“Bodoh tak kena tempat..” – Netizen Kecam Penunggang Motorsikal Yang Ditimpa Kemalangan Ini

Sharing is caring!

Kemalangan melibatkan penunggang motosikal bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa di Malaysia ini. Begitu kerapnya berlaku kemalangan membabitkan motosikal membuatkan kita semua menjadi lali dengan berita sebegitu.

Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang dimuat naik oleh individu yang dikenali sebagai Muhammad Hafiz. Melalui perkongsiannya, Hafiz menulis,

Loading...

“Hidup hanya sekali.. Yang pergi tetap pergi”

 

Sumber: Facebook

Video itu menunjukkan kemalangan yang dilaporkan berlaku di Sungai Petani, Kedah pada malam Ahad yang lepas. Melalui rakaman video itu, tiga lelaki dikatakan terlibat dalam aktiviti lumba haram atau dipanggil merempit pada malam tersebut.

Masing-masing dirakam memecut laju motosikal mereka dan kerana terlalu seronok dengan apa yang dilakukan, mereka sama sekali tidak peduli untuk mematuhi peraturan jalanraya. Ketiga-tiga lelaki itu langsung tidak mengendahkan lampu isyarat yang bertukar merah pada waktu tersebut.

Beberapa buah motosikal boleh dilihat berhenti di tepi jalan termasuklah individu yang merakamkan kejadian tersebut. Banyak kereta turut dilihat berhenti di lampu merah persimpangan itu dan penunggang motosikal tersebut hanya meneruskan pecutan mereka serta melanggar lampu isyarat.

Sebaik melepasi lampu isyarat itu, kesemua mereka telah dirempuh oleh sebuah Proton Kembara dan pertembungan itu menyebabkan ketiga-tiganya maut di tempat kejadian.

Loading...
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Oh My Bulan

Status Hafiz itu kemudian mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengecam tindakan ketiga-tiga penunggang motorsikal tersebut. Ramai netizen menunjukkan rasa tidak puas hati mereka memandangkan kes sebegitu kerap berlaku di negara ini.

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Harap kejadian seperti ini dapat dijadikan teladan buat kita semua. Patuhi undang-undang di jalan raya dan berhati-hati apabila memandu ya! 🙂

sumber lobakmerah

 

______________________________________________

 

Pemandu Perodua Kenari Nyaris Maut Bertembung Dengan Pemandu BMW Yang Biadab

Sepatutnya kalau memandu kereta besar, pemikiran pun mestilah serupa dengan kereta yang dibawa. Ya betul! Namun ia terbukti sebaliknya apabila seorang pemandu di Kluang, Johor nyaris maut dilanggar oleh sebuah kereta mewah yang biadab.

Menurut sebuah perkongsian oleh Nojahwati Sohani di Facebookdia telah memuat naik sebuah video rakaman kereta yang dipandu oleh adiknya yang nyaris bertembung dengan sebuah kereta BMW dari arah bertentangan.

Kejadian yang berlaku di Jalan Felda Ulu Penggeli Kluang terjadi apabila Daus, adik kepada Nojahwati sedang memandu di lorong yang ditetapkan seperti biasa. Namun secara tiba-tiba sebuah kereta BMW berwarna hitam cuba memotong lori di hadapannya.

 

Sumber: Facebook

Tindakan kereta BMW yang memotong lori tersebut secara sipi-sipi menyebabkan Daus terpaksa mengelak ke kiri jalan dan kemudian terbabas dan melanggar penghadang besi di laluan bertentangan. Daus juga bernasib baik kerana besi penghadang tersebut telah menyelamatkan dirinya dari terjunam ke dalam gaung. Fuh nasib sangat!

Sebuah motor yang dapat dilihat di video tersebut juga sempat menekan brek untuk mengelakkan dirinya dari merempuh kereta Perodua Kenari tersebut.

Nojahwati yang berang dengan tindakan pemandu BMW itu telah memuat naik video beserta kapsyen yang mengutarakan ketidakpuasan hatinya terhadap insiden itu.

Mujur adik saya, Daus selamat semalam. Kepada kereta BMW hitam berkenaan, awak sangat biadab! Awak buat adik saya seinci dengan kematian. Saya nak viralkan apa yang awak dah buat. Moga kalau awak nampak tadi, awak sedar. Mana undang-undang yang awak pakai? Tak guna dapat lesen kalau macam ni cara pemanduan awak.”

Video yang viral di laman sosial Facebook itu telah mengundang kemarahan para netizen terhadap pemandu BMW berkenaan dan rata-rata mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu berkenaan.

 

Sumber: Facebook

Macam-macam perangai pemandu zaman sekarang. Janganlah sebab anda bawa kereta mahal anda boleh bermaharajalela atas jalan raya. Jadi kepada semua orang di luar sana, sentiasalah pandu dengan berhemah. Jangan disebabkan sikap gopoh anda, nyawa orang lain yang melayang!

sumber:lobakmerah

Loading...