Polis Pengiring KALUT Bila Kenderaan Orang Ramai Tidak Memberi Laluan Pada Kereta Perdana Menteri

Sharing is caring!

JIKA sebelum ini kenderaan haruslah memberi laluan jika kenderaan VVIP melalui jalan raya namun tidak sebaliknya menghalang laluan jalan raya.

Saya dalam perjalanan ke Sri Petaling untuk satu lagi kelas personal coaching. Tiba-tiba di belakang saya ada beberapa buah superbike Polis Trafik yang memberi arahan kepada semua kereta ke tepi untuk memberi laluan kepada VVIP di belakangnya.

Loading...

Saya dengan muka bodohnya buat bodoh dengan arahan polis trafik tersebut sehingga kereta VVIP tersebut terpaksa memasuki lorong kanan saya. Saya melihat nombor pendaftaran keretanya, rupanya kereta rasmi Najib.

Apa yang menariknya, saya ingat saya seorang saja yang tidak memberikan laluan, rupa-rupanya semua kereta di depan saya juga buat bodoh dengan arahan Polis Trafik itu sehingga Polis Trafik itu kelihatan kalut tak tahu nak buat apa-apa apabila kereta-kereta yang lain buat tak tahu dan enggan memberikan laluan.

Syabas rakyat Malaysia, anda memperjuangkan hak anda. Kami tak marah polis yang menjalankan tugas, kami cuma mahu menyuruh menteri amalkan apa yang menteri sarankan kepada rakyat iaitu:

“Kalau tak nak bayar tol dan elak jalan sesak, sila bangun awal pagi,”

Jadi, menteri kalau tak nak menghadap jalan sesak, hangpa bangun pagi atau balik kerja lewatlah bhai. Tak pun naik saja pengangkutan awam, kata berjiwa rakyat.

Tak teringat pula nak rakam gambar polis dan kereta Najib itu yang kelihatan tidak tentu arah kerana gagal meloloskan diri dari jalan sesak. Terpana dengan panaroma yang jarang-jarang dapat dilihat ini. – Fadzil Khairi.

Loading...

P/S : Jika anda berbangga dengan pangkat yang dipegang di dunia, Janganlah anda lalai untuk mengejar AKHIRAT.

Sumber : myberita

 

_______________________________________________

 

‘Kami beli kenderaan Proton sebab sokong Kereta keluaran Negara Islam’ – Pemuda Kelab Proton Turki

TURKI – Walaupun sukar mendapatkan alat ganti kereta buatan Malaysia ini, namun ia bukanlah halangan bagi pengguna dan pencinta kenderaan Proton dari kalangan warga Turki.

Muhamad Nur Thaqib Shaker, pelajar Malaysia di Turki, Exco Data, Komunikasi dan Perhubungan MASAT berkongsi pengalamannya pernah ternampak beberapa kereta Proton model lama yang masih menyelusuri jalan raya di negara itu seperti Proton Waja, Saga dan terdapat juga Proton Waja yang dijadikan sebagai teksi di Istanbul.

Apa yang lebih mengejutkan, terdapat Kelab Proton Turki yang ditubuhkan bagi menghimpunkan para pengguna dan pencinta kenderaan Proton.

Muhamad tidak melepaskan peluang untuk mendekati kumpulan ini dan ingin mengetahui mengapa kereta Proton menjadi pilihan mereka.

“Kebanyakannya mengatakan sebab utama mereka membeli dan menggunakan kenderaan Proton ialah untuk menyokong kenderaan keluaran Malaysia sebagai sebuah negara Islam, di samping harga Proton yang begitu murah.

“Dari segi aspek keseluruhan, mereka mengakui bahawa ia sebuah kenderaan berkualiti, selesa, kukuh dan baik dari segi pemanduan. Namun mereka berdepan dengan kesukaran untuk menemui pakar kereta PRoton dan juga kesulitan untuk mendapatkan alat gantinya,” tulis Muhamad.

Bagi seorang pemuda Turki yang berusia 19 tahun dari Istanbul ini, Hami Akyuz, merupakan peminat tegar jenama Proton telah menggunakan sekurang-kurangnya 18 jenis kereta Proton semenjak 8 tahun dan masih setia bersama jenama Proton.

“Proton adalah kenderaan yang berkualiti, selesa dan mampu beli. Saya dan peminat jenama kereta Malaysia ini juga amat berharap model baharu Proton dapat masuk ke Turki lagi,” ujarnya.

Okan, 33 juga berasal dari Istanbul, mula memandu kereta Proton sejak dua tahun lalu. Bagi Okan yang pernah bekerja dalam sektor kenderaan dan sudah biasa dengan pelbagai jenama kereta lain, Proton dianggap sebagai antara otomobil yang berkualiti tinggi.

“Proton mempunyai prestasi yang baik setanding dengan jenama kenderaan dari negara lain. Sekiranya dilihat pada harganya yang berpatutan dan sememangnya merupakan salah sebuah kenderaan yang terbaik.

“Saya harap Malaysia terus berjaya dan saya meminta supaya kerajaan dan rakyat Turki terus menerus menyokong kenderaan ini,” katanya.

Difahamkan, Proton pernah dibawa masuk ke pasaran negara itu seawal tahun 1993 dengan jenama Proton Wira. Tetapi hanya empat buah sahaja untuk pertunjukan kereta. Sekitar lima unit Proton dihantar ke Turki untuk percubaan kali pertama pada 1994 di bawah kendalian Ortaklar Motor.

Kemudian Proton kembali masuk ke pasaran Turki pada 1997 di bawah kendalian JetPA tetapi hanya bertahan sehingga tahun 2000 selepas syarikat tersebut mengalami masalah.

Pada tahun 2004, Proton sekali lagi dibawa masuk ke Turki di bawah Ulumotor yang bertindak sebagai pengedar utama di Turki sehingga ke hari ini

Loading...