Minta Sebarkan.. saya baru sahaja nyaris diperkosa dalam tandas stesen minyak

Sharing is caring!

Minta Sebarkan saya baru sahaja nyaris diperkosa dalam tandas stesen minyak

Salam saya minta siarkan. Sangat penting. saya nak minta semua wanita berhati hati ketika memasuki tandas awam sama ada di shell atau petronas. saya baru sahaja nyaris diperkosa dalam tandas stesen minyak..
Minta Sebarkan kepada semua supaya perkara sebegini tidak berlaku pada ahli keluarga kita..
Nasib baik mak saya datang. Terus lari lintang pukang lelaki yg menunggu sya utk keluar dri tandas. Mula mula masa saya masuk tak ada orang lepastu saya tengok bayangan dekat lantai ada lelaki menunggu saya dan mengintai saya melalui lantai.

Dalam hati saya berdegup sangat laju. Ya allah nasib baik mak saya datang. Lari terus orang lelaki tu dn menaiki motorsikalnya. Saya tak sempat untuk hubungi polis.

Loading...

Kalau tidak , dapat ditangkap lelaki tersebut. Jadi saya sarankan lagi sekali wanita supaya berhati2. Saya tak sempat bawa telefon ke tandas. Sebelum ni saya baca shj orang lelaki dlm tandas wanita.

Bila terkena pada batang hidung, trauma juga rasanya. Jadi wanita perlu bawa seorang teman. Masa dalam kereta tu mak saya kata lelaki tu tgh main “anu” dia sambil intai saya kat lantai. Saya ibu hamil. Nasib baik allah lindungi saya. Alhamdulillah. Minta siarkan tq.

kejadian ini nampaknya semakin berulang seolah-olah tiada tindakan yang mampu menakutkan mereka jika sebelum ini perkara ini telah diviralkan sekian lama dulu namun ia telah senyap

dan timbul pula kes baru ini antara kes kejadian seperti ini yang pernah gemparkan rakyat Malaysia yang perlu lebih berhati-hati

 

kes 1 : Wanita Nyaris Diperkosa Dalam Tandas Restoran McDonalds Di JB

Loading...

JOHOR BAHRU – Kepantasan dan keberanian seorang wanita berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa rogol dalam tandas sebuah restoran makanan segera di Johor Bahru minggu lalu.

Ketika kejadian jam 6.10 pagi Jumaat lalu itu, mangsa bersama rakannya ke tandas sebuah restoran makanan segera di Taman Mount Austin.

Beliau kemudiannya membetulkan rambut di hadapan sinki luar tandas itu berseorangan, sebelum didatangi seorang lelaki yang tiba-tiba menggunakan tangannya untuk menutup mulut mangsa dan cuba mengheretnya ke dalam tandas OKU.

Menurut laporan China Press, suspek kemudiannya memukul kepala wanita itu dan menghentak kepalanya ke dinding dalam cubaan untuk melemahkan mangsa.

Wanita itu sempat melarikan diri, tetapi lebam di bahagian muka dan badan, manakala suspek pula berjaya melarikan diri dengan menyamar sebagai pekerja restoran makanan segera itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh yang dihubungi akhbar itu mengesahkan telah menerima laporan berhubung serangan itu, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun DavidLim memuat naik gambar dan kejadian itu ke laman media sosial berkenaan bagi memberi amaran kepada orang ramai.

Menurut catatan Facebook itu, suspek dikatakan adalah seorang lelaki berbangsa Melayu dan berbadan sasa.

Selepas diheret ke dalam tandas OKU, mangsa menerusi celah pintu ternampak ada orang lalu dan segera menjerit.

Rakan mangsa yang terdengar jeritan itu segera pergi ke tandas untuk memeriksa keadaan, manakala suspek pula sempat mengambil beg tangan mangsa dan menyamar sebagai pekerja restoran untuk keluar dari tandas berkenaan.

Menurut catatan dalam Facebook itu lagi, rakan mangsa segera merampas beg tangan wanita itu sementara suspek bertindak meninggalkan tandas berkenaan dengan tenang.

Rakan mangsa kemudiannya pergi memeriksa keadaan mangsa dan mendapati baju wanita terbabit sudah kotor dengan dahinya berdarah dan rambutnya juga kusut-masai.

Catatan dalam Facebook itu turut menyatakan ada pihak yang mendakwa suspek adalah pekerja restoran makanan segera terbabit dan bercuti pada hari kejadian.

Malah, pengurus restoran itu juga didakwa berada di tempat kejadian, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Rakan lelaki mangsa yang cuba menjejaki dan merakam gambar suspek bagaimanapun gagal, kerana suspek segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki kereta Perodua Kenari berwarna emas.

Menurut catatan dalam laman media sosial itu, polis tiba di tempat kejadian 30 minit kemudian dan meminta mangsa melakukan pemeriksaan di hospital.

Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu cedera di kepala dan bahunya serta terdapat pelbagai kesan lebam di badannya.

Difahamkan, polis sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari restoran makanan segera itu untuk disiasat.

Rujukan; Freemalaysiatoday

 

KEs 2 :Wanita Ini Nyaris Dirogol Dalam Tandas Di Stesen Minyak Rawang

SEORANG wanita bernasib baik apabila terselamat daripada menjadi mangsa rogol di sebuah tandas stesen minyak di Rawang, Selangor, kira-kira jam 10 malam tadi.

Insiden itu didedahkan oleh kakak mangsa, Dhiya Srikandi Qalbu yang memuat naik screen shot perbualan bersama adiknya menerusi laman Facebook.

13173924_1189245864442021_6701223732883563243_n

 

_89380260_032576672-1

 

Dalam kejadian kira-kira 10 malam tadi, mangsa yang berusia 30 tahun mendakwa ditolak oleh seorang lelaki India ketika mahu keluar dari tandas Stesen Petronas Bandar Baru Rawang.

“Masa saya masuk dua perempuan yang lain turut berada di dalam tandas. Semasa saya berada dalam tandas, saya terdengar ada orang masuk dan mengunci pintu utama dengan perlahan. Saya mula rasa tak sedah hati.

“Apabila saya mahu keluar dari tandas, tiba-tiba seorang lelaki berbangsa India telah berada di hadapan pintu tandas dalam keadaan tidak berbaju dan zip seluarnya terbuka.

“Dia terus menolak dan menarik saya masuk ke dalam tandas. Saya telah bergelut dan ditarik sehingga ke pintu utama tandas. Tetapi pada masa itu, lelaki tersebut telah mengunci pintu. Namun selepas mendengar saya menjerit meminta tolong, lelaki itu telah membuka pintu dan saya telah berjaya keluar menyelamatkan diri,” kata mangsa.

Tambah mangsa kepada kakaknya, mujur ketika itu suspek tidak membawa sebarang senjata yang boleh membahayakan nyawanya.

Bagaimanapun, akibat kejadian, mangsa mengalami luka kecil dan bengkak kaki badan akibat pergelutan itu.

Difahamkan, ketika kejadian, suami mangsa sedang berada dalam kereta bersama dua anak mereka.

Mangsa telah pun membuat laporan polis di balai berdekatan untuk tindakan selanjutnya.

Dalam perkembangan lain, polis telah berjaya menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan

. – MYNEWSHUB.CC

 

Kes 3 :Gadis Nyaris Dirogol Di Tandas Stesen Minyak

PETALING JAYA: Seorang gadis nyaris menjadi mangsa rogol ketika berhenti untuk membuang air kecil di sebuah tandas milik sebuah stesen minyak di Batu 30, Machang Kelantan pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, wanita itu bersendirian ke tandas tersebut kerana kakaknya sedang bercakap di telefon.

Difahamkan ketika kejadian, tandas kosong kecuali salah satu daripada empat tandas itu berkunci.

Ketika mangsa masuk ke dalam tandas, tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki yang memanjat dari tandas bersebelahan sebelum cuba merogolnya.

Menurut posting abang ipar kepada gadis itu yang menceritakan mengenai detik cemas tersebut, mangsa menjerit dan meronta-ronta untuk dilepaskan.

“Si h**** jadah tu dah cium, meraba semua… adik aku cuba telefon wife aku tapi telefon kena tepis si haram ni.

“Dalam keadaan bergelut tu, adik aku dapat gigit si h**** jadah tu, tapi dia dengan muka tak ada perasaan terus juga agenda merogol dia,” demikian menurut posting di Facebook yang menjadi tular pada Sabtu.

Suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah itu tidak memakai seluar dan hanya berbaju ketika melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Namun, gadis itu bernasib baik apabila jeritannya didengari seorang wanita yang kebetulan mahu menggunakan tandas.

Wanita itu kemudian bertindak mendapatkan bantuan dan seorang lelaki masuk ke dalam tandas tersebut.

Namun, suspek yang menggelabah selepas terdengar suara lelaki masuk ke dalam tandas itu bertindak memanjat semula ke tandas bersebelahan.

“Adik aku pun buka pintu tandas dan terus berlari keluar tanpa fikir apa-apa. Dengan muka pucat lesi adik aku berlari masuk ke dalam kereta. Tudung dah koyak, handphone dan cermin mata entah ke mana,” tulis abang iparnya.

Hasil tindakan pantas orang ramai, suspek dikepung dan ditangkap sebelum dibawa ke ibu pejabat polis daerah Machang.

Abang ipar gadis itu mendakwa mangsa mengalami trauma teruk susulan insiden tersebut dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Pada masa sama, abang ipar mangsa turut mengingatkan wanita di luar sana supaya sentiasa berhati-hati semasa hendak ke tandas di mana-mana stesen minyak.

“Tolong teman adik-adik, akak, mak korang yang pergi ke toilet stesen minyak ke… RNR ke… masjid ke… jangan biar pergi berseorangan… Anda bayangkan adik aku yang umur 20-an pun boleh melawan sikit je. Kalau mak kita yang dah tua? adik-adik baru belasan tahun? aku tak tahulah jadi apa,” katanya.mstar.com.my

 

Loading...