“Lelaki Ni Tak Pernah Cukup Kan..” – Nabila Razali Muat Naik Video Kecewa, Tuju Pada Aedy Ashraf?

Sharing is caring!

Sebelum ini, tersebarnya ura-ura mengatakan Nabila Razali sedang ‘berkawan’ rapat seakan bercinta dengan pelakon, Aedy Ashraf. Perkhabaran itu bermula apabila penyanyi itu memuat naik gambar mesranya bersama aktor kacak itu di laman Instagram miliknya.

Apabila ditanya mengenai status perhubungan mereka, Nabila berkata mereka masih dalam fasa mengenali hati budi.

Loading...

Persoalan mengenai status hubungan mereka kini menjadi isu hangat apabila Aedy, pada Sabtu telah berkongsi gambar dirinya bersama seorang gadis misteri menerusi kemas kini Instastorynya. Kelihatan seperti mereka begitu mesra sekali.

Mesra sungguh ni

Muat naiknya itu terus membawa kami ke laman Instagram Nabila. Seperti yang dijangkakan, kira-kira 2 jam selepas foto mesra itu dikongsi pelakon ‘Tentang Bulan’ itu, Nabila pula telah memuat naik posting video di Instagram miliknya.

Dalam video itu, dia dilihat menangis gara-gara kecewa dengan seorang lelaki. Aedy ke? Apa pendapat korang?

2 jam selepas foto Aedy, Nabila kongsi video kecewa

Loading...

Video itu telah mendapat lebih daripada 46,000 tontonan dan hampir 8,000 like termasuk Aedy sendiri.

 Eh?
Aedy ‘suka’?

Nampaknya, hubungan sebenar antara Nabila dan Aedy ini masih belum diketahui. Lagipun, setakat ini, Aedy masih belum menjelaskan apa-apa tentang perhubungannya bersama penyanyi berkenaan,

jadi kita tak boleh cepat menilai dan buat tanggapan. Mungkin selepas ini, Aedy akan beri penjelasan?

Sumber: OHBULAN!

sambungan cerita………….
 

OPSSS.. NABILA RAZALI TERDESAK SANGAT KE? ADOI…

Di kala ini, Mary tengah kemaruk dengan lagu Nabila Razali yang berjudul Pematah Hati tu. Ala, yang ada sebut cumi cumi cumi cumi tu. Ia buat Mary rasa terliur nak makan sotong celup tepung saja sekarang. Alahai!

Alang-alang bercakap mengenai Nabila ni, ada seorang teman berbisik. Katanya yang mana duduk sibuk-sibuk percaya yang dia sekarang sedang bercinta dengan pelakon yang suka tayang badan, Aedy Ashraf tu, sebenarnya semua kena tipu.

Loading…

Eh ya ke ni? Mary tak mahulah percaya bulat-bulat apa yang dia katakan tu. Iyalah, Nabila sebelum ini pun ada cakap, yang dia sedang berkawan dan cuba kenal hati budi Aedy. Makna kata belum ke tahap bercinta bagai nak rak lagi.

Mary ada juga dengar gosip, sebenarnya Nabila sengaja menempel pada Aedy sebab ia adalah sebagai sebahagian dari strategi nak ‘up’kan diri dia dalam industri. Alah, biasalah, kalau tak ada kontroversi atau cerita panas, ingat senang ke orang nak ingat seseorang artis tu cuma dengan berdiri di atas bakat sahaja?

Ini adalah realiti hidup dalam dunia seni, kita tak sokong atau menidakkan cara Nabila tu. Tapi bagi Mary, kalau berkawan dengan sesiapa sahaja pun, biarlah ikhlas adik oii.

Jangan hadap atau nak kejar sangat bab populariti dan terkenal tu. Kadangkala tak perlu cipta kontroversi pun, seseorang artis tu boleh berjaya. Orang kata, biarlah hidup dengan kejayaan yang bermaruah, begitu.

Mungkin sebelum ini ada yang menganggap atau menggelarkan Nabila penyanyi sendu atau suam-suam kuku. Tapi itu mungkin pandangan sesetengah pihak lah.

Loading…

Bagi Mary, Nabila adalah penyanyi yang bagus dan sekarang dah melakar cabang seni lakon pula. Mengagumkan! Bukan senang nak berjaya ni, dan Mary harap Nabila boleh membawa diri dengan baik sebagai anak seni. Yakin kepada bakat sendiri itu penting aduhai adik.
Video Untuk Peminat Bukan Aedy
PENYANYI lagu Pematah Hati, Nabila Razali,25, menjelaskan video sedih yang dimuat naik di laman Instagram miliknya baru-baru ini sekadar luahan perasaannya.

Ia sekaligus menepis dakwaan segelintir netizen kononnya video itu ditujukan buat pelakon Aedy Ashraf yang sebelum ini dikatakan bercinta dengan penyanyi terbabit.

“Saya sekadar memuat naik video itu untuk berkongsi dengan pengikut di laman instagram.

“Saya tidak tujukan video itu kepada Aedy mahupun sesiapapun,” katanya.

Terdahulu, Nabila memuat naik video luahan rasa kecewanya apabila dipermainkan seorang lelaki yang dipercayai ditujukan kepada Aedy.

“Lelaki ni memang tak pernah cukup kan?, tak kisahlah kita berkorban banyak mana, dia tetap cari lain. Harap korang tak tanya lagi pasal ni. Korang mesti pernah kena macam ni juga kan?,” katanya dalam video terbabit.

Luahan rasa itu dimuat naik pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati itu selepas beberapa jam Aedy berkongsi foto mesra dengan seorang wanita jelita ketika menghadiri sebuah acara hiburan.

Rata-rata netizen menganggap video berkenaan ditujukan kepada pelakon Dendam Aurora itu, malah foto terbaru yang dimuat naik oleh Aedy menerima komen peminat yang tidak berpuas hati dengan mendapat lebih 55,000 tontonan.

Ditanya sejauh mana hubungannya dengan Aedy, Nabila menjelaskan mereka sekadar rapat sebagai rakan artis.

“Kami berkenalan menerusi laman sosial dan berkawan tidak sampai sebulan.

“Harap netizen tidak lagi beri komen tidak betul kerana kami bukan pasangan kekasih.

“Saya juga tidak ada masalah jika Aedy ingin berkawan dengan wanita lain dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Mengulas tindakannya memadam gambar dan foto mesranya dengan Aedy di laman instagram, Nabila berkata, dia tidak mahu memanaskan lagi keadaan.

 

“Biarlah masa yang menjelaskan segala persoalan nanti,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber ; Harian Metro, Utusan

Loading...