Terbongkar!! Pusat Perjudian Di Malaysia Sebenarnya Dilindungi Oleh Polis – PPIM

Sharing is caring!

Pembongkaran PPIM tentang isu hangat di Malaysia iaitu perjudian dan gengster sangat mengejutkan! Isu lambakan pusat perjudian di Malaysia bukan isu yang baru malahan ia telah lama sejak berpuluh tahun, namun masalah ini seolah tidak ada jalan penyelesaian.

 

Loading...

Tiada siapa yang berani buka mulut tentang isu perjudian ini kerana bimbang tentang tahap keselamatan diri serta keluarga namun jika tidak digempur dan dibongkar negara Malaysia akan dikenali negara “Pusat Judi”.

 

Namun rakyat Malaysia bertuah kerana ada PPIM yang lantang berjuang pertahankan maruah bangsa agama dan negara daripada mereka yang ingin merosakkannya. Isu pusat judi ini telah dibangkitkan oleh PPIM pada bulan Febuari 2017.

 

Ikuti laporan dari Harian Metro:

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa serius bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membanteras penularan pusat judi siber di negara ini.

Loading...

Ketua Biro Latihan dan Pembangunan Sosial PPIM Dr Izham Nayan berkata, gejala perjudian siber kini boleh dikategorikan sebagai teruk dan sedang membarah dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, NGO wajar dianggap sebagai rakan kepada agensi kerajaan berkaitan untuk memerangi perjudian siber.

“Agensi kerajaan itu termasuk polis, pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan agama serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Kita kena serius bekerjasama melumpuhkan sindiket perjudian siber ini supaya masyarakat tidak menganggap sindiket itu seolah-olah kebal.

“Sebagai contoh, kami mempunyai senarai 138 premis judi hanya di Sepang saja…itu tidak termasuk tempat lain seperti di Nilai, Kajang atau ibu negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai kemelut isu premis perjudian di sini. – HMetro

Namun perkara tersebut tidak berakhir disitu sekali lagi PPIM tampil dengan kenyataan lebih lantang dan berani dengan mengatakan samseng-samseng yang ada sebenarnya di payung oleh badan-badan kerajaan.

Bukan sekadar itu mereka juga mendedahkan pusat perjudian ini dipayung atau dilindungi oleh polis.Berikut video mengenai perkara tersebut:

 

 

Dibawah pula adalah screenshot komen-komen netizen tentang isu perjudian yang didedahkan oleh ustaz Abd Halim dan Yusuf Azmi mereka mengakui sangat bimbang dan betul apa yang dikatakan oleh PPIM.

 

 

Sumber: sensasimedia via keramatviral

_______________________________________________

 

“Orang Bodoh Je Cakap Syurga Di Bawah Tapak Kaki Suami” – Rohanita Puchong

Orang Bodoh Je Cakap Syurga Di Bawah Tapak Kaki Suami
Itulah yang dikatakan oleh seorang individu Pengguna facebook bernama Rohanita Puchong, kononnya, dia berkata benar sebab pergi kursus kahwin, kami pun tak tau sama ada dia tak fokus masa mendengar ceramah atau tempat kursus kahwin tu ajaran songsang.

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a bermaksud:

“Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” – (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Seperti semua sedia maklum, syurga seorang perempuan (belum kahwin) terletak di bawah tapak kaki ibunya.., tetapi, bagi seorang wanita (bergelar isteri), syurga nya terletak di bawah kaki suami.

Maknanya, taat kepada suami maka, si isteri akan mudah mendapat syurga. Mudah sebenarnya seorang wanita untuk mendapat syurga Allah s.w.t.
Yang Cakap Syurga Isteri Bawah Tapak Kaki Suami Adalah Orang Bodoh

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud:

“Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” – (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban).

Betapa Rasulullah s.a.w menyuruh kita taat kan suami dan kalau si isteri menderhaka kepada suaminya.., walaupun cuma keluar tanpa izin. Maka jadilah si isteri tadi isteri yang nusyuz.., dan sesungguhnya isteri yang nusyuz tidak layak di syurga Allah!

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” – (Riwayat Muslim)

Janganlah disakiti hati suami.., fikir sebelum nak berkata-kata.., kalau tak termasuklah kita dalam golongan di atas ni.

Kebelakangan ni mcam-macam kes tentang suami isteri dapat kita dengar, si isteri dah pandai mintak cerai sebab kononnya boleh hidup sendiri. Kalau lah si isteri yang mintak cerai dari suaminya baca hadis ni, rasanya mesti tak gamak dia nak berbuat sedemikian :

Sabda Rasulallah s.a.w bermaksud:

“Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ maka haram baginya bau syurga.” – (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Ketahuilah wahai isteri sekalipun seseorang suami itu kejam atau jahat HARAM bagi isteri itu derhaka dan menyakiti hati suaminya. Isteri wajib taat kepada perintah suami dengan keadaan apa sekalipun SELAGI SUAMI TIDAK MEYURUH KE ARAH KEMAKSIATAN.

Ini adalah disebabkan oleh kemudahan jalan pintas untuk kesyurga yang Allah s.a.w berikan kepada isteri iaitu dengan hanya Menjaga Solat, Puasa,Jaga Kehormatan dan Taat Kepada Suami.

Sebagaimana Sabda Rasullullah s.a.w“Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki”

Sabda baginda lagi.., “Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab!”

Sebagaimana isteri firaun Asiah yang tetap taat dengan suaminya yang kafir sehingga beliau dipancung .

Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud : “Dan Allah s.w.t mengemukakan satu misalan perbandingan bagi orang yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata : “Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”

Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah s.w.t, lalu Allah perintahkan kepada malaikat:

“Sesungguhnya hamba-Ku memohon pada-Ku dan aku perkenankan permohonannya.

Maka perlihatlah padanya gambarannya kerana suaminya didunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.”

Sebarkan kepada kawan2 kita yang lain…insyaallah.

Sumber: blogmazeer

 

__________________________________________

KISAH SEORANG LELAKI MINTA BOMOH MELINGKUPKAN PERNIAGAAN SEBUAH KEDAI MAKAN… NAMUN APABILA DIBERITAHU NAMA KEDAI MAKAN TU, BOMOH TU TERUS NAIK ANGIN ..

Kisah bomoh..best nei..

Sebuah kisah antara saya dan bomoh….sekadar untuk menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini….

Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain.

Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan orang lain hancur….nauzubillah…

Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh handal tersebut.

saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai…

bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala.
(aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal)

saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula.

bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya.
‘anak ini berniaga kah?’

saya menjawab: tidak. saya hanya…….

mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.
‘biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan
perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat
untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?’

Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan
ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya
mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih
pula kepada kedai-kedai kecil ini.

bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar.
‘baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak
perlu bawa barang-brang ini’

lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi.

‘sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup.

saya: ada…nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat…

‘bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan ini?’ tanya bomoh tadi.

saya: er..Mcdonald dan KFC……

Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang dengan saya. katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab.

‘Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih angin ke kedai lain….(dalam hati saya tertawa besar)

 

Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu…. moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap mata.

‘sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa….. . hanya mengunakan tipu daya sahaja…dan bagi mereka yang percaya tentang perkara ini…kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan betul) kita boleh lingkup juga….atur startegi perniagaan dan amanah..InsyaAllah anda semua akan maju..

Wallahualam. …maaf andai ada yang tersinggung dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk
melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa…Allahuakbar!

Sumber : karipap panas

 

Loading...