“Macam anjing kena lempar makanan” – Netizen Kecam Pengunjung Berebut Kutip Barang Kosmetik Dilempar Sajat

Sharing is caring!

Sekali lagi usahawan kosmetik yang cantik jelita, Nur Sajat dihimpit kontroversi. Panas! Panas! Panas!  Kali ini pula berkaitan kunjungannya ke negeri di bawah bayu, semasa mempromosikan produk kecantikannya tidak lama dulu.

Biarpun Sajat sering dikecam oleh kerana isu jantina yang masih tidak terjawab hingga kini, namun sambutan peminat terhadapnya semasa kunjungan ke Mood Republic Sabah beberapa hari lepas amat memberangsangkan.

Loading...
Sumber: Instagram

Pun begitu, tularnya sebuah video pendek di Facebook beberapa hari lepas telah mencetuskan kontroversi apabila Sajat dilihat melempar barangan kosmetik jenamanya kepada pengunjung pada majlis tersebut.

 

Malah apa yang lebih memalukan, pengunjung di majlis itu dilihat seperti terlampau teruja sehingga menjerit-jerit dan berhimpit-himpit bagi mendapatkan barang yang dilempar olehnya. Aduh sampai macam tu sekali! 

 

 

Perkara ini telah menimbulkan kecaman netizen yang melabel pengunjung di majlis tersebut sebagai pengemis dan ‘anjing’ yang tidak sabar-sabar mendapatkan barangan percuma.

Loading...

 

Sumber: Facebook

 

Selain itu, Sajat yang seakan-akan kecewa dengan isu tular ini telah meluahkan sesuatu di Instagram terhadap haters yang tak habis-habis mengutuk apa saja yang dilakukannya. Sabarlah ye Sajat. Orang cantik selalu diuji! 

 

Sumber: Facebook

 

Posted by Viral D Viral on Monday, October 9, 2017

 

Tak salah nak meminati artis atau menjadikan mereka sebagai idola. Tapi janganlah sampai memalukan diri sendiri. Bila dah tular macam ni kan malu…

 

_________________________________

 

Iklan Vape Lucah Terima Kritikan Netizen, Syarikat Tampil Buat Permohonan Maaf

Pada masa kini, ramai usahawan dengan produk baru dari syarikat mereka telah memilih untuk membuat iklan yang memaparkan aksi ‘luar biasa’ semata-mata untuk melariskan jualan dan mendapat perhatian masyarakat. Yelah nak lakukan produk punya pasal.

Langkah yang sedemikian juga turut dipraktikkan oleh sebuah syarikat vape apabila mereka menghasilkan sebuah iklan yang memaparkan pelakon komersial separuh bogel demi untuk mempromosikan produk mereka, lapor MStar.

Sumber: Facebook

Iklan yang telah tular di media sosial sejak minggu lalu dilihat mempunyai adegan yang mengghairahkan di atas katil serta di dalam kolam renang.

 

Walaupun iklan itu sebenarnya dihasilkan untuk mempromosikan produk perisa vape, namun netizen menyifatkan iklan berkenaan sebagai satu tindakan untuk mengeksploitasi wanita. Memalukan betul! 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ekoran kecaman bertubi-tubi yang diterima, Ketua Pengawai Eksekutif Sexbomb Vapor Co, Jack kemudian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas video promosi vape yang dimuat naik di Instagram milik syarikatnya.

Sumber: Instagram

Beliau menjelaskan tujuan video tersebut disebarkan adalah untuk mempromosi penyertaan mereka pada ekspo NEC Vapor di United Kingdom (UK) dengan kerjasama dua syarikat dari UK yang bakal berlangsung dari 27 hingga 29 Oktober ini.

“Ia tiada kaitan dengan pasaran atau komuniti rokok elektronik di negara ini. Kami turut kesal video ini telah menyinggung sensitiviti budaya Malaysia.”

Sumber: Facebook

Selain itu, video yang dimuat naik di Instagram syarikat berkenaan juga telah dipadamkan bagi menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.

Jack akur dengan kritikan yang diterima dan kejadian itu sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada syarikat mereka.

 

 

 

 

“Kami memberi jaminan kepada orang awam untuk menangani perkara seperti ini sebagai satu keutamaan. Kami mohon maaf kepada pelanggan dan semua komuniti vape di Malaysia.”

Tak apalah Jack. Jadikan kejadian ini sebagai satu pengajaran ya! Maklumlah adegan 18SX di Malaysia teramatlah sensitif.

 

 

Loading...