Patutlah Dulu NEGARA BRUNEI Tolak Tak Nak Masuk Malaysia. Akhirnya Terbongkar Juga Sebab Sebabnya ..

Sharing is caring!

Mungkin ramai antara kita sudah tahu nama asal Malaysia adalah Tanah Melayu. Setelah berlakunya percantuman antara 11 negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebelum penubuhan Malaysia, kita di Semenanjung Tanah Melayu memanggil negara kita Persekutuan Tanah Melayu.

Jika melihat sejarah sebelum ini, Sabah, Sarawak dan Singapura termasuk di dalam Malaysia tetapi akhirnya Singapura menarik diri dan keluar dari Malaysia untuk menjadi sebuah negara republik pada 9 Ogos 1965.

Loading...

Dilihat dari peta dunia, negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara yang paling hampir dengan Malaysia. Pernahkah anda terfikir kenapa Brunei tidak turut serta bercantum dengan Malaysia?

Atas faktor-faktor apakah yang mendorong Brunei daripada tidak bernaung dibawah satu bumbung bersama Malaysia?

Mari kita imbau kembali sejarah penolakan Brunei ini.

Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Namun, Sultan masih tetap dengan pendiriannya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu. Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.

Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.

Loading...

Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagainya.

Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaganya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei.

Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius.

Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya “Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu”

Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat diubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?

Andaian

1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dengan gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.

HARI INI, lihatlah pembangunan dan kemajuan negara Brunei sehingga baru-baru ini diletakkan dalam ranking KE-4 terkaya dunia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Pertumbuhan ekonomi sekitar tahun 1990-an hingga 2000, membawa perubahan kepada Brunei sehingga menjadi sebuah negara perindustrian.

Purata peningkatannya adalah 56 peratus bagi tahun 1999 hingga 2008 sahaja. Sektor petroleum dan gas asli menjana kekayaan negara yang mencapai kemerdekaan dari United Kingdom pada 1 Januari 1984 ini. IMF turut menyatakan bahawa hutang Brunei berada di kadar kosong peratus daripada KDNK negaranya.

SUMBER : https://www.blogammar.com/brunei-tak-masuk-malaysia/

 

____________________________________

 
Kisah Benar!! Dia Memang Berniat Untuk Membunuh Tun Mahathir Tetapi Rancangan Dia Gagal .. Kenapa?

PASIR PUTEH 25 Mac – Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu pada tahun 1988.

Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, pada masa sekarang beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menunaikan hajatnya itu.

Menurutnya, rancangan melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.

“Ketika itu, saya menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap, rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan Islam dengan cara yang mudah disebabkan cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.

“Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri kabinet untuk dibunuh… dan untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kami sudah ada kabinet bayangan, kami mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun rancangan ini gagal selepas ia dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.

“Hari ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya sememangnya berhajat untuk bertemu dengan Dr. Mahathir untuk memohon maaf, cuma sedang menunggu masa yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Pejabat Gerakan UMNO, Kampung Kandis di sini malam tadi.

Zainon berkata, hari ini, Pas tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). – UTUSAN ONLINE

SUMBER : http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130325/dn_33/Rancang-bunuh-CN-Afghani-mahu-bertemu-mohon-maaf-kepada-Tun-Dr-Mahathir
SIAPAKAH Zainon Ismail YANG INGIN MEMBUNUH TUN MAHATHIR DAHULU?
Image result for siapakah Zainon Ismail bunuh tun m

Cikgu Zainon Ismail adalah seorang penulis yang terkenal dan juga seorang penceramah awam.Beliau menggunakan nama ‘C.N Afghani sebagai nama pena.Beliau pernah berkhidmat di sebagai Tentera Taliban, semasa perang Soviet di Afghanistan.Beliau dianggap sebagai salah satu manusia yang paling ditakuti oleh pemimpin parti PAS kerana beliau memegang banyak rahsia sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai ahli parti.

Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu Non adalah seorang guru sekolah rendah di Kedah, Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru pada lewat 70-an dan menyertai politik tidak lama selepas itu.

Beliau kemudiannya terlibat dalam pergerakan Mujahidin dan berjihad dalam peperangan di bumi Afghanistan 1988.Merupakan ahli PAS seumur hidup dan pernah menjadi exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dari tahun 1991 hingga 1997.Pada 2001 hingga 2006 pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).
Peristiwa Memali
Peristiwa Memali 1985 di mana berpuluh-puluh Polis dan pengikut Ibrahim Libya meninggal dunia dalam kejadian tembak menembak di Baling Kedah.[1]. Zainon telah pulang ke Malaysia dan secara sukarela memikul beban untuk melindungi dan menjaga ahli kumpulan tersebut yang telah menjadi balu selepas kejadian itu.

Zainon adalah pemimpin PAS sahaja yang bimbang akan kesejahteraan balu dan anak-anak mangsa tragedi itu.Manakala Pemimpin PAS yang lain dilihat tidak membantu tetapi menubuhankan tabung Tabung Derma Memali untuk keuntungan kewangan peribadi mereka sendiri. Kebanyakan dana telah dikumpul dan diagihkan secara sama rata kepada pemimpin-pemimpin PAS.

Balu dan anak-anak mereka yang meninggal dunia dalam kejadian itu tidak mendapat walaupun satu sen dana tersebut. Malah Abdul Hadi Awang, orang yang memulakan kejadian Memali dengan Amanat Hadi atau ucapan Hadi Awang adalah acuh tak acuh kepada perjuangan janda dan anak-anak yatim mangsa Memali bahawa dia dengan bangganya mendakwa mereka yang mati sebagai mati syahid
Kebangkitan C.N Afghani
Zainon Ismail amat bimbang mengenai kebajikan waris-waris dalam kejadian memali.Beliau menjaga semua anak-anak yatim dengan menyediakan wang untuk pendidikan, makanan dan tempat tinggal.

Beliau berkahwin dengan seorang balu dan menjalankan perniagaan runcit.Hasil Perolehan perniagaan diberikan sama rata kepada semua balu dan anak-anak yatim.Beliau bertanyakan jawatankuasa pusat PAS untuk memberi sebahagian daripada hasil dana Tabung Memali kepada orang-orang yang berhak ke atasnya.

Walau bagaimanapun, permohonan beliau telah dinafikan kerana kebanyakan wang telah dibelanjakan untuk agenda politik parti. Zainon Ismail bangkit dan menuntut bahawa PAS yang bertanggungjawab untuk peristiwa Memali. Jawatankuasa pusat PAS menyatakan bahawa Zainon sebagai musuh mereka. Dengan perasaan sedih dan terkilan terhadap rakan-rakan beliau, Zainon Ismail menulis sebuah buku mengenai perjuangan balu dan anak yatim dalam peristiwa memali.

Maka dengan itu Zainon Ismail menggunakan nama CN Afghani sebagai nama pena beliau dan menulis kebenaran tentang PAS dan mendedahkan bagaimana parti berasaskan Islam menipu semua sumbangan dana. Buku itu dinamakan Airmata Di Bumi Memali atau Air mata Memali
Kafirkah Aku
C.N Afghani sekali lagi tampil dengan penerbitan buku baru bertajuk Kafirkah Aku? yang mendedahkan liku-liku perjuangannya dalam PAS sehingga dipecat dari parti itu apabila beliau membongkar penyelewengan tabung mangsa Memali dalam bukunya Air Mata Di Bumi Memali (2010) [10].

Dalam buku tersebut juga mengisahkan Haji Hadi Awang pernah menyatakan dalam ceramah dan ucapan beliau bahawa orang-orang yang menyokong dan menyertai UMNO dianggap sebagai kafir. Beliau juga berkata bahawa membuat perkiraan politik dengan orang bukan Islam adalah dilarang dan orang-orang yang berkawan dengan bukan Islam seperti gabungan Barisan Nasional juga dianggap kafir. Kafirkah Aku? terbit dan terlihat kepura-puraan Abdul Hadi apabila DAP, parti terutamanya bukan Islam menyertai ikatan dengan PAS sebagai rakan kongsi dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Sumber: Wikipedia M

Loading...