‘Kereta kami dirempuh, mujur anak-anak saya selamat’ – Ibu dedah pentingnya letak anak dalam car seats

Sharing is caring!

Ibu bapa selalu dinasihatkan untuk meletak anak-anak kecil mereka di dalam kerusi khas kanak-kanak ketika berada di dalam kereta untuk keselamatan. Namun, masih ramai yang tidak mengambil peduli kononnya tiada apa-apa yang buruk akan berlaku pada anak mereka.

Akan tetapi, bayangkan jika kita sudah berhati-hati ketika memandu, tetapi ada pemandu lain yang memandu dengan laju dan agresif, bersediakah kita pada waktu itu untuk mengelak keretanya yang akan merempuh kereta kita? Tambahan pula pada waktu itu, anak kita sedang bermain atau berdiri di bahagian kerusi penumpang belakang. Agak-agaknya apa yang akan terjadi? Nauzubillahiminzalik. Semoga bermanfaat.

Loading...

SAYA bukan jenis individu yang gemar memuat naik perkara yang serius atau peribadi di Facebook, tetapi apa yang saya mahu kongsikan ini adalah amat penting untuk dihadam oleh golongan ibu bapa.

Ini adalah sebab utama mengapa ibu bapa perlu menempatkan anak kecil mereka di kerusi khas kanak-kanak (car seats) dengan betul setiap masa. Biarpun mereka akan menjerit dan merungut tidak selesa kerana tali keledar yang dipasang terlalu ketat atau sebagainya.

Ceritanya, kami dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil anak sulung pulang dari pra-sekolahnya. Hanya beberapa minit saja lagi untuk tiba di rumah, saya bercadang nak pergi membeli susu. Tiba-tiba sebuah kereta merempuh kereta kami.

Langsung tak terfikir kejadian/kemalangan seperti ini akan berlaku pada kami. Anak lelaki saya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun menurut paramedik, keadaan mungkin berbeza jika saya tidak meletak dan memastikan anak-anak saya duduk di kerusi khas kanak-kanak itu dengan baik.

Loading...

Anak-anak saya selamat, begitu juga dengan saya. Mujur Tuhan melindungi kami pada ketika itu.

Ramai yang menghubungi dan bertanya pelbagai soalan pada saya. Untuk makluman, anak bongsu saya berusia 6 minggu dan anak sulung berusia tiga tahun. Kereta yang dipandu saya adalah Honda CRV yang saya namakannya sebagai Yoshi (RIP Yoshi).

Dua kerusi khas kanak-kanak yang digunakan adalah Chicco Keyfit 30 (infant) dan Graco Children’s Products 4ever. Ketika kejadian, kedua-dua kerusi itu menghadap ke belakang.

Saya tidak menyangka post saya ini dibaca oleh ramai orang di mana pada awalnya saya cuma muat naik untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga sahaja. Saya harap apa yang dikongsikan itu dapat menyelamatkan nyawa ramai kanak-kanak dengan membuatkan ibu bapa berfikir dua kali mengenai soal keselamatan anak masing-masing.

Sumber: Jenna Casdo Rabberman

____________________________________________

‘Ya Allah, mulianya hati mereka’

Kita kerap mendengar pelbagai kes jenayah yang berlaku di lebuh raya di mana ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap pengguna jalan raya terutamanya golongan wanita yang memandu bersendirian. Dari kes pecahkan tayar kereta, pancitkan tayar kereta, baling telur pada cermin depan kereta dan macam-macam lagi menyebabkan ramai di antara kita yang bimbang jika perkara itu akan terjadi pada kita suatu masa kelak.

Tetapi apa yang berlaku pada wanita ini adalah sebaliknya yang mana pada awalnya dia menyangka dirinya akan menjadi mangsa jenayah lebuh raya. Rupa-rupanya tidak apabila tiga lelaki itu berniat baik dan mahu membantunya, sedangkan mereka perlu cepat sampai ke destinasi mereka.

KEJADIAN di highway tadi. Ketika sedang memandu, tiba-tiba ada lelaki India buka tingkap dan tunjuk ke arah tayar kereta. Kita ni tak fikir apalah sebab drive tak ada rasa apa-apa pun. Tak ada rasa tayar itu lembik ke apa.

Selepas itu, dia tahan dan suruh kita berhentikan kereta. Dia pun terus keluar dan datang menghampiri kita. Kita tak terus buka pintu sebab tak berani, buka tingkap sikit saja.

Kemudian dia kata, “Tayar kereta you pecah.”. Ya Allah, kita memang tak tahu nak buat apa terus keluar tengok, a’ah memang betul pecah.

Selepas itu, keluar tiga lagi lelaki India. Ya Allah, masa ini perasaan tuhan saja yang tahu. Takut mereka nak buat apa-apa sebab taktik perompak sekarang kan macam-macam. Dalam hati ini berdoa saja macam-macam.

“You ada tayar spare tak?” soal mereka.

“Saya tak tahu, rasanya ada kot?” balas saya, lalu mereka suruh buka bonet kereta, dan tengok ada tayar spare.

Terus mereka tukarkan tayar itu. Tak sampai lima minit pun mereka tukar. Ya Allah, mulianya hati mereka. Padahal mereka tengah rushing tapi sanggup berhenti sekejap untuk tolong kita.

Selepas tukar tayar, mereka terus pergi. Kita sempat cakap terima kasih saja, tak sempat nak menghulur duit apa-apa.

Di sini cuma nak cakap, kalau ada sesiapa yang kenal pemilik Honda Accord JRA 9606 ini, beritahu kita please. Rasa tak sedap pula sebab tak sempat nak hulur apa-apa. Thank you so much korang.

Alhamdulillah tuhan mempermudahkan urusan kita hari ini. Dia hantar orang yang baik untuk membantu kita.

Sumber: Cik Dyla

____________________________________________

 

Ibu bapa rela jaga maruah dan abaikan aduan anak jadi mangsa buli di asrama..

Sudah puas anak mengadu yang dirinya menjadi mangsa buli di asrama sekolahnya. Namun ibu bapanya tidak endah dan menganggap anaknya itu menipu. Biarpun berkali-kali pelajar terbabit melaporkan dia dipukul, dipaksa melakukan perkara yang tidak diingini sehingga melakukan perbuatan yang tidak senonoh, ibu bapanya tetap berkeras tidak mahu menukarnya ke sekolah lain dengan alasan malu dengan saudara mara dan jiran.

Ini kerana sebelum ini mereka sangat berbangga apabila anak sulung mereka dapat masuk ke sekolah berasrama penuh itu dan sememangnya menjadi impian pasangan ini yang tidak mahu menempatkan anak mereka di sekolah biasa. Ibu bapa jenis apakah ini?

SALAM admin, hide Facebook saya. Nak dijadikan cerita, masa saya tulis ini, saya sedang bergaduh besasr dengan suami mengenai anak sulung saya. Kami sudah berkahwin hampir 18 tahun dan Alhamdulillah dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Masalah saya admin, anak sulung saya sekarang berada di sebuah asrama penuh. Setiap hari dia call dan kata nak keluar dari asrama sekolah itu sebab tidak tahan dibuli.

Saya dan suami pula memang tidak akan membenarkan kerana, di mana kami nak letak muka dengan jiran dan saudara mara kalau mereka tahu anak kami tiba-tiba keluar dari asrama itu? Dan sejak dari dulu lagi kami sangat bangga bila anak dapat masuk asrama itu.

Masalahnya admin, setiap kali anak call saja, suami mesti akan panas baran dan menengking dia di dalam telefon. Selepas itu, dengan saya sekali turut menjadi mangsa kemarahannya. Dia menyalahkan saya sebab tidak pandai menjaga anak, sedangkan saya seorang surirumah berbanding dia yang bekerja di pejabat, memang tiada banyak masa bersama anak.

Salah saya ke, admin? Lagipun saya sudah banyak kali beri ieda supaya anak tukar asrama tetapi suami berkeras hati mahu anak sulung kekal di asrama itu. Walau apa pun, kami memang tidak mahu dia masuk ke sekolah biasa. Malulah kami dengan anak-anak jiran dan kawan suami yang lain serta saudara mara lagi.

Sekarang pun anak-anak lain dah jadi takut sebab abang dia ada call mereka juga, mengadu dipukul, tiup kipaslah dan ada sekali dia beritahu ada pelajar senior yang melakukan perkara yang tidak senonoh pada dia. Saya dan suami? Memang tidak percaya sebab itu asrama budak-budak pandai.

Bantulah saya admin, apa patut saya buat?

Confessor di Kisah Rumah Tangga


Loading...