Enam beradik ditinggal kelaparan oleh sepasang suami isteri..

Sharing is caring!

Bayi berusia tujuh bulan ini ditemui atas kerusi kayu dalam keadaan tertidur akibat kelaparan.

 

Loading...

KUALA SELANGOR – Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.

Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir ‘nyawa-nyawa ikan’ akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.

“Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana ’emak dah mati’.

“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.

“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.

Loading...

“Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini,” katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.

Terkenal sikap suka ‘perang besar’

Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.

“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.

“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan,” katanya.

Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka ‘berperang’ besar.

“Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat  campur tangan,” katanya.

Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.

“Sebelum ini ada juga mereka ‘hilang’, tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.

“Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?” katanya.

Anak-anak tak banyak karenah

Seorang  jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.

“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.

“Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.

“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai ‘amanah’ ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati,” katanya sebak.

Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.

“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya.

Sumber: sinaronline

____________________________

 

PELAJAR 17 TAHUN HAMIL 3 BULAN, LAKUKAN S*** DENGAN LIMA LELAKI DALAM TEMPOH LAPAN HARI

 

Sememangnya kes sumbang mahram dan rogol adalah kes yang tidak asing lagi di Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila si anak tidak diberikan pendedahan sewajarnya oleh ibu bapa. Maka berleluasalah kes sebegini dalam kalangan pelajar.

Hal yang sedemikian turut menimpa seorang gadis berusia 17 tahun apabila mendapati dirinya hamil tiga bulan selepas melakukan seks dengan lima lelaki dalam tempoh lapan hari antara 30 Ogos hingga 7 September lalu.

Menurut Sinar Harian, kegiatan pelajar perempuan itu terbongkar apabila abangnya membawanya ke balai polis bagi memaklumkan kepulangannya di balai polis Binjai.

 

Menurut pelajar tersebut, kejadian sumbang mahram itu berlaku di empat lokasi yang berasingan iaitu tiga kali di Bachok, satu lagi di Kota Bharu. Dua dari perlakuan itu dilakukan tanpa kerelaan pelajar tersebut.

Gambar hiasan

Kelakuan sumbang mahram yang pertama berlaku apabila pelajar tersebut telah dijemput oleh teman lelakinya yang juga merupakan rakan sekelasnya di Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada jam 7.30 pagi, 30 Ogos yang lalu.

Mereka berdua melakukan hubungan seks di sebuah rumah di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok sebelum lelaki berkenaan bertindak meninggalkan gadis itu seorang diri.

Rakan kepada teman lelakinya kemudian mengambil kesempatan atas situasi itudengan membawanya pulang ke rumah rakan yang lain. Ketika di rumah itu, pelajar tersebut telah dirogol sebanyak dua kali oleh dua lelaki berbeza yang juga merupakan rakan kepada teman lelakinya.

 

Gambar hiasan

Selepas dirogol, pelajar tersebut sekali lagi ditinggalkan tetapi di tempat yang berbeza iaitu di sebuah kedai makan di Binjai. Dia kemudian menelefon rakannya untuk menjemput dan menghantarnya pulang ke rumah.

 

Kejadian sumbang mahram yang seterusnya berlaku apabila pelajar berkenaanmenerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali dan mempelawanya untuk menginap di sebuah hotel di Bachok.

Menurut Ketua Polis Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah, pelajar itu yang bersetuju dengan pelawaan tersebut bertindak melakukan seks dengan lelaki berkenaan sebelum ditinggalkan berhampiran lampu isyarat Tendong, Kota Bharu pada tengah malam pada 7 September lalu. Asyik kena tinggal je dia ni?

Sumber: Sinar Harian

Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pelajar tersebut kemudian bertindak menghubungi rakannya sebelum dihantar ke sebuah hotel di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

“Di situ, pelajar tersebut berkenalan dengan seorang lelaki iaitu rakan kepada penjaga kaunter hotel dan dia kemudiannya melakukan seks dengannya. Pelajar berkenaan kemudiannya dihantar pulang ke rumah pada pagi 8 September lalu.”

Pihak polis kini sedang mengesan dua suspek yang merogol pelajar berkenaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sebanyak 20 tahun dan sebatan.

 

Pelajar berkenaan pula kini berada di Hospital Universiti Sains Malaysia bagi rawatan lanjut dan dilaporkan hamil 12 minggu.

Kasihan pula dengar kes sebegini. Sebab itulah ibu bapa mainkan peranan penting dalam mendidik anak. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah.

Loading...