Baby Shima Tak Salah Mas Idayu!! ”Saya harap netizen Juga jangan salahkan Mas Idayu”

Sharing is caring!


BARU-BARU ini tular satu rakaman video memaparkan seorang penyanyi yang memarahi seorang peserta di pentas menerusi program realiti nyanyian D’Academy Asia 3 (DAA3).

Mas Idayu yang popular dengan lagu dangdutnya dikatakan telah memarahi Baby Shima sesudah membuat persembahan pada malam tersebut.

Loading...

Khabarnya, Mas Idayu atau lebih mesra dengan panggilan Mummy kecewa dengan persembahan vokal yang ditunjukkan peserta itu.

“Apa Shima buat malam ini? Mummy dengar, masuk pitching jahanam semua,”komen Mas Idayu dengan nada tegas.

Ekoran tularnya video tersebut, rata-rata netizen kurang bersetuju dengan Mas Idayu yang juga salah seorang komentator program tersebut.

Netizen juga menganggap tindakannya itu seolah-olah memalukan nama Malaysia.

Ini kerana program tersebut diadakan di Indonesia manakala peserta yang menyertai datang dari pelbagai negara Asia lain antaranya Indonesia, Singapura dan Timor Leste.

Loading...

Namun, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli tampil memberikan penjelasan dan meminta netizen tidak melemparkan kata-kata yang kurang enak didengar kepada Mas Idayu.

“Bagi saya, Mummy Mas Idayu marah dan komen macam itu sebab dia sayang saya. Memang patut pun saya kena marah.

“Saya tak ada masalah dan terima segala teguran. Saya harap netizen jangan salahkan Mas Idayu.

“Saya yang bersalah sebab tak ikut apa yang sudah diajarnya,” katanya dipetik mStar Online.

Tambah Shima lagi, tekanan yang dihadapinya menjadi punca dia tidak dapat melakukan persembahan dengan baik selain lagu-lagu dangdut yang didendangkan tidak pernah didengarinya.

“Saya tak dapat buat yang terbaik pada setiap persembahan. Ingatkan pertandingan ini boleh bawa lagu moden seperti di Malaysia.

“Tapi saya perlu menyanyikan lagu dangdut yang tidak pernah didengari dan ia memberi tekanan pada saya.

“Ini adalah kali pertama saya memasuki pertandingan yang begitu besar. Sebelum ini hanya kecil-kecilan sahaja,” katanya.

 

Baca juga cerita ini  “JURI TAK SUKA SAYA” – RESPON BALAS MENGEJUTKAN AYDA JEBAT, TAK PUAS HATI TAK LAYAK KE AJL32?

 

Malam itu menyaksikan peserta 24 tahun ini tersingkir apabila mendapat markah terendah berbanding peserta dalam kumpulan lima program itu.

Selain Shima, One dari kumpulan Forteen turut menyertai dan mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut. – MYNEWSHUB.CC/SA

______________________________________

Graduan UIAM Viral, Pelajar Istimewa Yang Bijaksana…

RAKAMAN video memaparkan aksi graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terjatuh ketika mengambil skrol rupa-rupanya menyimpan 1,001 rahsia di sebaliknya.
Ini didedahkan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai, Nama Amber Roslan Rusly yang hari ini memuat naik status beserta gambar bagi menerangkan secara jelas keadaan sebenar insiden lucu berkenaan.

Berdasarkan maklumat diterima MYNEWSHUB, netizen tersebut memaklumkan bahawa graduan berkenaan merupakan seorang pelajar istimewa yang bijak dalam pengajian.

Malah, siswa itu juga dikatakan menghidap sejenis penyakit dikenali sebagai ADHD sekali gus dianggap sebagai salah seorang pelajar pintar di dalam kelas.

Bagaimanapun, penyakit tersebut juga berkemungkinan merupakan faktor kepada graduan berkenaan berasa gementar ketika berada di atas pentas graduasi sewaktu menerima skrol pada hari bersejarah itu.

Tambahan pula, acara berprestij tersebut disaksikan secara langsung oleh ribuan tetamu yang hadir.

Hasil tinjauan daripada beberapa sumber, MYNEWSHUB difahamkan ADHD merupakan akronim daripada Attention Deficit Hyperactive Disorder di mana merupakan salah satu ketidakupayaan dalam pembelajaran.

Menurut Azizi Yahaya et al. (2006), ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsivity lebih kerap berbanding dengan keadaan biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan normal.

Selain itu, ADHD juga merupakan “A persistent pattern of inattention and or hyperactive impulsivity that is move frequent and severe than is typically observed in individuals at comparable level of development” (Bailly,2005).

Dianggarkan antara 3 peratus hingga 5 peratus gangguan hiperaktif dan impulsivitybiasanya berlaku ketika di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan juga remaja.

Dalam pada itu MYNEWSHUB turut difahamkan, ADHD lebih cenderung berlaku kepada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan dan kebiasaan individu yang mengalami penyakit ini berumur sebelum tujuh tahun.

Untuk rekod, penyakit ini berpunca daripada beberapa faktor antaranya pengambilan gula yang berlebihan, kerosakan saraf dan tahap rendah neurotransmitter di dalam otak serta faktor genetik.

Sementara itu, rakaman mengenai video tersebut telah dimuat naik ke laman sosial lantas menghiburkan orang ramai dengan aksi lucu graduan berkenaan.

Apa-apapun, sekalung tahniah buat siswa ini walaupun menghidap penyakit namun, siapa sangka yang usahanya selama ini membuahkan hasil dengan pencapaian membanggakan itu!

Sekali lagi syabas dan tahniah kami ucapkan kepada Ahmad Zahier Arbi atas kejayaan menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan di UIAM! – MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...