CEO baru cadang ganti nama Proton kepada “Bao Teng” dalam bahasa Cina

Sharing is caring!

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) baru Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrung dilapor mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina kepada nama “Bao Teng”.

Loading...

Katanya ketika berucap dalam persidangan usahawan Malaysia-China ke 7 semalam, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi “Bao Teng” tetapi rakyat Malaysia menggelarnya “Pu Teng”.

Katanya, “Bao” bermaksud khazanah atau harta benda manakala “Pu” membawa maksud biasa.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan sebanyak 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), sebuah syarikat gergasi automotif negara China yang sebelum ini telah mengambil alih Volvo dari Sweden.

Menurut Reuters, yang melihat kenyataan tersebut, ia tidak menyatakan nilai jualan tersebut dalam rangka memulihkan syarikat kenderaan nasional itu.

Geely itu syarikat induk Geely Automobile Holdings di Hong Kong dan kumpulan Volvo dari Sweden. Proton pula memiliki Lotus, syarikat automotif Britain.

Loading...

Penjualan saham itu sekaligus membolehkan Geely menguasai kepentingan sebanyak 51 peratus saham pembuat kereta Britain, Lotus melalui Proton dalam urus niaga bernilai RM277.85 juta, manakala baki 49 peratus lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.

Syarikat-syarikat lain yang pernah menyatakan minat membeli Proton termasuklah pembuat Peugeot, Suzuki Motor Corp dari Jepun dan Renault SA dari Perancis.

Kerajaan memang merancang mencari rakan kongsi strategik negara asing untuk membantu Proton berkembang lebih cekap dan setanding jenama besar.

Tidak hairan kalau ada penggiat media sosial yang memprotes atau berjenaka mengenai penjualan kawalan Proton kepada syarikat China, memberi nama baru kepada projek kereta nasional itu.

Mereka memanggilnya “Ploton” iaitu sebutan yang zalim di kalangan sesetengah penutur bahasa Cina. Dengan penjualan kawalannya kepada Zhejiang Geely Holding Group, berakhirlah status Proton sebagai projek nasional atau kebangsaan.

Proton bukan lagi projek pendayaan ekonomi tetapi hanyalah sebuah perniagaan biasa. Jadi adalah wajar status nasionalnya ditarik balik. Apatah lagi majoriti sahamnya kini milik orang asing.

Kalau kita masih ingat dan peduli, projek kereta nasional ini dilancarkan pada tahun 1983 dan mengeluarkan kereta pertamanya – Proton Saga – pada tahun 1985.

Sebagai projek pendayaan ekonomi, ia telah mencetuskan beratus ribu peluang pekerjaan dan melatih pekerja mahir dalam industri automotif.

Buruan bukan Proton tetapi Lotus

Pada satu ketika ia menjadi kereta paling laris di Malaysia sebelum kerajaan membuka pasaran tempatan kepada kereta import murah.

Adalah tidak mustahil selepas penjualan kepada Geely, Proton akan melalui proses rasionalisasi yang mungkin melibatkan pemberhentian pekerja seperti yang berlaku dengan banyak syarikat yang bertukar tangan.

Banyak penganalisis dan pemerhati pasaran berpendapat yang menjadi buruan syarikat China itu bukanlah jenama Proton tetapi Lotus.

Setelah membeli jenama berprestij Volvo adalah logik bagi Geely mengidamkan kereta sports seperti Lotus. Tidak menghairankan kalau selepas ini kereta Proton rekaan tempatan akan diganti dengan model dari negeri China.

Dengan pembelian Proton itu, pemodal China kini mengusai dua syarikat tempatan dalam industri bersangkutan pemotoran. Disember lalu, syarikat penapisan minyak China, Shandong Hengyuan Petrochemical Co, membeli 51 peratus saham kilang penapis Shell di Port Dickson dengan harga ASS$66.3 juta (kira-kira RM300 juta).

Kedua-kedua pembelian ini adalah sebahagian kecil sahaja daripada senarai membeli-belah China di Malaysia yang termasuk pembinaan pelabuhan, hartanah, landasan kereta api dan pemberian hutang.

Penjualan harta negara secara besar-besaran kepada China tidak langsung menghairankan kalau kita faham dasar dan kedudukan ekonomi Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pertama, di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) rekaan Datuk Seri Idris Jala, kerajaan komited kepada pembebasan ekonomi dan pasaran bebas. Ertinya siapa yang ada duit bebas menguasai ekonomi negara.

Jadi adalah tidak menghairankan kalau syarikat luar yang banyak duit, khususnya dari negara China, berlumba-lumba membeli harta di negara kita. – FMT dan MalaysiaKini via MiloSuam

Loading...