Kelibat aneh berwarna merah jambu ditemui terapung-apung di permukaan lautan. Setelah diteliti, kapten bot bergegas mengambil kamera

Sharing is caring!

Kelibat aneh berwarna merah jambu ditemui terapung-apung di permukaan lautan. Setelah diteliti, kapten bot bergegas mengambil kamera

Penampakan ikan lumba-lumba itu sendiri telah menjadi suatu perkara yang jarang ditemui oleh manusia di habitat semulajadi di seluruh dunia. Dan bayangkan apabila anda menemui ikan lumba-lumba berwarna merah jambu yang paling aneh dan jarang ditemui.

Pada tahun 2007, seorang kapten bot di Tasik Charles, Lousiana, Amerika Syarikat telah menemui seekor ikan lumba-lumba berwarna merah jambu yang aneh dan sangat cantik.

Loading...

Pada mulanya kapten kapal yang bernama Kapten Erik Rue ini berfikir matanya telah tersalah pandang akan ikan lumba-lumba tersebut, tetapi setelah diteliti, beliau berasa amat terkejut apabila meneliti dari jarak dekat, ikan lumba-lumba ini benar-benar berwarna merah jambu.

Kredit: Facebook / Pinky the Dolphin

Ikan lumba-lumba tersebut adalah ikan lumba-lumba betina yang diberi nama Pinky oleh Kapten Erik Rue.

Menurut Kapten Erik Rue kepada ABC News, “Saya telah mengambil berkeping-keping gambar dan telah meneliti jantinanya, dan ia adalah ikan lumba-lumba betina.”

Loading...

Kredit: Facebook / Pinky the Dolphin

Pinky merupakan mamalia dengan bersifat ingin tahu, yang akan berenang pada jarak 10 meter daripada bot Kapten Erik Rue setiap kali mereka bertembung antara satu sama lain.

Kapten Erik Rue juga turut membawa pelancong dan pelawat di atas botnya bagi membolehkan mereka melihat Pinky. Semua pelawat yang datang melihat berasa amat bertuah dan kagum melihat Pinky, ikan lumba-lumba yang sangat cantik ini.

Kredit: Youtube Screenshot /Unreal World

Kapten Erik Rue berkata, “Saya fikir ramai yang telah melihat Pinky berasa agak terkejut, apabila mereka melihat ikan lumba-lumba itu benar-benar berwarna merah jambu seperti mana kami memberitahu mereka. Mereka berkata, “Wow, ia betul-betul berwarna merah jambu!”. Mereka benar-benar terkejut dan kagum yang rupa Pinky, sama seperti yang telah diterangkan oleh kami.”

Kredit: Facebook / Pinky the Dolphin

Untuk menjelaskan mengapa ikan lumba-lumba ini berwarna merah jambu, terdapat beberapa pendapat mengenainya. Ada teori yang menyatakan yang ia adalah haiwan albino lalu menyebabkan warnanya bertukar menjadi merah jambu.

Haiwan albino biasanya tidak dapat menghasilkan melanin seperti pada tahap biasa haiwan lain boleh menghasilkan melanin, dengan ini, haiwan tersebut tidak akan dapat menghasilkan kulit yang berwarna normal seperti spesiesnya.

Kredit: Youtube Screenshot/ Unreal World

Satu fakta penting yang dikemukakan untuk menyokong pendapat ikan lumba-lumba ini bersifat albino ialah matanya yang berwarna merah. Namun begitu, Kapten Erik Rue tidak mempercayai teori tersebut dengan berkata seekor ikan lumba-lumba bersifat albino sepatutnya berwarna putih.

Salah satu teori menyatakan yang Pinky berasal dari kumpulan yang sama dari spesies ikan lumba-lumba dari sungai Amazon yang sememangnya berwarna merah jambu secara semulajadi.

Kredit: Facebook / Pinky the Dolphin

Walaupun pendapat itu boleh diterima, malangnya masih tidak terdapat sebarang bukti yang boleh mengesahkannya, kerana tiada kajian yang dilakukan secara menyeluruh untuk mengenal pasti spesies sebenar Pinky.

Tetapi tidak kira sama ada Pinky ini berwarna merah jambu kerana ia bersifat albino atau sememangnya ia dengan spesies asal berwarna seperti itu, apa yang pasti, Pinky merupakan ikan lumba-lumba paling cantik yang pernah dirakamkan melalui fotografi.

Lihat video di bawah.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Loading...