‘Zalimnya roboh rumah Pegawai Masjid & Pesta arak diluluskan’

Sharing is caring!

MENTERI Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar menyifatkan tindakan merobohkan kediaman dan kedai bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang (LTAS), Subang dekat sini, semalam sebagai zalim.

Loading...

Itu satu tindakan yang zalim. Janganlah. Kita ada cara untuk selesai masalah. Macam saya juga, bila kita siasat, tengok ada maahad tahfiz yang tidak lengkap, kalau ikut undang-undang akta bomba kita boleh tutup. Tapi kita tak tutup.

“Kita bincanglah baik-baik. Jadi, ambil-ambil tindakan ni, tindakan yang zalim.

Yang rumah Islam tu dia runtuh, habis yang nak buat berfoya-foya boleh pula. Inilah ‘keistimewaan‘ kerajaan Selangor,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan merobohkan struktur bangunan didiami dua bekas pegawai masjid itu sejak 24 tahun lalu.

Pada operasi perobohan itu, berlaku sedikit kekecohan apabila ada pihak memprotes tindakan terbabit.

Semasa proses perobohan, 9 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan selepas mengadakan protes terhadap perobohan tersebut.

Loading...

Noh berkata tindakan Azmin menempatkan 2 keluarga yang terlibat dalam perobohan itu ke Pusat Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Damansara juga salah.

Katanya, Azmin sepatutnya menyelesaikan isu penempatan mereka dahulu sebelum melakukan perobohan.

“Saya dah rayu beri peluang paling lama pun sebulan.. Kalau tidak ada rumah kita boleh tawar rumah PPR di Subang 2.

“Kita dah buat rayuan. Tiba-tiba dah roboh. Ini tindakan tak patut. Orang tawar dulu (rumah) baru roboh.

“Rumah itu dia nak tutup, tetapi nak buat foya-foya boleh pula,” katanya yang merujuk kepada tindakan Azmin yang tidak menghalang penganjuran acara yang dikatakan memenuhi syarat yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan, termasuklah festival melibatkan pengambilan arak.

Semalam dalam satu kenyataan, kerajaan Selangor berkata pihaknya akan menempatkan 2 keluarga yang terlibat dalam perobohan tersebut ke Pusat Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Damansara.

Azmin berkata keputusan itu dibuat susulan perbincangan kerajaan negeri dengan syarikat Perumahan & Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB).

Sumber : HMetro

 

_____________________________________________

 

SULTAN JOHOR JADIKAN RABU ‘HARI TERBUKA’ BERTEMU KETUA JABATAN

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menjadikan hari Rabu sebagai “Hari Terbuka” bagi membolehkan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri memberikan taklimat dan perkembangan terkini berkaitan pembangunan di Johor.

Ini adalah untuk memastikan projek-projek pembangunan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Johor dan agensi-agensi berkaitan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Setiap pagi Rabu, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menerima mengadap Ketua-Ketua Jabatan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Baginda turut berkenan meneliti setiap dokumen dan pembentangan yang dikemukakan.

Pada hari ini Baginda menerima mengadap Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin; Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Dato ‘Abdul Rahim Ramli; Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut; Datuk Bandar Johor Bahru, A. Rahim Nin dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Johor, Ir Mohd Salleh Abu Bakar.


SULTAN INITIATES WEDNESDAY ‘OPEN DAY’ MEETINGS FOR STATE OFFICIALS
His Majesty Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar has set aside Wednesdays as the “Open Day” for State officials to brief and update him on developments in Johor.

This is to ensure development projects by the Johor State Government and its agencies truly benefit the people.

Every Wednesday morning, His Majesty will make himself available for Heads of Departments and government officials at the Mados Office located within the grounds of Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

At these meetings, Sultan Ibrahim will go through various documents and/or presentations given to him, especially those relating to development programmes and initiatives for the people.

Today His Majesty granted audiences to the Menteri Besar of Johor Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, President of the Council of Johor Royal Court Dato’ Abdul Rahim Ramli; Johor Islamic Council adviser Datuk Noh Gadut; Mayor of Johor Bahru, A. Rahim Nin and Johor Public Works Department director, Ir Mohd Salleh Abu Bakar.

 

 

 

 

 

#sultanjohor

#royalpressoffice

Loading...