KALAU SULTAN NAK RASA SAYA PUNYA BOLEH JE! ”5FOTO” GAMBAR GADIS AJAK SULTAN “MAIN” KORANG RASA SULTAN MANA ??

Sharing is caring!

Kalau Sultan Nak rasa saya punya boleh je! 5 gambar gadis ajak Sultan “main”

Sejak akhir-akhir ini remaja Melayu semakin rosak akhlak tanpa segan silu melakukan kegiatan tidak bermoral mereka di khalayak umum.

Loading...

perkara ini disebabkan beberapa faktor antaranya :

1) pengaruh rakan sebaya

Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu., rakan sebaya sangat mudah mempegaruhi seseorang remaja itu samaada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang.

Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah.

Oleh kerana “darah muda” remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara itu berbahaya dan sia-sia. Bak kata pepatah, “manang jadi arang, kalah jadi abu”.

 

Loading...

2) kesibukan ibu bapa

Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.

Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak

bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk. Bak kata pepetah, “sudah terhantuk, baru tergadah”.

 

3) pengaruh media massa

Pada zaman yang serba moden ini, media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang terutamanya golongan remaja ke arah negatif secara diam.

Bak kata pepatah, “seperti api dalam sekam”. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media massa. Cerita-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya, keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi.

 

4) sifat semulajadi remaja juga senantiasa ingin mencuba sesuatu yang baru

Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaan mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu.

Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak.

jadi tidak hairan mengapa seorang hamba Allah telah menghantar mesej berbau lucah di personal inbox Sultan Melaka.

printscreen ini telah dikongsikan sendiri oleh pemilik Sultan Melaka di Wallnya. tidak dapat dipastikan samada akaun ini original ataupun sekadar akaun fake

jika akaun fake sekalipun ia telah menggunakan gambar wanita lain bagi tujuan memalukan atau mempunyai niat tak baik.apapun lihat beberapa printscreen dibawah

 

 

No automatic alt text available.
Image may contain: 1 person, smiling
No automatic alt text available.
No automatic alt text available.
No automatic alt text available.

Sumber:helangmerah

 

Baca selanjutnya…………………………..

“Salahkah Saya Hamilkan Anak Tunang Orang Lain ?”

Saya disini sekadar ingin meluahkan apa yg terpendam sekian lama. Sekitar 3 tahun yg lalu, saya dan bekas kekasih telah terlanjur.

Bila saya beritahu kepada dia, saya mengandung, dia minta saya gugurkan. Tapi saya tidak mahu sebab saya fikir, cukuplah sekali kami berdosa, takkan sampai sanggup untuk membunuh bayi yang tidak berdosa ini.

Saya cakap kepada dia, kalau tidak mahu anak ini, biarlah saya yang jaga. Saya tidak sanggup buang. Mungkin bila di dunia kita lepas bila kita sudah buang anak itu, tapi di sana nanti, mampu ke kita untuk menjawab?

Sebab itu saya ambil keputusan untuk menjaga walaupun apa yang akan terjadi nanti. Setiap kali saya berjumpa dia, mesti ayat sama yang dia berikan. Sampai satu tahap, saya terpaksa menjauhjkan diridari dia disebabkan dia seringkali meminta saya menggugurkan. Berbulan saya senyap sampailah kandungan ini sudah memasuki usia 6 bulan.

Baby bump masa itu sudah kelihatan, saya sudah tidak berani duduk di rumah. Daripada keluarga saya mendapat tahu, lebih baik saya keluar dari rumah dan tinggal di tempat lain. Takut keluarga malu dengan perbuatan saya. Apa-apa saya tanggung sendiri, sehinggalah saya berjumpa dengan seorang makcik ini. Dia ajak saya tinggal bersama dia, kebetulan dia tinggal seorang diri. Dia yang jaga saya. Yang bagi saya makan macam-macam apa yang saya teringin nak makan.

Sampailah dai bertanya kepada saya, siapa yang bakal menjadi bapa kepada anak di dalam perut ini? Mana dia dan kenapa dia tidak bertanggungjawab? Sampailah makcik itu sendiri telefon bekas kekasih saya itu ajak berjumpa.

Ex saya setuju untuk berjumpa. Makcik itu minta ex saya untuk bertanggungjawab dan ex pun bersetuju. Tapi syarat dia, nikah di Thailand. Saya pelik kenapa mesti di Thailand. Puas saya selidik, rupa-rupanya, ex saya sudah bertunang dengan orang lain, iaitu pilihan ibunya sendiri.

Bila saya mendapat tahu dia sudah bertunang dan bakal berkahwin masa due saya nanti, saya undur diri. Saya tidak mahu tunangnya tu pula yang terluka hati. Kita sama-sama perempuan, lebih baik saya elakkan dariada buat macam itu kepada dia walaupun masa itu diri saya sendiri yang sangat kasihan. Tapi saya tetap pertahankan untuk perempuan yang juga tunangnya itu.

Tunang ex saya itu tidak tahu apa-apa dan saya tidak mahu dia menjadi mangsa keadaan juga. Sedangkan majlis perkahwinan mereka tanggal tiga bulan saja lagi. Mesti persiapan semua sudah siap dan jemputan pun semua sudah diedarkan.

Benda ini akan membuatkan banyak pihak yang malu. Demi menjaga air muka orang tua ex dan tunangnya masa itu daripada dimalukan oleh orang kampung, saya redhakan semua ini dan saya korbankan diri saya dan biarlah mereka bahagia.

Saya dalam pantang hari ke 22 mereka sudah selamat diijabkabulkan. Syukurlah, air mata langsung tidak menitis, malah masa itu saya rasa betul-betul kuat. Anak ini saya akan jaga dengan sebaik yang mungkin, ini niat saya.

Alhamdulillah, saya mampu dan dipermudahkan dengan begitu baik sekali oleh Allah SWT. Pernah sekali hari itu saya terjumpa akaun Facebook ex, saya terus add dan accepted. Saya ada PM bertanyakan khabar dan tunjuk gambar anak kepada ex.

Tetapi, rupa-rupanya, itu bukan dia, tetapi isterinya. Segala jenis maki dan penghinaan saya terima daripada isterinya. Tetapi, tidak apalah, saya maafkan dan langsung tidak berdendam apa-apa dengan dia.

Sekarang, anak sudah besar, 3 tahun sudah berlalu, tetapi seringkali bertanyakan tentang ayahnya. Saya tidak pernah bercerita yang buruk-buruk tentang ayahnya kepada anak. Tidak mahu anak berdendam dengan ayahnya. Malah saya sentiasa meminta anak mendoakan akan kesejahteraan ayahnya walaupun di mana saja ayahnya berada.

Kepada masyarakat, jangan pandang serong dan hina kepada wanita yang senasib dengan saya ini. Sedangkan ada perkara yang kita sendiri tidak tahu apa yang membuatkan seseorang itu melahirkan anak tanpa seorang suami. Tolong dan tolonglah jangan menghina kami. Kata-kata penghinaan dari orang sekeliling itulah yang membuatkan kami yang senasib ini down dan bertindak di luar kawalan.

www.kakishare.my

Loading...