KISAH BENAR: 5 KOMANDO (BRAVO 5) LAWAN 200 ORANG KOMUNIS

Sharing is caring!

RAHSIA KERAJAAN?

Ini kisah benar yang sebelum ini diketegorikan sebagai RAHSIA KERAJAAN yang tak ramai tahu… kisah lima komando terpaksa bertempur dengan 200 gerila komunis yang dalam usaha hendak melancarkan serangan besar di negeri Kedah.

Loading...

 

KISAH BENAR ANGKATAN TENTERA

“Ia merupakan kisah sebenar misi sulit pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyelamatkan seorang tawanan dan menggagalkan rancangan komunis menakluki negeri Kedah pada tahun 1989,” kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain.

 

PELANCARAN FILEM BERKISAHKAN OPS TENTERA INI

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyempurnakan majlis pelancaran filem perjuangan anggota komando Rejimen Gerak Khas menentang pengganas komunis, Bravo 5.

Loading...

Yang turut hadir Tunku Pang­lima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

 

Filem Bravo 5 yang berlatar belakang tahun 1989 mengisahkan lima anggota komando yang ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan te­ngah Semenanjung Malaysia.

 

Kelima-lima komando yang berjaya mengesan kem musuh itu bagaimanapun terpaksa bertempur dengan 200 pengganas komunis berikutan set komunikasi yang digunakan mengalami kerosakan.

Filem itu dipetik daripada kisah benar Diari Misi Komando yang merupakan rahsia sulit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kini dipaparkan untuk membangkitkan semangat patriotik masyarakat.

Zulkifeli semasa berucap dalam majlis pelancaran itu berkata, filem tersebut mengangkat kisah daripada misi sebenar komando mempertahankan tanah air tercinta.

 

SEMANGAT PATRIOTIK


“Filem ini juga bertujuan mengajak masyarakat untuk saling bersatu-padu dan mengangkat martabat perjuangan suci ATM,” katanya. Zulkifeli juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah atas perkenan menjadi penaung diraja filem berkenaan.

 

Filem terbitan Karya Prima Production arahan M. Hitler Zami itu dibintangi oleh Beto Kusyairy, Remy Ishak, Sofi Jikan, Shashitharanz, Xafier Fong dan Normah Damanhuri. Bravo 5 bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 10 September ini dengan harapan dapat menyuntik nilai patriotik dan kesedaran masyarakat mengenai pengorbanan anggota pasukan keselamatan.

 

Sementara itu Bernama melaporkan pada majlis yang berasingan, penggiat filem tanahair diminta untuk menghasilkan lebih banyak karya berbentuk sejarah dalam memupuk semangat patriotik di kalangan masyarakat, terutamanya generasi muda. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata penggiat filem di negara ini dilihat lebih banyak menghasilkan karya bergenre seram dan cinta.

 

“Melalui pembikinan filem berbentuk sejarah, ia dapat memupuk semangat kasihkan negara di kalangan generasi Y,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Filem Malaysia (FFM) ke-27 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

 

Sepuluh kategori dipertandingkan pada festival filem berkenaan, antaranya kesan khas terbaik, pereka kostum/busana terbaik serta lagu tema terbaik.

 

Dari: Agendadaily.
BRAVO LIMA Kisah Perjuangan Wira Negara

SINOPSIS

BRAVO LIMA adalah sebuah filem perang bercorak patriotik kenegaraan tentang 5 anggota Komando Tentera Darat dibawah pimpinan Leftenan Azri Haji Manaf yang menjalnakn operasi mengekang kebangkitan penganas komunis (PGK).

 

Lim Yatt, orang penting PGK telah ditangkap berjaya melepaskan diri dengan bantuan pasukan subvesif pengganas komunis yang diketuai oleh Sidek. Lim Yatt berjaya melepaskan diri ketika dalam perjalanan menaiki keretapi yang dikawal oleh pihak polis.

 

Secara kebetulan, Koperal Kamal yang sedang bercuti berada di tempat kejadian, menyedari dan turut membantu namun telah ditangkap dan ditawan sebagai tebusan untuk mendapatkan maklumat pergerakan pasukan sahabat.

 

Lt. Azri bersama empat anggota komando lain dalam Ronda Kumpulan Kecil (RKK) dikerahkan bagi menyelamat tebusan serta mengesan kedudukan musuh bagi membolehkan pasukan sahabat melenyapkan pergerakan subvesif pengganas komunis. Lt Azri dibantu oleh Sarjan Unya Anak Gawing, Koperal Morgan a/l Murugan (Pakar Letupan dan Senjata Bantuan), Koperal Ah Chia (Radioman) dan Trooper Karim Abdullah (Pengesan).

 

Semasa dalam perjalanan pulang dari operasi menyelamat dan mengesan, mereka telah diserang balas dan diburu oleh pasukan musuh yang berkuatan seramai 200 anggota PGK. Satu demi satu anggota pasukan terkorban akibat pertempuran atau ketika ditawani oleh pihak musuh. Setiap anggota memegang semangat “Biar Mati Bermaruah Jangan Mati dijajah”.

 

Hanya Trooper Karim berjaya hidup dan membawa pulang semua tanda pengenalan semua rakan seperjuangan yang telah terkorban kepada semua ahli keluarga yang lain. Dengan perjuangan Lt. Azri dan rakan seperjuangan, operasi kebangkitan penganas komunis dapat ditewaskan dan dihalang.

 

Pelakon
Beto Kusyairy sebagai Trooper Karim

Remy Ishak sebagai Leftenan Azri

Sashi Tharan sebagai Koperal Morgan

Xavier Fong sebagai Koperal Ah Chia

Frank Peterson sebagai Sarjan Unya

Sofi Jikan sebagai Sidek, Ketua Unit Subvesif PGK

Fairil Emran Desa sebagai Koperal Kamal

Siti Saleha

Normah Damanhuri

Allahyarham Kuswadinata

Tasha Shilla

Pengarah

Yeop Hitler

Penerbit

Nik Nur Ashikin Nik Abdul Majid

Muhammad Hazlin Yang Razali

Cerita oleh

Mejar Zainal Hayat
TRELER BRAVO 5

SUMBER : http://bertiwi.blogspot.my/2015/09/bravo-lima-kisah-perjuangan-wira-negara.html

Loading...