itu, lantaklah, merenyam sangat kan? Gambar janda itu, gambar anak-anaknya, gambar loving si janda dengan suami rakan, gambar screentshot perbualan WhatsApp yang daring semua saya ada.

#AZIMbekassuamiJANDA




Saya masih simpan dan jangan sampai saya pula yang viralkan nanti (geram). Tetapi kawan saya kata dia tidak mahu mengaibkan suaminya. Baiknya hati awak wahai kawan. Kawan saya ini lembut sikit orangnya, masih menjaga aib suaminya sebab suaminya kerja sebagai penjawat awam.

Sumber: Emy

Loading...