Kenali jenis dadah yang popular di Malaysia dan Manfaat Kepada Kesihatan

Sharing is caring!

Dadah musuh negara. Mungkin ada diantara anda yang menganggap pengharaman dadah adalah satu konspirasi untuk menghalalkan penjualan ubat-ubatan di farmasi (yang juga mengandungi dadah dengan kuantiti terkawal). Ada juga yang mengatakan kerajaan mengharamkan dadah seperti ganja dan ketum kerana dadah-dadah ini tidak memberi pulangan cukai yang lumayan kepada kerajaan. Sekiranya anda berfikiran seperti ini, percayalah bahawa otak anda sudah rosak sebenarnya. Mungkin kerana pengambilan dadah yang berlebihan ataupun sengaja untuk menghalalkan perbuatan sendiri.

Sekali lagi diulangi, dadah adalah musuh negara! Kerana dadah banyak keluarga cerai berai, kerana dadah ada nenek dibunuh dengan kejam, kerana dadah jugalah kadar jenayah meningkat. Mungkin ada dikalangan pembaca tidak banyak terdedah mengenai info dadah dan tidak sedar ada diantara orang terdekat, terjebak dengan pengambilan dadah.

Loading...

harga ganja sebata lebih kurang rm1200
Ganja a.k.a kanabis
Ganja adalah dadah yang paling popular di Malaysia. Ianya juga dianggap sebagai dadah ‘gateway’ kepada dadah jenis lain yang lebih teruk kesannya. Menurut statistik, kebanyakan penagih dadah jenis lain bermula dengan dadah jenis ganja terlebih dahulu. Diluar negara, ganja lebih dikenali sebagai marijuana (dibaca mari-wana bukan mari-jua-na). Istilah lain yang popular di Malaysia selain ganja pula adalah “boh”, “balut”, “daun” dan bahkan ada juga menggelarkan ganja sebagai “husin” atau “usin”.

Selain gelaran yang unik untuk susah difahami oleh orang awam, ada juga gaya pergerakan tangan yang dibuat untuk menunjukkan simbol “ganja” ini. Contohnya sekiranya individu A mahu bertanya kepada individu B adakah beliau memiliki sedikit ganja untuk dikongsi, individu A akan menggores-gores telapak tangannya menggunakan ibu jari tangan yang sama (gaya seperti sedang balut rokok). Harga sebata ganja ini lebih kurang RM900 ke RM1500.

pil kuda di kelantan
Pil Kuda
Pil kuda ni sudah dikira “rare” di negeri utara Malaysia dan juga Sabah Sarawak. Pil ini mudah didapati di negeri Kelantan dan Terengganu. Kebanyakan yang terjebak dengan pil kuda biasanya akan terjebak juga dengan dadah jenis syabu. Kerana kedua-dua dadah ini kononnya memberikan ‘extra’ energi kepada pengambilnya. Ianya juga boleh membuatkan individu itu menjadi terlebih berani dan aggresive. Jadi anda mungkin sudah faham kenapa mat rempit kebanyakannya berani mati. Walaupun begitu, janganlah dituduh semua orang bermotorsikal itu sebagai mat rempit ya.

Pil kuda ni rupanya kecil macam pil ubat selsema berwarna merah hati. Cara penggunaannya bukan dengan cara makan. Pil kuda ni perlu dibakar terlebih dahulu. Kemudian asapnya itu akan disedut ke dalam mulut. Kebanyakan yang mengambil pil kuda ni gigi mereka akan rosak teruk berwarna kehitaman dan boleh menyebabkan gigi pecah. Harga pil kuda kini mencecah RM120. tahun 90an sebijik cuma RM15 ke RM30.

pil ecstacy bermacam warna
Pil Ecstacy
Pil ini lebih popular dikalangan individu yang sukakan musik atau masuk ke kelab malam. Pil ada didalam bermacam bentuk dan warna. Ada juga pil ecstacy yang kelihatan seperti gula-gula kanak-kanak dengan gambar kartun comel. Diantara sebab pil ini popular dikalangan orang yang suka berparti adalah kerana musik yang kuat dan berdentum-dentum akan membantu tahap khayalan individu tersebut. Selain itu, ecstacy juga menyebabkan penambahan nafsu syahwat untuk melakukan seks. Sebab itulah di luar negara ianya digelar “love pill”. Nama lainnya adalah XTC dan MDMA. Harganya tidak menentu bergantung kawasan juga. Biasa didengari sebiji RM50 ke atas.

rupa bentuk dadah pil erimin 5
Pil erimin 5
Kesan pil erimin 5 pun hampir sama dengan ecstacy. Cuma pengambilan pil ini boleh menyebabkan halusinasi yang lebih teruk berbanding ecstacy. Ianya juga popular dikalangan “party people” kerana ia memberi rasa seronok pada individu yang mengambil eramin 5 ini. Ramai wanita tak tahu, pil ini digunakan untuk memudahkan lelaki serigala merogol mereka di dalam kelab malam sebab itulah ianya digelar “rape drug”. Banyak kematian melibatkan erimin 5 biasanya melibatkan alkohol pada masa yang sama. Harganya lebih kurang sama dengan ecstacy.

Loading...

ubat kepak siaml
Ubat kepak a.k.a GHB
Ini satu lagi pil untuk memudahkan lelaki serigala merogol mangsanya. Serbuk didalam pil ini biasanya dicampur ke dalam air untuk menghilangkan kesedaran mangsa. Adakalanya mangsa boleh pengsan terus apabila terdedah kepada dadah ini dan adakalanya menjadi separuh sedar justeru membiarkan lelaki melakukan apa saja kepadanya. Dadah jenis ini yang biasa dijumpai di Malaysia biasanya diimport dari negara Thailand berbentuk seperti pin bowling (memudahkan urusan kepak dan picit). Namun begitu ianya juga ada didalam bentuk kapsul pil biasa.

Tahun 90an harganya murah sahaja lebih kurang RM5 sebiji pil. Sekarang dengar cerita sudah mencecah RM100 sebiji pil.

ubat batuk gayah pening
Ubat batuk
Ubat batuk ini asalnya digelar sebagai “kodein”. Di sesetengah kawasan pedalaman ada juga menggelarkannya sebagai “gayah”. 2017 ini sudah jarang didengari mengenai kes-kes melibatkan ubat batuk. Mungkin dadah jenis ini sudah ketinggalan zaman dan tak mengikut trend semasa. Antara kesan pengambilan ubat batuk mudah dilihat. Mata akan menjadi merah kekuningan, percakapan melalut-lalut dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, kalau individu itu mengambil ubat batuk secara berlebihan, dia akan jadi tak ubah seperti orang gila di jalanan. Percayalah. Harganya bergantung size botol. Bermula dari RM20 ke ribuan ringgit.

 

 

syabu batu ais ice
Syabu
Dan pemenang untuk kategori dadah popular masakini jatuh kepada syabu. Syabu atau nama lainnya “Methaphetamine”, memang sangat terkenal dikalangan remaja. Ianya kini menular ke kawasan-kawasan kampung pedalaman walaupun harganya sangat mahal. Pada tahun 90an, dadah ini cuma digunakan oleh orang bangsawan saja, kini tidak lagi. Anak kepada petani kecil pun boleh terjebak dengannya. Di jalanan, orang menggelar syabu sebagai ice, ais, ataupun batu kerana bentuknya seperti kristal ais.

Di Malaysia, ramai penagih dadah seperti penagih pil kuda, kokain, ubat batuk dan sebagainya kini beralih arah kepada syabu. Siapa tokan syabu dizaman ini dialah raja dialah dewa. Tak kena cekup tak apa, kalau kena cekup padan muka kau.

cara isap syabu

Antara tanda pengambilan syabu adalah banyak bercakap (kadang-kadang benda tak berkaitan pun), aggresive, self-confident yang tinggi, dan bermacam-macam lagi. Kalau orang tak kenal individu tersebut, pasti orang akan salah sangka menganggap individu itu hebat, berwawasan dan berpandangan jauh. Tapi bila habis kesan syabu, anda akan dapat melihat individu tersebut bertukar dari seorang manusia kepada babi yang harapkan penerajang orang sekeliling. Mereka akan jadi bad mood, cepat marah, dan cepat berpeluh (badan terasa panas). Harga syabu mahal ya rabbi. Bayangkan 100 miligram boleh mencecah RM60. Kalau sekilo?

Ini adalah senarai dadah popular dikalangan remaja masakini (2017). Walaupun begitu masih ada lagi dadah jenis lain yang mudah didapati di Malaysia seperti kokain, morphin, heroin, dan sebagainya. akan ditulis pada artikel yang lain.

Sumber: iluminasi

6 Dadah Jalanan Yang Sebenarnya Mempunyai Manfaat Kesihatan..

dadah jalanan membinasakan

Dadah itu membinasakan. Semua orang tahu. Antara perosak anak muda di serata dunia adalah disebabkan penyalahgunaan dadah. Namun, dadah itu sendiri tidak bersalah, yang bersalah adalah mereka yang mengeskploitasi golongan yang lemah yang kemudiannya menyalahgunakan untuk sebab-sebab tertentu.

Tapi kebanyakan dadah jalanan yang menjadi perosak anak muda, sebenarnya mempunyai manfaat yang besar kepada kesihatan. iluminasi.com ingin berkongi 6 jenis dadah jalanan yang berbahaya tetapi mempunyai manfaat.
1. Ketamine
ketamine

Bagi mereka yang suka berparti, ketamin mungkin menjadi dadah pilihan untuk “high”. Tapi bagi doktor haiwan, ia digunakan sebagai ubat penenang kuda. Jadi jika anda mendengar bahawa ketamin mampu membantu masalah kemurungan, ia tidak lah memeranjatkan sangat. Jika kuda sebesar itu pun boleh ditenangkan menggunakan ketamin, apatah lagi manusia?

Sebuah kajian dijalankan di Universiti Yale mendapati bahawa ketamin bukan sahaja meredakan gejala kemurungan, malah ia mampu menyembuhkan bahagian otak yang rosak disebabkan oleh tekanan akut, trauma dan kemurungan dengan memperbaiki sinaps yang terputus.

ubat penenang kuda

Satu dos mampu bertahan selama 10 hari, dan tak peliklah jika melihat kuda sentiasa gembira dan tenang.
2. Syabu
syabu atau ais atau batu

Jika anda mempunyai masalah untuk fokus di tempat kerja, atau mudah diganggu dengan angan-angan, rasa gelisah, atau rasa terganggu, anda mungkin mengalami Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Stimulan seperti Meth, jika diambil dalam dos tertentu (jangan cuba sendiri), mampu menyelia bahan kimia dalam otak yang dipanggil pemancar neuro (neurotransmitter) seperti dopamin dan norepinephrine. Kedua-dua ini membantu mengawal ketagihan kelakuan dan obses terhadap sesuatu. Namun ia tak bermaksud anda harus dapatkan dan gunakan syabu hanya kerana ia dapat membantu masalah ini.

Selain itu, syabu juga dapat memerangi obesiti, dan banyak program turunkan berat badan yang cepat mengesyorkan pengambilan dadah yang dipanggil Desoxyn (dimethylbenzeneethanamine hydrochloride or pure methamphetamine)
3. Heroin
ketagihan heroin

Ya, semua tahu heroin adalah antara dadah yang paling berbahaya di dunia. Namun, dalam melegakan kesakitan, tiada apa yang dapat menandingin heroin. Di United Kingdom, heroin diberikan kepada wanita hamil yang dikenali sebagai “diamorphone”, iaitu heroin. Ia mungkin diberikan untuk menyelamatkan ibu-ibu hamil yang sedang dalam ketakutan.

Ia disuntik ke dalam secara intravena (ke dalam saluran darah) bagi melegakan kesakitan yang amat sangat dan mengurangkan tekanan. Namun ia juga memungkinkan proses melahirkan anak menjadi lebih lama, tetapi rendah risiko. Jika hanya disuntik sekali, ia tak akan menyebabkan ketagihan dan tiada kesan buruk kepada badan.
4. Ganja
hisap ganja

Tak kisahlah apa pun nama yang anda panggil, ganja, pot, marijuana, grass, herb, atau weed, dadah ini sehingga kini menjadi bahan pertengkaran di antara dua pihak yang bertelagah. Dianggarkan sebanyak 3.8% daripada populasi dunia menggunakan dadah ini. Di Amerika Syarikat, 26 negeri menggunakan ganja dalam perubatan.

Jadi, memang benar ganja yang mengandungi cannabinoids mempunyai kebaikan untuk kesihatan. Antara salah satunya adalah sebagai penahan sakit yang ada dalam THC (tetrahydrocannabinol). Malah, badan kita sendiri menghasilkan cannabinoids dalam jumlah yang kecil secara semulajadi bagi mengurangkan kesakitan bila diperlukan.

ganja perubatan dapat membantu kanak kanan yang mengalami sawan

Satu lagi jenis cannbinoid, CBC (cannabichromene) telah terbukti membantu merawat epilepsi. Ganja juga mampu mengurangkan keradangan, membantu melawan MS (multiple sclerosis), menghentikan kekejangan otot, mengurangkan masalah pundi kencing dan juga mencegah muak ketika kemoterapi. Ganja perubatan juga mampu membantu kanak-kanak yang mengalami sawan.
5. Cocaine
sedut kokain

Sebut kokain sahaja, memang ramai membayangkan sebaris serbuk putih atas meja dan disedut menggunakan hidung untuk mendapatkan “feel” khayal. Walaupun kokain adalah antara dadah yang membinasakan di dunia, namun ia juga mempunyai manfaat. Satu ketika dahulu kokain dipuji sebagai dadah yang mengagumkan di seluruh dunia.

Ia digunakan secara meluas sebagai julap dan penyebuh mabuk, demam alergi (hay fever) dan juga ketagihan alkohol. Namun, ia dibuktikan menyebabkan ketagihan, dan tidak lagi digunakan. Tapi kokain tidak diketepikan dan masih digunakan oleh pakar seperti pakar mata, hidung dan tekak sebagai anestetik dalam pembedahan.

ubat melegakan sakit gigi diperbuat daripada cocaine

Kokain pernah satu ketika dahulu digunakan dalam pembuatan ubat melegakan sakit gigi.
6. Ecstasy
ecstasy

Methylenedioxymethamphetamine (MDMA), atau nama yang lebih dikenali, ectasy, dalam bentuk kristal, mampu untuk menyembuhkan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD). Namun, pakar sakit jiwa tidaklah menggalakkan mereka yang mempunyai masalah trauma mengambil ecstasy seperti makan coklat M&M begitu sahaja dan mengharapkan kesan yang cepat.

Dalam persekitaran klinikal, peningkatan serotonin yang disebabkan oleh dadah ini menyebabkan pesakit menjadi lebih tenang dan gembira, dan mampu berhubung secara lebih baik dengan pakar terapi. Pesakit menjadi lebih terbuka dan rawatan menjadi lebih mudah bagi semua individu yang terlibat.

pesakit lebih tenang dan mudah ceritakan pengalaman trauma dengan pengambilan ecstasy

Rasa takut dan tertekan hilang jika mengambil ectasy yang membolehkan pesakit membincangkan dan menceritakan pengalaman trauma tanpa masalah. Pesakit mampu menceritakan segalanya dari awal tanpa risau akan trauma dan rasa takut disebabkan oleh mengingatkan kejadian buruk dalam hidup mereka.

Loading...